Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Bidang pengucapan awam menjadi satu bidang yang semakin dikenali(dan dikagumi juga). Aku sangatlah cemburu bila tengok kawan-kawan yang boleh bercakap depan orang ramai tanpa rasa ‘nervous’, tanpa penyakit ‘Parkinson’ yang sangat jelas bila pegang kertas, tanpa suara yang bergetar, tanpa peluh menitik-nitik sampai banjir pentas, dan tanpa rasa nak terbuang air besaq(huhu~sampai tahap nak pengsan pun ada). Buat adik-adik dan kawan-kawan yang ada sindrom-sindrom tersebut, marilah sama-sama memberanikan diri. At least, pretend to be brave. Konon-konon berani. Khususnya GURU. Ingat, kita nak bercakap depan anak murid kita nanti!!
To be frank, aku hanya berani bercakap depan kelas bila masuk sekolah baru. Means dalam keadaan orang baru kenal kita. Sebab, kawan-kawan menengah rendah ialah kawan-kawan yang sama di sekolah rendah. So, aku rasa segan la nak tonjolkan bakat terpendam ni. Haha!! (subhanallah..riak sungguh kamu..astaghfirullala’zim..) dan lagi satu, tiada semangat dan sokongan daripada kawan-kawan. Bila kita nak bercakap di depan kelas, mulalah ada suara-suara ‘boooo..’.
teringat seorang ikhwan di PLKN, dia pernah bagi perkongsian terbuka semasa kelas Character Building. Dia kata : “kita kat sini beruntung sebab kawan-kawan kita semuanya bagi semangat untuk kita bercakap kat depan. Saya sendiri pernah mengalami pengalaman melihat orang menjatuhkan dan dijatuhkan. Jadi, saya harap anda semua dapat ambil peluang ini untuk cuba memberanikan diri bercakap kat depan” (au kama qal). Dan selepas tu, seorang akhawat yang terkenal sangat-sangat-sangat pemalu keluar dan terus bagi perkongsian terbukanya. Kami memang rasa terkejut dan aku rasa memang betul apa yang ikhwan tadi cakap. Sikap kita nak menjatuhkan oranglah punca kawan-kawan kita tak berani nak bercakap di hadapan orang ramai padahal kita sendiri tak mampu nak berbuat seperti itu.
Public speaking ni ialah sesuatu yang perlu dilatih. Bermula di hadapan cermin(sorang2), depan kawan-kawan di dalam kelas, depan tetamu di dalam dewan, di atas pentas dan kebanyakan pemimpin adalah seorang yang mahir dalam pengucapan awam ini. Guru juga. Kata-kata yang boleh menusuk jiwa. Kata-kata teguran tapi tak menyakitkan hati. Dan semestinya berpaksikan kebenaran. Jangan sewenang-wenangnya menggunakan medium penguacapan awam di sekolah atau mana-mana institusi sebagai tempat penyebaran ilmu dan maklumat yang salah dan dengan sengaja. Kaji dan analasis perkara yang ingin disampaikan, kenal pasti tahap pemahaman dan fikiran audiens dan memahami budaya mereka. insyaALLAH, kata-kata yang lahir dari hati akan meresap di dalam hati juga.
Bagi aku, pengucapan awam ni hanya boleh dilakukan dengan baik oleh sesetengah golongan manusia sahaja. Berlainan dengan bercakap atau ‘speaking’, semua manusia boleh melakukannya, malah orang bisu juga. Bezanya cuma penghasilan suara, tapi umumnya memang semua orang mampu menyampaikan maklumat dengan cara masing-masing.
Muslim way of speaking
Aku mencadangkan antum hadam Muslim Way of Speaking oleh Harun Yahya. Tapi, aku belum habis baca lagi sebenarnya. Hehe~anyway, this is my way in order to improve my English since now I’m really related to this language. Nak menghabiskan novel English yang 300++ mukasurat tak larat, so, hopefully dengan membaca artikel-artikel yang basically from Harun Yahya and ILuvislam, InshaAllah dapat memberi manfaat dunia dan akhirat. Pengetahuan bahasa dapat, pengetahuan agama pun dapat. Untungnya jadi Muslim. Hidup rasa bermakna sentiasa.
Tapi kan, baru-baru ni aku baru habiskan Sinergi by Hilal Asyraf yang ada 491 mukasurat. mashaAllah, superb dan memang mantop!!! Sebelum ni, aku pun dah habiskan Terasing dan VT. Penulis mengaitkan persahabatan, ukhuwah dengan keimanan. Peranan sahabat sejak kecil, sampailah mati, dan sampai akhirat yang selama-lamanya. Sekaligus buat aku terfikir, kenapa aku bersahabat selama ni. Kerana Allahkah? lagi satu, pentingkah bersahabat kerana ALLAH?
Aku tak reti nak buat book review, so I suggest antum baca sendiri buku tu. Don’t skimming and scanning ya. Hayati dengan hati, inshaALLAH antum akan rasa betapa indahnya Islam, betapa Maha Penyayangnya Allah kepada kita kerana mengurniakan AlQuran dan Nabi Muhammad kepada kita.
p/s : teringin nak buat cerpen. Tapi tangan gatal nak melukis. Thanks Valerie for help me installing Stardock and Adobe Photoshop cs4.
No comments:
Post a Comment