bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
(p/s:post ini telah menjadi ikan pekasam yang sangat enak kerana disimpan dalam draf sejak April 2010..semoga dapat ibrah..=))
novel pertama yang aku baca sampai habis (sebelum tu ada juga baca tapi tak habis) ialah Kau Sayangku karya Bikash Nur Idris beberapa tahun lepas. aku berhenti bergelumang dengan novel cintan-cintun ni 'area' 2 thn lepas setelah bertemu dengan Tautan Hati.

teringat sejarah aku dapat novel ni. punya sayang abah dengan anak-anak perempuan dia, sampai sanggup turun melaka cari novel ni.huhu~terharu sungguh kitorang. novel ni dah makin popular di hostel aku sejak kem tautan hati yang diadakan oleh kakak-kakak senior tahun lepas.(sesungguhnya aku rindu kem tu!!) dan baru-baru ni, budak-budak asrama sekolah aku serbu 'booth' telaga biru dan 'merembat' novel ni untuk dijadikan bahan bacaan sampingan selain buku-buku akademik yang berlambak kat loker tu (kalau aku, dah jumpa novel, memang tak buka la buku spm tu).
sejarah aku berubah angin membaca buku-buku yang hanya 'student' sekolah agama baca ni(mengikut apa yang dikatakan oleh tuan kedai buku) aku pun tak berapa nak ingat(kalau ingat pun, macam segan je nak bagitahu kat sini..hehe~). tapi, aku bersyukur la walaupun aku bukanlah stok sekolah agama, aku dapat juga rasa kehidupan mereka melalui novel ni. nak 'jealous' pun tak guna sebab memang takdir hidup aku yang lalu macam tu. dan sebenarnya hidup aku yang dulu tulah yang bawa aku sampai aku jadi macam ni hari ni. masyaAllah, indahnya susunan Allah.
dan baru-baru ni, aku baca satu novel 'best',tajuk dia Versus 'by' Hlovate.ayat memang 'sempoi gila'tapi tak kisahlah sebab novel dia mengajak masyarakat yang gila-gila macam aku ni dekat dengan ISLAM, UKHUWAH, DAKWAH, ALQURAN. (percaya atau pun tidak, ada sahabat aku ni, kami tak rapat sangat sebab baru kenal dan setakat apa yang aku tahu, dia ni perokok sejak sekolah rendah dan dalam usaha nak berhenti dan dia memang minat dengan hlovate ni. insyaAllah, semoga hidayah Allah menjadi miliknya)
banyak 'quote' daripada alQuran dan hadith dalam novel-novel dia. dan kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. bila aku baca novel-novel dia (rooftop rant dan versus), aku rasa hlovate ni pun manusia yang mengalami perubahan dalam hidup dia juga. 'well', semua orang ada hak untuk berubah. ummi aku pernah bagi nasihat kat aku masa aku ada 'prob' dulu, kalau manusia ditegur, dia mesti akan berubah, kalau tak jd baik, jadi lagi jahat, tu je. dan bagi aku kalau manusia mengalami 'culture shock' pun akan menghadapi perkara yang sama. contoh yang terhampir bagi aku, masa plkn la. tapi intuk skop yang lebih besar, tengok je la 'student' malaysia yang 'study' kat luar negara. ada yang berubah daripada tak pakai tudung, balik malayisa terus pakai tudung, bukan setakat tudung biasa, tu ha, lerang 60 punya tudung, siap berjubah lagi. 'well', itulah nikmat hidayah yang tak semua orang dapat.

minggu lepas, aku belajar salah satu dari novel Shakespeare, bertajuk Much ado About Nothing. tema : cinta komedi. ada satu watak bernama Benedick yang 'dikenen-kenenkan' dengan seorang perempuan bernama Beatrice. throughout the scenes, from 1 to 3, we can deduced that they are in love but keep insult each other. dan perubahan ketara pada Benedick ialah :
1. mula mengambil berat tentang penampilan diri
2. mencukur jambang kerana perempuan tu pernah kata dia tak suka orang yang ada jambang
3. pakai minyak wangi
....
(tambah sendiri ya, aku percaya ramai antara kita pernah mengalami benda yang sama..hehe..)
Miss Amyzar terangkan bahawa ini adalah sifat orang bercinta. sama ada kita berubah untuk orang yang kita cinta atau berubah disebabkan orang yang kita cinta. kebiasannya, jika kita berubah kerana orang yang kita cinta, perubahan itu takkan kekal, kerana seandainya satu saat nanti, cinta kita terhadap orang itu berubah, kemungkinan besar, perubahan kita itu akan terhenti. tapi, andai kita berubah disebabkan oleh seseorang, which means, dia menjadi wasilah untuk kita berubah, tak mustahil perubahan ke arah yang lebih baik dan kekal akan berlaku. tertarik dengan qoute by Imam Nawawi :
aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agama dari dirimu, hilanglah jua cintaku padamu.
dalam kata lain, inilah kuasa cinta. dan satu perkara yang kita kena tahu, cinta manusia hanya sementara. yang kekal ialah cinta yang dibalut dengan keimanan kepada Allah. perkara cinta ini selalu meniti di bibir manusia kerana cinta ialah fitrah manusia.
****
by : |BK|
Bismillah. Kita selalu dihidangkan dengan ‘fatwa’ bahawa couple atau bercinta adalah haram. Bagi yang mengatakan begitu, pasti ada alasannya, begitu juga yang menafikannya. Justeru, saya mengajak kamu melihat erti di sebalik cinta itu sendiri. Jika kamu kata kamu cinta, cinta jenis apa yang kamu bina antara kamu dan pasangan kamu? Rasanya tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sesuatu yang kamu panggil cinta itu, bagi kamu kejayaannya ialah perkahwinan atau bahagia hingga ke anak cucu. Jika ya, maaf, saya langsung tidak bersetuju.
Cinta, bagi saya ialah untuk bersama-sama ke syurga ALLAH. Andai salah seorang tergelincir masuk ke neraka, kita akan sedaya upaya untuk tarik dia kembali, untuk bersama-sama ke syurga ALLAH. Cinta itu sesuatu yang luar biasa. Kita akan sanggup berkorban nyawa demi cinta. Lihatlah pada sejarah, malaikat menawarkan kepada Rasulullah SAW untuk menerbalikkan bumi Taif apabila penduduknya menolak dakwah baginda SAW malah bertindak membaling baginda SAW dengan batu hingga mengalir darah pada kaki baginda SAW. Tapi, apa jawab Rasulullah SAW? Rasulullah SAW melarang malah berharap agar ada antara daripada tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun. Nah, kerana apa Baginda SAW tidak menerima tawaran malaikat itu? Kerana cintanya dia kepada umatnya, Baginda SAW ingin bersama-sama ke syurga. Dan kerana Baginda SAW tahu, kufurnya umat kepada Allah, neraka adalah tempat tinggalnya. Untuk berapa lama? Untuk selama-lamanya. Ya, SELAMA-LAMANYA.
Baik, kamu kata kamu cintakan dia? Jadi, kenapa kamu menyentuh dia yang belum halal bagimu? Kenapa kamu sanggup menggadaikan maruahmu kerana dia? Memang, semua itu amat membahagiakan, umpama dunia ini milik kamu berdua namun, bukankah kamu tahu apa yang kamu buat itu akan menempah tiket ke neraka? Sahabatku, bertaubatlah. Jika benar kamu cintai dia, sila cintai dengan sepenuh hati. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Biarlah kita menjadi asing dan pandanglah segalanya dengan pandangan syara’, dengan kacamata Islam. Kerana cinta itu datangnya bersama tanggungjawab dan pengorbanan. Dan kerana cinta yang luar biasa itu hasilnya adalah sesuatu yang luar biasa juga, iaitu, SYURGA ALLAH.
p/s : untuk pengetahuan readers, tulisan aku banyak dipengaruhi oleh penulis-penulis blogger seperti Hilal Asyraf dalam langitilahi.com. justeru, jika kamu tak suka, jangan baca atau berhenti saja mem'follow' saya. takut mengundang perasaan tak selesa di hati kamu. ok? no offence ya..=)
k, illalliqa'~


Gratisan Musik