Sunday, 9 June 2013

Come Back

Bismillah.
Kembali lagi.
Setelah sekian lama blog ditinggal sepi.
Berhabuk dah.
Haha!
Kesian kau.

Cuti tinggal seminggu lagi.
Sejak 2 minggu lepas,
banyak benda terjadi.

Kawan masa PLKN,
yang dah hampir tiga tahun tak berjumpa,
tiba-tiba berhajat nak bertandang
dan menginap di teratak kami.

Bila tetamu datang,
rezeki datang melimpah-ruah.
Rezeki makanan sedap.
Rezeki mandi-manda di Gunung Ledang.
Rezeki bilik dikemaskan.

Di awal cuti,
sempat menjejakkan kaki di pulau mutiara.
Lalu Jambatan Pulau Pinang,
tapi aku tak pasti
itukah jambatan yang runtuh baru-baru ni?
Hmm.. satu lagi projek runtuh.

Banyak benda dibuat,
banyak juga masa terbuang.
Dush3!

Management, management.

*****

Meng'usha' subjek-subjek semester depan.
Terus berdoa,
keputusan peperiksaan semester lepas
akan keluar tak lama lagi.

Bila dengar jaminan posting akan ditarik balik,
apa hati kata?
5 tahun belajar tapi tak ada jaminan kerja?

Jujur,
bukan itu yang aku rasa.

p.s: tak mahu jadi kuli, tapi idea kena gila