Tuesday, 27 December 2011

Sawadikap~

Menerima tetamu dari Narathiwat.
Huhu~comey.

Kawan adik aku.
Satu sekolah.

Huhu~Rasa bertuah.
Sebab dapat dengar cerita yang best,
Dalam erti kata memberi semangat.

Narathiwat.
Sebuah kawasan kampung.
Majoriti Muslim.
Sekolah berorentasikan bahasa Siam 5 hari seminggu - Isnin sampai Jumaat.
Sekolah agama, guna bahasa Melayu Kelantan Sabtu dan Ahad.
Cuti panjang dalam bulan 4.

Okay. Tetamu kami ni, tak ada saudara mara terdekat di Malaysia.
Nak cerita betapa beraninya dia ni.
Seorang diri naik bas dari Kelantan.
Berbekalkan kepercayaan kepada seorang sahabat,
Tu yang buat aku kagum.

Kat sana, ada di antara kawan-kawan beliau,
yang ayahnya hilang tanpa jejak.

BAYANGKAN~

Kita pernah digemparkan dengan Tragedi Tak Bai.
Sangat..sangat..sangat menakutkan.
Ramai yang mati kerana sesak nafas,
lantaran disumbat di dalam trak beramai-ramai.

Masa tu, kita masing-masing rasa marah.
Macamana bolah ada orang yang sanggup buat macam tu?
Sekarang?

Tulah~semangat bermusim.

Ikhawanul Muslimin.
Ditangkap, dipenjara, diseksa sampai hati.
Ada yang dikurung di bilik tahanan bawah tanah.
Dititiskan air setitik demi setitik,
hingga berlubang kepala.
hingga mati.

"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.

"Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri.”

sumber : http://tuanibrahim.blogspot.com/2011/12/yakinilah-kemenangan-yang-dijanjikan.html

Tadi, abah panggil. Suruh tengok berita kat Tranungkite.
Hehe~Rupa-rupanya pasal anak Ustaz Zul.
Ada kalimah Allah kat telinga Umar.
Abah, uskut dah tengok live dah..Hehe~

Nak tengok? kat sini.

MashaAllah, tabarakallah..

Seorang ukht ditanya, apa dorongan dia untuk ubah diri, tinggalkan tabiat-tabiat buruk. Jawapan beliau : ANAK-ANAK. Sebab apa-apa yang tak baik dalam akhlak beliau, beliau tak nak anak-anak beliau mewarisinya. begitu juga, kalau beliau nak anak-anak jadi macamm ni atau macam tu, justeru, beliaulah yang perlu mula sekarang.

JOM TERUSKAN MISI!!

p/s: Selamat menjadi cikgi ye Cik Chad!!

Wednesday, 21 December 2011

Apa Yang Penting?

Berkenalan dengan seorang manusia.
"Mad'u dari kalangan masyarakat untuk didakwahkan."
Hehe~
Lebih muda, sangat bertenaga.
Satu hari dia tunjuk gambar-gambar dia.

"Masa aku majal dulu."

Majal?
Aku pun tak tahu apa maksud dia.
Tapi, dia kata lebih kurang nakal la.

Free hair.
Pakaian tipikal budak KL,
Yang kita biasa jumpa kat Bukit Bintang.

"Kau mesti terkejut, kan?"
"Haha~" (ok. mengaku! sangat terkejut!!)


Aku cakap dengan dia.
Sebelum balik, ingatkan aku.
Nak bagi wasiat.
Nak suruh jagakan seseorang.
Hehe~

Tiap-tiap dok ingatkan aku.
Sampai la hari terakhir.

"Ha..siapa yang kau nak suruh aku jagakan?
Takkan budak kecik tu?"
(abaikan pasal budak kecik ni~)
"Hehe~"
"Cepatlah. Kang korang nak balik dah"
(okay. tukar muka ketat sikit)
"Ok..ok..Jaga diri kau tu baik-baik."
(ha!! muka terkejut~)
"Belajar betul-betul. bla..bla..bla.."

Ada la beberapa wasiat yang agak segan untuk di'publish'.
Yang pasti sampai ke pintu besar dia hantar aku.

Kata-kata terakhir:

Aku nak jumpa kau lagi tahun depan.

InshaAllah.

Yang pasti, 17 hari sudah cukup untuk buat aku terasa sesuatu.
Terima kasih ya Allah.

Miss a: take care, study, and see you in January.
Hehe~for the referral eh?
Takpe la.
Boleh juga.

salam.congrats to all.good luck and goodbye. :)
(ex-coursemate)

p/s: study all the time. muroja'ah, please!!
p/s 2: makan sedikit dari yang halal akan hasilkan amalan yang baik. kalau shubhah, akan ada rasa malas beramal, dan kalau beramal, ada unsur-unsur riya'. Jadi, jangan ambil mudah soal makanan.

Thursday, 1 December 2011

Hakikat dan Majaz ?

Jumaat.
Abah pergi sekolah.
Kelas tambahan.
Jadi cikgu, memang perlu banyak berkorban.

Masa dengan keluarga.
Masa bercuti.

Ustaz Hasrizal dalam satu kuliah di UIA, ada menyebut:

Kenapa saya sanggup datang jauh-jauh ke sini, tinggalkan 3 orang anak saya yang ternganga macam anak burung kat rumah, nak ajar entah anak sapa-sapa entah ni. Sebab saya memahami bahawa erti hidup pada memberi.

Wah~

Satu hakikat yang kami tahu,
Abah, bukan milik keluarga sahaja.
Abah milik ummah.

Ececeh~

p/s: Abah bukan ustaz ye..Beliau cikgu sains.

*****

"Kak, apa beza hakikat dengan majaz?"

Okay. Ini soalan yang ditanya kepada manusia yang dah
tinggalkan dunia sekolah 2 tahun yang lepas.

Oleh manusia yang nak ambil kertas Bahasa Arab Tinggi Rabu minggu depan.

"Aiyoyo~(sambil ambil nota yang berterabur). Hakikat tu benda yang betul.
Majaz tu benda yang tak betul."

Hakikat : Singa di dalam zoo.
Majaz : Singa sedang mengajar.

Singa yang kedua tu sebenarnya bukan singa yang sebenar.
Tapi, cikgu/pensyarah/orang yang mengajar, tapi sifatnya garang seperti singa.

Apa beza dengan tasybih?

Tasybih tu kita buat perumpamaan.
Contoh : Dia tu seperti singa pada keberaniannya.

Takpe..takpe..
Fahamkan dulu Balaghah dan Nahu.
Praktis insya' or karangan.
InshaAllah, at least dapatlah A-.
Ameen.

Kita perlulah bersungguh-sungguh untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana itu adalah antara syiar-syiar Islam. (Wasiat Ustaz Hassan Al Banna)

Yeah!!

Hayya bil Arabiah..

*****

Di birai sebelah kanan ni,
ada satu gambar,
untuk promosi Saffmuslim.com.
Mungkin tak ramai tahu, jadinya minta sebar-sebarkan ye.
Lagi satu, untuk muslimah, kita ada saffmuslimah.
Cara untuk buat permohonan boleh dilihat di sini.

Ilalliqo'~