Saturday, 25 September 2010

Ikhtilat : Bagaimanakah?


bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..pertamanya dan selama-lamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas limpah kurniaNya dapat kita bertemu dalam sesi ini..(hehe~praktis nak bagi ucapan)..ok,ok. serius..alhamdulillah..dalam me'release'kan tekanan dalam kepala otak yang kian mencapai 1000 Pa, aku buat hobi aku iaitu 'blog walking'. jalan punya jalan terjumpa satu artikel dalam Iluvislam yang telah diterjemahkan oleh salah seorang ahlinya yang diambil dari blog ini, aku tersangatlah memerlukan artikel tersebut bagi menerangkan kepada manusia-manusia terutama yang berlainan jantina tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan mengikut syara' sebab rasanya semua orang tahu tentang batas-batas tu cuma memerlukan dalil yang kukuh yang semestinya diambil daripada AlQuran dan Hadeeth.
_________________________________________________
Bismillahirrahmaanirrahim

Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Adakah sama sekali tidak boleh? Apakah hukumnya? Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar mengenai masalah ini, mungkin juga tidak.
Demi cinta dan sayangku kepada muslimah-muslimah di seluruh dunia, ku cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil di kesimpulan dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah.

Amma ba’d:

Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.
Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31) An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :
dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, (Surah An Nuur : 31)
Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.
Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (Al Ahzab: 59)
Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :
i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :
Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(Al Ahzab : 32)
ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (An Nuur : 31)
Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :
Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (Surah Al Qashah; 25)
iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.

4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).
Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan :
Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 h
_________________________________________________
diambil dari sini
harap-harap penerangan panjang lebar di atas dapat menerangkan tentang bagaimana ikhtilat ni sebenarnya. ilalliqa'~
p/s:nak siapkan semua assignment sebanyak mungkin sebab esok 'family' nak datang insyaALLAH~
----
Satu persoalan diajukan kepada ustaz beberapa hari lepas.
Apa hukum perempuan bermusafir sendirian?
Atas sebab hanya dia yang dapat pergi ke sesuatu program.
Bila naik bas, dia akan hadapi kemungkinan
untuk duduk sebelah lelaki.
Boleh tak dia jadikan itu sebagai alasan
untuk tidak pergi ke program tu? 

Jawapan ustaz:
Mula-mula enti kena faham dulu apa itu musafir.
Musafir - ke sesuatu tempat yang melebihi 2 marhalah
dibenarkan dengan syarat bukan untuk maksiat.

Alasan untuk tidak pergi program sebab tu kena lihat dari beberapa sudut:
1. Awlawiyat hadir ke program tu, kalau hadir/tak hadir, ada kesan tak kepada organisasi?
2. Jika perjalanannya masih aman, tiada gangguan maka ia wajar pergi ke program
3. Yang paling disyorkan, perempuan kalau nak pergi ke mana-mana perlu ditemani dengan muhrimnya. Bahaya fitnah jika keluar seorang diri.

Jawapan Najmi: 
Nikah cepat.

-.-"

20.08.13

7 comments:

Anonymous said...

ikhtilat..
huhu~
reli hard!
kwn dgn dak pompuan.. manje..ckit2 nk majuk..
dgn dak laki.. kne jage..

hadeiii...last2 sy msk 'geng dak superb bek'
cm xcye.. ngeh3..tp kre ok lahh.. xd la kerenah yg pelik2! cme kne sopan! wakaka. =p

بنت كمال said...

hmm..hard? mmg la,,tp ada kemanisannya~tapi mmg la pompuan ni mudah merajuk.rahsianya jgn layan,,nnt makin menjadi2,,dgn laki mmg la kne jaga,,tugas kita supaya diorg ni x lalai,,=)

Anonymous said...

hehe..
bguih3.. leh jd ustzh dah nih^^
akq nih bek t0l lahh..
aisehh... nyesal xknl akq dlu.hee..
tp dlu nk tegur akq pun segan..kui3..
skrg tegur di alam maya jerk..=p
2 pn dah rse cm mimpi jerk dpt chat dgn akq! hehe..

+++ galaxy +++

بنت كمال said...

aku ni garang sgt ek?huhu~baik?ko lom knal aku lg la,,hahaha~

Anonymous said...

atoiii.. klu sy kate akq nmpk garang..xd lah nk terjojol bijik mate sy nih ble akq gne word aku! =p

xd r..mmg x reti tegur senior..lagi2 sy pnh wt hal dgn slh sorg dak kls akq..smpi skrg x aman ag..huk3

tp klu dgn dak2 bwh nih..mmg dah trlmpau rmi! =p
adk akq pn sy salu tegur gak.. hee..[sy tgk dy bedah katak ari 2 ^^]

ishh3..rmi nye dy nk follow..
huh.. jeles r.. nk aktif blog gak..sabar jerk lah smpi lps spm..heee..

بنت كمال said...

ohoo~patutlah,,lek2,,ko pas spm klau msuk matrik rsenye sme je,,x de masa nak blogging,,join la maktab,,ko akan rse mcmn susahnya nak jd cikgu,,=)tp best~~

terjojol bijik mata??,,haha~

Anonymous said...

ckgu..??
hadeii..
xmo lahh...
last on my list..
heee.. =p

yup2..
terjojol..
seb bek leh msuk blik..
haha.. =p