Saturday, 23 February 2013

Exhausted (la sangat..)

1998.
Rombongan PASTI ke Zoo Negara.

2013.
Ber-BIG di sini.
Menjejakkan kaki buat kali kedua.

:)

Tak dapat nak cerita
tentang perbezaan
antara yang pertama dan kedua
sebab memori dah kelam.

Yang pasti,
kali ni,
datang ke zoo bukan nak suka-suka,
kami ada misi besar.
Hahaha!!

Lepas dibahagi kumpulan,
aku dengan 4 lagi 
ikut Bro Kanu.

Sampai ke kawasan larangan.
Rhino, zirafah, 
dan beberapa binatang yang aku tak tahu nama.

Aku dengan Cik Giggle,
bertugas di kandang zirafah.

Okeh.
Hidung terasa sesak 
dengan aroma menusuk
dari najis mereka
yang comel-comel itu.

Dan,
akulah yang bertugas
menolak, menyapu,
najis-najis tersebut.

Cuci kandang,
bagi makan kat zirafah,
(masih terasa lidah beliau, geli!!)

Sapu daun kering,
bagi makan kat lembu,
macam-macam lembu
tapi
yang perempuan tak berpeluang 
nak masuk dalam kandang lembu
untuk bagi rumput dan daun-daun tu.
Gender discrimination, eh?

Haha! Terkilan gak,
tapi kalau dia suruh pun,
aku tak nak.
Tengok tanduk dia pun aku dah seram.

Selesai pukul 4 petang tadi.
Sangat penat,
yet interesting.
Selama ni bersihkan taik kucing,
taik orang,
cicak,
ayam,
minyak,
kali ni taik zirafah pula,

Duhh..
bergelumang dengan najis.

Dey,
Saidina Ali kata,
manusialah makhluk paling banyak keluarkan najis.
Hina kan kita?

So,
purify ourselves.

Islah nafsak,
wad'u ghairak.

Ustaz Nik Abduh kata,
"Islah diri lebih baik daripada islah orang lain.
Islah orang lain dengan islah diri sendiri adalah terbaik.
Ia bermaksud qudwah."

Ada orang tanya,
"Kenapa kau senyum?"

"Nak tergelak dengan perangai manusia.
Kalau kita diam,
perhati,
tak perlu cakap,
bukan aku je nampak,
orang lain pun boleh nampak,
tak perlu sesi umpat-mengumpat.
Masing-masing tahu."

Astaghfirullahal azim..

Sunday, 17 February 2013

Gila menggila

Dalam banyak-banyak friends dalam list,
ada beberapa yang aku selalu usha.

Post mereka,
mencabar minda.

Always lead me,
to infinity.

Exaggerating, eh?

> http://www.ted.com/
> http://www.chomsky.info/
> http://www.goodreads.com/

From there,
found many things
that make my eyes shining brightly.
^^

Banyak lagi,
tapi dah hilang.
Tak reti nak bookmark banyak-banyak,
buat serabut je.
Haha!

Masih soal membaca.
IQRA'.

“Do not read, as children do,
to amuse yourself,
or like the ambitious,
for the purpose of instruction.
No, read in order to live.”
 ― Gustave Flaubert

Ada bran?

:)

Saturday, 16 February 2013

Hobi

Since my chum posted about hobby,
I decided to make one, too.
:)

*****

Kalau saya bagi borang kaji selidik,
ada kolum "Hobi",
confirm semua akan tulis "membaca".

Sudahlah,
berhentilah membuat dosa.

Menipu tu suatu dosa,
hang tau dak?

Ketawa.

Sahabat-sahabat,
membaca bukan satu hobi.
It is an obligation
to us.

IQRA'.

*oh sentap

Lintas langsung,
dari Dewan Masjid Kolej Islam Malaya.
160122013

p.s: usim ada arca tulis perkataan iqra' kan chad? huhu..busylah dia berseminar BM.

Thursday, 7 February 2013

Gua

Surah gua.
Selalunya Chad yang rajin post kat fb,
"Jangan lupa baca surah gua."

gua=kahf

Antara kelebihan beramal
dengan surah special ini,
elakkan diri daripada fitnah Al Masih Ad Dajjal.

Siapa dia ni?

Si mata satu?
Manusia berwatak alien?
Ha!

Sila rajinkan diri
untuk bertanya yang tahu.

110 ayat,
banyak sangat ibrah 
dalam surah ini.

+ Pemuda dalam gua
+ Dialog dan perjalanan bersama antara Nabi Musa alaihissalam dan Nabi Khidir alaihissalam
+ Zulkarnain dan Yakjuj Makjuj

Sarat dengan episod sejarah.
Sejarah manusia pencari kebenaran,
lalu menjadi yang mempertahan kebenaran.

Surah Buruj 
pun ada.
Cuma bezanya,
pada pengakhiran hayat sang pemberani.

Nak faham al Quran,
kena baca tulisan
orang yang faham al Quran.

Maksud aku,
apart of asking those asatizah la..
Belajar kena berguru ye..

#Fi Zilalil Quran

:)