salam.. dah 2 minggu aku menyepi, kini kembali membawa pengalaman baru. hehe~ 12 hingga 19 april aku berkampung di baitul quro' bagi mengikuti pengajian kitab risalatuttauhid yang merupakan terjemahan dari sebuah kitab bahasa arab dan digunakan di sekolah-sekolah negeri Johor. aku sebenarnya tak tahu pun kewujudan pusat ilmu ni di bumi melaka dan aku tahu hanya selepas mengenali seorang sahabat dari KISAS ketika kami berkhidmat untuk negara di kem plkn.(sahabat aku yang inilah hadiah yang paling berharga yang Allah kurniakan kepada aku di kala berada di tengah-tengah masyarakat kem)
beberapa hari sebelum itu, abah aku telah pun berjanji dengan pak cik aku yang tinggal di shah alam supaya aku dihantar ke sana untuk menjaga sepupu-sepupu aku yang masih kecil. 3 beradik berumur 5,6 dan 7 tahun dan ketiga-tiganya adalah lelaki.huhu~penat 'gila' layan kerenah 'diorang' tapi puas la sebab dapat banyak pengalaman.ok, cerita kat shah alam ni aku post kemudian ye.
'back to the topic', selasa malam rabu, kami semua didatangi oleh seorang tetamu dari bumi yaman yang menempatkan keluarga dari keturunan rasulullah. sungguh aku rasa teruja sebab pertama kali tahu tentang beliau. yang menariknya tazkirah yang disampaikan oleh habib Zaid bin Yahya yang berwajah 'pure' arab ini diterjemahkan oleh habib najmuddin yang berwajah nusantara,mungkin dari sini atau Indonesia. gelaran habib ini hanya diberikan kepada keturunan rasulullah saw mengikut apa yang diberitahu kepada aku. jadi, keturunan rasulullah ini sudah bertebaran di seluruh dunia bagi menyampaikan risalahNya kepada umat manusia. beliau memberitahu dan mengingatkan para jemaah yang hadir untuk mensyukuri nikmat iman dan islam di samping menjaga maruah perempuan-perempuan islam. aku rasa lebih baik antum pergi ke blog baitul quro' sendiri atau cari video tazkirah beliau di youtube.
kelas pengajian hanya bermula 2 hari sebelum aku balik. memang rasa terkilan sebab tak dapat habiskan tapi memandangkan janji yang telah dibuat, aku pulang juga ke rumah pada petang Jumaat dan bergerak ke shah alam pada petang Sabtu.
dan untuk pengetahuan antum, inilah kelas pertama yang diadakan pada pukul 10 pagi yang aku tak terlelap. dan pertama kali juga berada di dalam kelas yang ada tabir memisahkan antara pelajar lelaki dan perempuan. semua pelajar di baitul quro' ialah lelaki. aku tak sempat pula nak tanya berapa orang tapi adalah dalam 20 orang berdasarkan pengamatan aku pada barisan saf di bahagian jemaah muslimin(aku 'skodeng' masa diorang solat Jumaat,hehe). pelajar luar yang ikut kebanyakannya dari KISAS. muslimin(ececeh, ni panggilan untuk lelaki di Kisas) ada 9 atau 13 orang. muslimat 7 orang. ada 3 muslimat yang bukan dari Kisas termasuklah aku. di samping belajar kitab tauhid ni, aku pun belajar cara KISASian ni bergaul, cara bercakap dan bahan bacaan 'diorang'.
sampai sini dululah ye. insyaAllah sambung esok.
---
Rasa bertuah pernah mengaji di sana,
bertemu empat mata dengan Ustaz Zul,
Ustaz Syauqi,
sahabat-sahabat.
Allah.. Rindu sangat!
---
Rasa bertuah pernah mengaji di sana,
bertemu empat mata dengan Ustaz Zul,
Ustaz Syauqi,
sahabat-sahabat.
Allah.. Rindu sangat!
No comments:
Post a Comment