Tuesday, 23 November 2010

Reformatting Lappy Diri


bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

perasan tak ada sesuatu yang lain kat blog ni? ahah..aku dah tambah column baru kat tepi ni.. tak la susah sangat dengan bantuan 'syeikh google'. alhamdulillah..

REFORMAT LAPPY
baru-baru ni, laptop aku mengalami kejutan(erk..aku yang terkejut sebenarnya) sebab tiba-tiba screen gelap dan ada 'notification' windows 7 aku 'not genuine'.. encik zahin pun mentertawakan aku dan berkata "tulah ko, lain kali time dia masukkan semua program ni dalam laptop ko kena tengok, biasanya ada label bawah laptop yang mention windows 7 ni genuine".. adeh.. mana la aku tau der..

p/s : credit to him la sebab reformat dan masukkan program-program yang 'best' dalam 'lappy' aku..thnx mr.zahin..
REFORMAT HATI

ehem..masuk sesi tazkirah.. well, as a human being, we are not escaped from doing something wrong and useless..so, to top-up all those things, we have to give-and-take a reminder each other. inshaALLAH, He will receive our 'amalan'(adeh..vocab tak kuat la)



sumber : sini

pernah tak kita rasa 'down'? masa tu, rasa macam itu bukan diri kita.

bila tengok cermin, 'eh, betullah aku'..

bila buat 'checklist', wah..solat 5 waktu cukup, tak pernah miss pun. tapi tak rasa khusyuk langsung.

alQURAN, setiap hari baca, siap dengan terjemahan sekali, tapi hati tak bergetar pun bila tiba ayat-ayat ancaman daripada Allah. bila sampai ayat-ayat pasal nikmat-nikmat syurga, hati tak rasa yakin pun dengan janji Allah tu.

so, what to do??

ahah..


minta hati lain. sebenarnya, ada apa dalam hati yang buat kita rasa resah, tak tentu arah?

ooo.. dalam hati ada iman.

iman?? apa pula iman tu?

(sambil belek-belek buku teks PSI tingkatan 4)

iman bermaksud percaya dengan hati, melafazkan dengan kata=kata dan membuktikan dengan amalan zahir. hmm... betullah tu.

tapi, apa benda besar yang nak dikaitkan pasal I.M.A.N. ni? actually, this thing of iman that we discuss now is something extraordinary that no one can get it at any mydin or giant. malah, Nabi kita sendiri tak boleh nak ambik sikit dari hati Baginda dan bagi kepada manusia yang paling baginda sayangi iaitu Abu Talib. the extraordinary one who has the iman in his or her heart will get an extraordinary thing at last, that is Jannah. ya.. syurga.. paradise.. heaven.. yang di dalamnya terdapat berjuta-juta lemon(sindrom budak kecik) nikmat yang tak terjangkau di akal fikiran.

soal iman, soal hati, hanya Allah yang tahu. kamu yang ada masalah dengan hati, kamulah yang kena minta dengan pemilik hati, yang Maha Membolak-balik hati. dalam satu kuliah maghrib yang lepas, Ustaz Jainudin ada sebut pasal hati ni. beliau kata hati ni macam kipas yang bergerak. dia statik(terlekat kat siling) tapi bergerak(berpusing). dalam kes hati ni, dia ada dalam diri, tapi sentiasa berbolak-balik. fahimtum??(masuk ke;as arab sikit) faham tak?

KISAH NABI IDRIS

di sini, aku akan cuba bawa kisah nabi idris a.s. sejak kecil, aku jarang diperdengar kisah pasal nabi kedua dalam senarai 25 orang rasul ni. Baginda merupakan nabi yang paling awal pandai menulis dan menjahit. (kalau salah harap betulkan)

suatu hari, baginda didatangi malaikat pencabut nyawa iaitu malaikat Izrail. mereka ni ibarat kawan karib la senang kata. suatu hari, baginda bertanya "bagaimana rupa syurga dan neraka" dan menyatakan hasratnya nak masuk kedua-dua tempat tu. Allah memberi izin kepada malaikat untuk membawa baginda tetapi dilatakkan syarat iaitu nyawa baginda mesti dicabut terlebih dahulu.

setelah nyawa Nabi Idris a.s. dicabut, baginda dibawa ke neraka. lalu, baginda berkata "alangkah ngerinya keadaan di sini. bawalah aku ke syurga pula." (ngeri tak ngeri neraka dan isinya, bacalah kisah Nabi Muhammad s.a.w. semasa peristiwa Isra' Mi'raj dan surah-surah dalam juzu' 29 kalau aku tak silap).

sesampainya di syurga..baginda amat terpegun melihat keindahan syurga tersebut. memang tak bosan la duduk dalam tu. ada sungai madu.. sungai susu.. sungai arak segala.. khusyuk la nabi idris ni sampai malaikat izrail panggil baginda untuk pulang ke dunia. nabi idris pun pergilah tapi baginda sengaja tinggalkan kasut atau sandal baginda di syurga tersebut. lepas tu, baginda cakap dengan malaikat, "kejap..kasut aku tertinggal"..(cam taktik adik aku masa mandi manda di air terjun gunung ledang)..baginda pun masuk tak keluar-keluar.. lepas tu, Allah bagitahu malaikat, biarlah dia, memang syurga itu tempatnya. lagipun nyawa baginda kan dah dicabut.

moral of the story:syurga itu memang tempat kita masa awal-awal penciptaan kita.kita memang akan ke situ andai ada iman di hati walaupun hanya sebesar zarah. tengok, sayangnya Allah kat kita. kita tak nak jadi orang beriman ke? jom la!!

BI'AH SOLEHAH

aku tak nafikan bi'ah solehah(suasana solehah) sangat penting dalam usaha menanam iman dalam hati. tapi, adakah antum percaya, kadang-kadang mutiara yang putih bersih berkilau bak cahaya apabila digilap boleh didapati di dalam timbunan pasir dan tanah?
“Kau bolehlah, hidup dalam bi’ah solehah. Boleh kekalkan apa yang belajar di sekolah kita dahulu. Aku ni, tercampak dalam lembah jahiliyyah. Sana sini rosak. Akhirnya aku pun sama-sama hancur jugak.”

pernah rasa camni? dulu, masa kat sekolah, perghhh..solat jemaah, ma'thurat jemaah, usrah, kuliah, senang kata hidup memang full dengan tarbiyah.. lebih-lebih lagi yang bersekolah di SMKA, SMA, SMU, pondok, etc.. sayangkan tinggal semua benda-benda tu...

tapi macamana pula bagi golongan yang langsung tak pernah melalui proses-proses yang disebut dia atas? wajarkah kita merelakan diri kita menjadi seperti seekor kambing yang terlepas daripada kawanannya, terdedah kepada serangan serigala-serigala yang mengganas tak kira masa..jadi, sudi-sudilah baca
di sini untuk sambungan..

p/s:doakan aku amali motor esok..fatin!! aku jumpa senior ko kat sana..

Saturday, 13 November 2010

First Time

bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

alhamdulillah~dalam bilik..bersukaria di depan lappy..setelah sehari suntuk berada di luar..hehe~

aktiviti hari ini bermula dengan solat Subuh berjemaah kali ke2 bersama ahli hostel yang lain sebab selama ni aku kan balik kampung...hehe~minggu ni je tak balik sebab minggu depan ialah minggu terakhir untuk semester ni.

joging dengan sahabiah kat taman tasik permaisuri. pastu terus menuju ke MyMart. dan setelah menemuramah akak kat situ, baru aku tahu yang kedai tu Mydin yang punya..buka 24 jam..best+murah+sejuk...breakfast dengan azah dan lisa kat bilik rehat. lepas Zohor bergerak ke Lrt Cheras untuk ke Masjid Jamek. 

Sharing

kes 1 : nikmat dan dugaan
kes 2 : khusyuk dalam solat

hmm..nampaknya kami memerlukan murabbi yang boleh beri kami lebih ilmu tentang perkara-perkara ni. hopefully for the next 2 semester, there will be an Islamic session for us in the class. mudah-mudahan persoalan tentang agama lebih mudah diutarakan dan dapat feedback yang amat membantu. actually, boleh je kami berjumpa dengan asatizah untuk berbuat demikian tetapi al probnya, segan+malu. lagipun tak kenal..(adeh~banyak pula alasan) padahal, ilmu mereka hebat-hebat tu..rugi je tak manfaatkan..

gambar dari google image

BIRTHDAY

sambutan hari lahir yang disertakan di dalamnya upacara membaling telur+tepung+bahan kumbahan+whatsoever..boleh ke dibuat atas alasan suka-suki.. bukankah itu dikira kufur nikmat. yelah, telur+tepung, kan makanan. kita dok baling-baling orang, bukannya masuk mulut+telan+kenyang. dulu(rasanya sekarang pun masih ada), aku selalu tengok cerita-cerita taiwan yang main game siapa yang mulutnya paling besar dan boleh memuatkan bilangan biji anggur yang paling banyak. ada yang main sedut mee dalam tempoh yang ditetapkan dan keluarkan semula, siapa yang paling panjang meenya.

adeh~bukan kufur nikmatkah namanya tu? dan bukankah Allah dah state dalam alQuran, siapa yang bersyukur kepadaKu, nescaya Aku akan tambah, tapi siapa yang kufur kepadaKu, nescaya azabKu amat pedih..

TASK

alhamdulillah~presentation poster telahpun dilaksanakan dengan jayanya. esok, nak hantar essay on analysis of the poem chosen; i wandered lonely as a cloud. anyway, like usuall, kerja last minute la. tapi, insyaALLAH berkualiti and no plagarism.

terfikir, itu peranan aku sebagai student, padahal banyak lagi "task@tugasan" aku yang belum diselesaikan lagi. peranan aku(dan kamu yang telah mengucap kalimah syahadah) untuk mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran. huhu~sesungguhnya aku memerlukan kekuatan. ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan tugasanMu ini. kerna dulu aku dan seluruh umat ini pernah berjanji dan mengaku bahawa Engkaulah Rabb kami.

apa nak dikata aku masih di sini..
6 Dzulhijjah 1431
12 November 2010

----
Baru teringat.
Nama blog aku: Apa Nak Dikata Aku Masih Di sini,
taken by the quote found in my aunt's book.
Heee..:)