bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
alhamdulillah~dalam bilik..bersukaria di depan lappy..setelah sehari suntuk berada di luar..hehe~
aktiviti hari ini bermula dengan solat Subuh berjemaah kali ke2 bersama ahli hostel yang lain sebab selama ni aku kan balik kampung...hehe~minggu ni je tak balik sebab minggu depan ialah minggu terakhir untuk semester ni.
joging dengan sahabiah kat taman tasik permaisuri. pastu terus menuju ke MyMart. dan setelah menemuramah akak kat situ, baru aku tahu yang kedai tu Mydin yang punya..buka 24 jam..best+murah+sejuk...breakfast dengan azah dan lisa kat bilik rehat. lepas Zohor bergerak ke Lrt Cheras untuk ke Masjid Jamek.
Sharing
kes 1 : nikmat dan dugaan
kes 2 : khusyuk dalam solat
hmm..nampaknya kami memerlukan murabbi yang boleh beri kami lebih ilmu tentang perkara-perkara ni. hopefully for the next 2 semester, there will be an Islamic session for us in the class. mudah-mudahan persoalan tentang agama lebih mudah diutarakan dan dapat feedback yang amat membantu. actually, boleh je kami berjumpa dengan asatizah untuk berbuat demikian tetapi al probnya, segan+malu. lagipun tak kenal..(adeh~banyak pula alasan) padahal, ilmu mereka hebat-hebat tu..rugi je tak manfaatkan..

gambar dari google image
BIRTHDAY
sambutan hari lahir yang disertakan di dalamnya upacara membaling telur+tepung+bahan kumbahan+whatsoever..boleh ke dibuat atas alasan suka-suki.. bukankah itu dikira kufur nikmat. yelah, telur+tepung, kan makanan. kita dok baling-baling orang, bukannya masuk mulut+telan+kenyang. dulu(rasanya sekarang pun masih ada), aku selalu tengok cerita-cerita taiwan yang main game siapa yang mulutnya paling besar dan boleh memuatkan bilangan biji anggur yang paling banyak. ada yang main sedut mee dalam tempoh yang ditetapkan dan keluarkan semula, siapa yang paling panjang meenya.
adeh~bukan kufur nikmatkah namanya tu? dan bukankah Allah dah state dalam alQuran, siapa yang bersyukur kepadaKu, nescaya Aku akan tambah, tapi siapa yang kufur kepadaKu, nescaya azabKu amat pedih..
TASK
alhamdulillah~presentation poster telahpun dilaksanakan dengan jayanya. esok, nak hantar essay on analysis of the poem chosen; i wandered lonely as a cloud. anyway, like usuall, kerja last minute la. tapi, insyaALLAH berkualiti and no plagarism.
terfikir, itu peranan aku sebagai student, padahal banyak lagi "task@tugasan" aku yang belum diselesaikan lagi. peranan aku(dan kamu yang telah mengucap kalimah syahadah) untuk mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran. huhu~sesungguhnya aku memerlukan kekuatan. ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan tugasanMu ini. kerna dulu aku dan seluruh umat ini pernah berjanji dan mengaku bahawa Engkaulah Rabb kami.
apa nak dikata aku masih di sini..
6 Dzulhijjah 1431
12 November 2010
----
Baru teringat.
Nama blog aku: Apa Nak Dikata Aku Masih Di sini,
taken by the quote found in my aunt's book.
Heee..:)
----
Baru teringat.
Nama blog aku: Apa Nak Dikata Aku Masih Di sini,
taken by the quote found in my aunt's book.
Heee..:)
No comments:
Post a Comment