Sunday, 17 April 2011

Jaulah ila Shah Alam wa Putrajaya

bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

maaf, lama tak update. kesibukan melanda sejak naik cuti hari tu. KPN dan Language Camp yang sangat menuntut pengorbanan masa dan wang ringgit. huk2..

tapi, aku sempat melaksanakan impian aku sejak semester 1 iaitu 'merantau' ke UM. disebabkan aku tak pernah bergelar pelajar universiti, hanya satu tempat yang aku mampu masuk iaitu perpustakaan.

hari sabtu-selepas balik dari KLPAC (yang 'terpaksa' dihadiri untuk kali ketiga..huk2), aku dan Beng-beng bergerak ke LRT Cheras menuju ke LRT Masjid Jamek untuk tukar haluan ke LRT Universiti. alhamdulillah, petang tu, semua jalan yang kami lalu berlampu merah, bermaksud memberi laluan kepada kami untuk melintas..alhamdulillah.

kami berjalan kaki dari LRT ke Kolej Kediaman 12 selama hampir setengah jam dan terserempak dengan beberapa kumpulan pelajar UM yang sedang berjoging.

melintasi Ambang Asuhan Jepun dan makmal bioteknologi membuatkan aku teringat KMJ yang dah hampir setahun aku tinggalkan. untuk pengetahuan, dalam kuliah Chemistry, kami guna nota yang digunakan oleh pelajar di Ambang Asuhan Jepun. waktu tu, aku rasa amatlah best sebab walaupun tak dapat pergi Jepun, sekurang-kurangnya adalah kena serpihan-serpihan rasa untuk belajar di Jepun.

kami sampai ke bilik Yan, kawan Beng-beng masa sekolah di SMS Kuala Selangor dulu pada pukul 7 lebih, waktu tu dah maghrib. leaps solat, kami dapat tahu, kolej tak ada air. hua!!!

tapi, aras kami waktu tu ada air lagi. dan takdir Allah, malam tu ialah Earth Hour. seluruh negara 'dipaksa' menutup lampu selama sejam bermula 8.30 hingga 9.30 malam.

usai solat, aku menapak ke aras 9, untuk menerjah Ezatey, sahabat seperjuangan di BG dulu. hehe~macam biasa la..macam-macam cerita la keluar.

tapi, ada satu yang aku nak highlightkan kat sini.

tentang seorang budak ni. aku kenal dia masa Form 1. sama-sama dengan Ezatey. UPSR 5A, PMR 8A 1B. memang excellent la senang kata. dah la lelaki, so, memang sure la market naik. macam glass escalator. satu hari, semasa sibuk berjalan di FB, aku terjumpa FB dia ni. aik, diploma xxxx? biaq betul?

erk..aku bukan nak merendahkan mereka yang ambil diploma. tak salah pon. dulu, aku pun dapat Diploma juga. hampir-hampir pergi. tapi hasil syura bersama ummi dan abah, aku ambil keputusan ke KMJ. (erk, aku ke???)

tapi, memang pelik la kalau lelaki yang ada rekod pencapaian terbaik ambil diploma. dipendekkan cerita, result SPM budak ni tak mencapai target. dan dikisahkan dia ni terlalu aktif berpersatuan di sekolah.

hmm.. sebenarnya perkara ni agak (mungkin amat) ditakuti oleh para dua't. kita sering berpersatuan hingga assignment tak siap. late submission. result exam macam hampeh. dan banyak lagi perkara-perkara yang tak diingini(oleh manusia) berlaku.

justeru, aku ingin bawa semula kisah bagaimana sedihnya seorang sahabat merangkap senior aku tatkala mendapat result yang sangat rendah. dalam esak tangisnya, beliau kata : saya tak nak orang nampak bahwa sebab saya join jemaah nilah, saya kantoi. saya nak orang nampak bahawa sebab saya sendiri yang tak pandai urus masa, sebab tulah result saya hancuss..

huk2..

okay, keesokan paginya, kami berjalan lagi ke perpusatakaan utama. seronok betul dapat library besar camni. air-cond yang berfungsi dengan baik membuatkan bladder aku terkejut beberapa kali. hehe~

WETLAND, PUTRAJAYA

jaulah ke sini adalah salah satu aktiviti dalam Language Camp. sangat penat sebab kami terpaksa berjalan dan berlari seantero dunia untuk menyelasaikan klu-klu yang sangat 'senang'. satu kumpulan dengan pelajar lelaki membuatkan kalenjer peluh aku seakan-akan 'jammed' sebab kami terpaksa berlari untuk pastikan jarak kami tak lebih dari 5 meter. phew!!

aktviti terakhir kami ialah merentasi tasik sepanjang hampir 500 meter..(ni aku agak la) kumpulan aku ialah kumpulan kedua dan siap dalam pukul 2. lepas bersihkan diri, kumpulan yang akan masuk ke tasik masih banyak lagi dan kami masih belum solat Zohor lagi. sampai pukul 3, aku dah tak tahan. takkan nak tunggu juga solat kat surau. aku cari-cari tempat yang agak bersih dan bersama-sama beberapa muslimat yang lain, kami solat di atas bukit bersebelahan dengan jalanraya.

hua!!! rasa terharu sebab pertama kali atas rumput. Beng-beng kata dah macam kat oversea dah kita ni!!

dan satu kesedihan bila orang atasan tak concern bab solat ni. mungkin, sepatutnya kamilah yang mengajak mereka solat sama-sama tapi, hmm...

bersyukur dikurniakan sahabat seperjuangan yang sama-sama boleh ketawa dan menangis bersama, yang sentiasa mengingatkan waktu masing-masing terleka, terlupa, termengumpat..huk2..

p/s : result mock exam agak hancuss..telefon abah..pesan kat abah jangan sedih..abah cakap, abah tak rasa apa-apa pun la..hua!!!!!