Friday, 15 October 2010

Public speaking

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bidang pengucapan awam menjadi satu bidang yang semakin dikenali(dan dikagumi juga). Aku sangatlah cemburu bila tengok kawan-kawan yang boleh bercakap depan orang ramai tanpa rasa ‘nervous’, tanpa penyakit ‘Parkinson’ yang sangat jelas bila pegang kertas, tanpa suara yang bergetar, tanpa peluh menitik-nitik sampai banjir pentas, dan tanpa rasa nak terbuang air besaq(huhu~sampai tahap nak pengsan pun ada). Buat adik-adik dan kawan-kawan yang ada sindrom-sindrom tersebut, marilah sama-sama memberanikan diri. At least, pretend to be brave. Konon-konon berani. Khususnya GURU. Ingat, kita nak bercakap depan anak murid kita nanti!!

To be frank, aku hanya berani bercakap depan kelas bila masuk sekolah baru. Means dalam keadaan orang baru kenal kita. Sebab, kawan-kawan menengah rendah ialah kawan-kawan yang sama di sekolah rendah. So, aku rasa segan la nak tonjolkan bakat terpendam ni. Haha!! (subhanallah..riak sungguh kamu..astaghfirullala’zim..) dan lagi satu, tiada semangat dan sokongan daripada kawan-kawan. Bila kita nak bercakap di depan kelas, mulalah ada suara-suara ‘boooo..’.

teringat seorang ikhwan di PLKN, dia pernah bagi perkongsian terbuka semasa kelas Character Building. Dia kata : “kita kat sini beruntung sebab kawan-kawan kita semuanya bagi semangat untuk kita bercakap kat depan. Saya sendiri pernah mengalami pengalaman melihat orang menjatuhkan dan dijatuhkan. Jadi, saya harap anda semua dapat ambil peluang ini untuk cuba memberanikan diri bercakap kat depan” (au kama qal). Dan selepas tu, seorang akhawat yang terkenal sangat-sangat-sangat pemalu keluar dan terus bagi perkongsian terbukanya. Kami memang rasa terkejut dan aku rasa memang betul apa yang ikhwan tadi cakap. Sikap kita nak menjatuhkan oranglah punca kawan-kawan kita tak berani nak bercakap di hadapan orang ramai padahal kita sendiri tak mampu nak berbuat seperti itu.

Public speaking ni ialah sesuatu yang perlu dilatih. Bermula di hadapan cermin(sorang2), depan kawan-kawan di dalam kelas, depan tetamu di dalam dewan, di atas pentas dan kebanyakan pemimpin adalah seorang yang mahir dalam pengucapan awam ini. Guru juga. Kata-kata yang boleh menusuk jiwa. Kata-kata teguran tapi tak menyakitkan hati. Dan semestinya berpaksikan kebenaran. Jangan sewenang-wenangnya menggunakan medium penguacapan awam di sekolah atau mana-mana institusi sebagai tempat penyebaran ilmu dan maklumat yang salah dan dengan sengaja. Kaji dan analasis perkara yang ingin disampaikan, kenal pasti tahap pemahaman dan fikiran audiens dan memahami budaya mereka. insyaALLAH, kata-kata yang lahir dari hati akan meresap di dalam hati juga.

Bagi aku, pengucapan awam ni hanya boleh dilakukan dengan baik oleh sesetengah golongan manusia sahaja. Berlainan dengan bercakap atau ‘speaking’, semua manusia boleh melakukannya, malah orang bisu juga. Bezanya cuma penghasilan suara, tapi umumnya memang semua orang mampu menyampaikan maklumat dengan cara masing-masing.

Muslim way of speaking

Aku mencadangkan antum hadam Muslim Way of Speaking oleh Harun Yahya. Tapi, aku belum habis baca lagi sebenarnya. Hehe~anyway, this is my way in order to improve my English since now I’m really related to this language. Nak menghabiskan novel English yang 300++ mukasurat tak larat, so, hopefully dengan membaca artikel-artikel yang basically from Harun Yahya and ILuvislam, InshaAllah dapat memberi manfaat dunia dan akhirat. Pengetahuan bahasa dapat, pengetahuan agama pun dapat. Untungnya jadi Muslim. Hidup rasa bermakna sentiasa.

Tapi kan, baru-baru ni aku baru habiskan Sinergi by Hilal Asyraf yang ada 491 mukasurat. mashaAllah, superb dan memang mantop!!! Sebelum ni, aku pun dah habiskan Terasing dan VT. Penulis mengaitkan persahabatan, ukhuwah dengan keimanan. Peranan sahabat sejak kecil, sampailah mati, dan sampai akhirat yang selama-lamanya. Sekaligus buat aku terfikir, kenapa aku bersahabat selama ni. Kerana Allahkah? lagi satu, pentingkah bersahabat kerana ALLAH?

Aku tak reti nak buat book review, so I suggest antum baca sendiri buku tu. Don’t skimming and scanning ya. Hayati dengan hati, inshaALLAH antum akan rasa betapa indahnya Islam, betapa Maha Penyayangnya Allah kepada kita kerana mengurniakan AlQuran dan Nabi Muhammad kepada kita.

p/s : teringin nak buat cerpen. Tapi tangan gatal nak melukis. Thanks Valerie for help me installing Stardock and Adobe Photoshop cs4.

Tuesday, 5 October 2010

Pendapat : Couple

bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

menjawab soalan drpd miss/mr/mrs secret~

sebenarnya, perkara pertama yang aku fikir bila dengar perkataan 'couple' ialah hubungan lelaki dan perempuan muda yang belum berkahwin tetapi berlagak macam dah pun menjalani akad nikah yang sah mengikut hukum syara'. sebenarnya 'couple' bermaksud berpasangan,kan? means, kalau bos dengan pekerja, suami dengan isteri, peguam dengan anak guam, bila mereka ni berdua, orang Inggeris biasa cakap, the couple~pasangan itu(spesifik la maksudnya)

tapi dalam istilah 'melayu'(sebab kebanyakan orang Melayu yang guna istilah ni), aku nampak perkataan tu bermaksud satu stage atau tahap sebelum berlakunya hubungan yang serius, maksudnya bernikah. "ko nak couple dengan aku tak?" "jomlah couple"..etc.. itu antara ayat-ayat yang selalu meniti di bibir anak muda sekarang. tapi jangan tak percaya kalau ada orang yang dah pangkat bapak orang pun masih guna istilah ni untuk mendampingi 'daun muda' tapi kebiasaannya yang poket penuh la.

aku boleh kata 'couple' tu haram kalau ia menghampiri zina~rujuk surah anNur~tapi, kalau lelaki tu betul-betul gentleman, dia akan jumpa dengan 'parents' perempuan tu. terangkan hasrat nak berkawan(berkawan dulu..). mungkin tak ramai yang nampak kelebihannya, tapi sebenarnya antara punca hubungan pasangan yang dulunya bercinta bagai nak rak dan berhasrat untuk berkahwin retak sebab mak ayah tak setuju. cuba, try, test sang laki jumpa dulu. at least, mak ayah tu dah kenal la. kalau tak suka, mereka boleh beritahu awal-awal. betul tak?

kalau kita tengok zaman sekarang, tak sah 'couple' kalau tak berpegangan tangan. tapi, ramai je manusia yang tak 'couple' tapi still bertepuk tampar laki perempuan. jadi, timbul persoalan kalau 'couple' tapi mesej je..ajak tahajud, ajak solat sunat, study sama-sama(tempat lain-lain, tapi pada masa yang sama)..tak pegang tangan, tak buka aurat..itu dikira boleh ke? aha...inilah yang dikatakan 'couple islamik'..adeh..teringat pula satu dialog pasal 'couple islamik' ni.

adik : kapel islamik ni boleh ke?abang : kapel haram tak?
adik : haram.
abang : babi haram tak?
adik : haram.
abang : babi islamik haram tak?
adik : HARAAMMM...
abang : so...(ni aku tambah sendiri..haha~)

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

hmm... yang buat kita pandang baik benda-benda tu merupakan geng penjenayah super duper senior sejak zaman Nabi Adam. agak-agak boleh ke kita terselamat dari tipu daya mereka ni? untuk diri aku sendiri, aku hampir-hampir juga terlibat dengan masalah ini, tapi alhamdulillah~Allah selamatkan aku. lelaki, walaupun dia nonMuslim, tetap ada hati dan perasaan.ingat tu!! harap-harap, akan ada suatu hari nanti putera agama yang sebaik dan sejahat aku(ibarat kata kak syaz) yang akan bersama berjuang di jalan ini..insyaALLAH~doakanlah yang terbaik untuk semua..ilalliqa'~


apa-apa pun, yang halal hanya selepas nikah..jangan remehkan, permudahkanlah..

p/s:selamat menjawab soalan untuk manusia-manusia yang ambil PMR tahun ni, terutama kepada dilah di SMA lughatul Quran dan junior2 SMK tun mamat..bazala juhdan!!!