yang sangat sesuai
untuk kita-kita yang tak rajin
baca atau khatamkan
kitab-kitab sirah nabawiyah.
***
Nama aktiviti: Jigsaw Activity
Bahan yang diperlukan:
- Buku/Bahan bercetak kitab sirah berkenaan
- Highlighter
- Butcher paper/A4 paper
Kitab yang dicadangkan:
- Fiqh Sirah Jilid 1-3 (Syeikh Said Ramadan al Bouti)
- Kitab Raheequl Makhtum (Syeikh Safiyyur Rahman Mubarak Fury)
- Kitab Sirah Nabawiyah (Ust Mustafa Sibaie)
Cadangan pembahagian untuk kitab Raheequl Makhtum:
- Sebelum kelahiran Nabi + Kenapa Jazeerah Arab dipilih+keadaan dunia
- Kelahiran Nabi sehingga berumur 25 tahun
- 25 tahun sehingga kerasulan
- Ghazwah yang Nabi sertai + Perjanjiian
**bergantung kepada isi kandungan kitab berkenaan
Prosedur:
- Fasi membahagikan peserta kepada 5 kumpulan. Kumpulan 1>5
- Setiap kumpulan akan diberi satu bahagian.
- Peserta diberi masa 15 minit untuk berbincang dan hadam bahagian berkenaan.
- Fasi bekalkan peserta dengan A4 paper/butcher paper untuk mudahkan mereka buat nota
- Untuk pusingan kedua, fasi susun semula kumpulan.
- Seorang ahli daripada setiap kumpulan akan dikeluarkan dan membentuk satu kumpulan baru.
- Dalam kumpulan baru, peserta diminta berbincang dan membuat garisan masa.
***
Suka diingatkan,
ini sekadar aktiviti di peringkat foundation.
Sebagai penuntut ilmu,
seharusnya kita berusaha mencari ilmu
dengan asatizah yang lebih alim
secara talaqi di masjid-masjid.
Semoga Allah berkati usaha kita
untuk mengenal sosok peribadi
dan perjalanan hidup
Rasulullah SAW.
:)