Selepas zohor,
dapat panggilan daripada Ana.
"Fila dah tak ada."
Speechless.
Innalillahi wainna ilaihi rajiu'n..
Sahabat aku dah pergi.
Menemui Penciptanya.
ALLAH...
Sungguh, dia,
Sahabat yang sangat dirindui.
Kali terakhir berhubung,
mohon didoakan agar kuat di Bumi Kenyalang.
Tempat dia memerah keringat,
jihad menuntut ilmu kejururawatan.
Sama-sama menjadi pelajar baru,
waktu Tingkatan 4,
Sama-sama bersengkang mata di bilik study,
di musim peperiksaan.
Menangis sama-sama.
(Seriously~)
Tidur sebantal.
Makan setalam.
Tak sangka,
secepat ini.
Fila,
bagaimana malam pertamamu di sana?
Semoga tenang di taman syurga.
InshaAllah aku akan menyusul, sahabat.
:')
"Our Lord, forgive us and our brothers who preceded us in faith and put not in our hearts [any] resentment toward those who have believed. Our Lord, indeed You are Kind and Merciful." (AQ 59:10)
p/s: Alhamdulillah~berjaya menitiskan air mata..Huk3.. Refleks balik diri, apa persediaan aku nak hadapi sesuatu yang pasti.
p/s2: InshaAllah akan pulang ke kampung halaman. Doakan.