Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.
Hampir 4 bulan tak sign in di blog yang satu ini.
Apa khabar adindaku?
Sekarang sudah musim menghantar assignment rasanya.
Peperiksaan sudah semakin hampir.
Sudah mula ulang kajikah?
Mohon dimulakan, jangan ikut jejak langkah
kakakmu ini.
Apa cerita diriku sekarang?
Rutin hampir 3 bulan ini hampir sama setiap minggu.
Menyedia lesson plan untuk seminggu
sebelum diperiksa oleh pentadbir setiap Ahad,
usrah muslimat setiap Rabu
dan program-program hujung minggu.
Terlalu banyak perkara yang tidak sempat dirakam,
baik dalam bentuk tulisan ataupun gambar,
yang aku kira agak merugikan,
dan ada sebahagian yang aku ingin cepat-cepat padam
dan hilang dari ingatan.
Keberadaan di fasa kehidupan yang baru ini,
menyebabkan ada (dan banyak) perkara yang
aku tinggalkan dan tak mampu lakukan.
Antaranya, keadaan di mana aku boleh membaca
dan menelaah buku-buku dengan aman dan tenteram.
Pantang ada masa, ke bantallah aku tuju.
Ya, tidur!
Maka, banyaklah eksperimen
makanan dan gaya hidup yang aku jalankan
untuk mengatasi satu tabiat yang bahaya ini.
Amalan minum air kosong selepas bangun dari tidur,
pengambilan madu, vitamin yang disyorkan,
buah-buahan seperti epal dan jambu batu,
macam-macam!
Kalau di sini, 8 biji epal berharga RM10,
dan 1 kg jambu batu hampir RM6.
Sekian, dimaklumkan.
Selain itu, pengurusan kewangan tersangat penting.
Oh, aku ditawarkan untuk membuat kad kredit
dan ini sudahpun diingatkan oleh ummi dan abah.
Jangan berhutang!
Perlu dibahagikan antara keperluan mengikut prioriti.
Ini sangat menyesakkan kerana diri masih
terbawa-bawa kehidupan semasa menjadi pelajar.
Jadi, perlumbaan antara kehendak dan keperluan
berlaku hampir setiap masa. Tetapi, aku maklum.
Ini masih di peringkat awal, walaupun 3 bulan bagi sesetengah orang
sudah begitu lama bagi sebuah proses transisi,
tetapi begitulah kehidupan, ianya abstrak.
Kita mungkin boleh nampak perubahan
jika ia berlaku secara fizikal dan lahiriah.
Mungkin pada corak perubahan tudung yang dipakai,
jika dulu zaman di kampus bukan main labuh,
murah pula, tetapi di alam kerjaya,
bukan hanya mahal, semakin singkat pula!
Aku tidak bercadang untuk menulis terlalu
panjang untuk post pertama untuk tahun 2016.
Sekadar meraikan permintaan sahabat
yang dirindu dan adik yang mungkin
tertanya-tanya apa khabar kakandanya ini,
semoga bermanfaat.
Oh, untuk yang berkenaan,
telefon bimbit sudah direset
awal bulan lalu,
kesemua nombor telefon sudahpun
selamat dipadam dari memori,
mohon mesej dan perkenalkan diri ya.
Tak dapat borak lama melalui Whatsapp,
harapnya post ini dapat menjawab persoalan
yang bermain di minda,
:)