bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah..macam yang aku senaraikan di 'column' sebelah kanan ni, aktiviti hujung minggu aku kali ni diisi dengan Kem Memantapkan Kepimpinan. huk2.. at first, kami semua telah diperingat oleh Naib Pengerusi, Kak Tika supaya membetulkan niat. jangan rasa terpaksa sebab ya, memang assignment sedang berlumba-lumnba memasuki carta top 3 kali ni.
namun, akhirnya, dengan hidayah Allah, dibukakan hati ni, jasad dan harap-harap roh ini, aku berjaya mengharungi kehidupan di kem ni. to be frank, actually this was my first time being for a dakwahY&tarbiyah type camp. i mean, that was the first time i could really got 'into' it. especially with last night activity, muhasabah or reflection slot where all participants could express their feeling after about 1 semester being the exco of PGPI or Persatuan Guru Pelatih Islam.
aku rasa pada malam tu, semua orang menitiskan air mata. (huk2..aku tewas akhirnya!!) ayat surah Muhammad ayat ke 7 meniti hampir di setiap bibir sahabat-sahabat yang meluahkan perasaan malam tu. memang, mukjizat dari ayat-ayat Allah sangat jelas bilamana kita yang hampir futur, mampu bangun kembali apabila mentadabbur maknanya, bilamana kita yang bersedih hati, mampu untuk tersenyum dan bilamana kita ketawa macam tak ingat mati, kita mampu menangis pula bila baca ayat-ayat Allah.
3 hari sangat pendek untuk sesuatu program seperti ini. maksud aku, ada sesetangah aktiviti yang tak mencapai objektif (pada diri aku). dalam kata lain, kadang-kadang kita tak nampak rasionalnya atau signifikannya sesuatu perkara tu lebih-lebih lagi bila tak diterangkan dengan jelas. (ke aku yg lampi?? hmm..)
NOTA CINTA
hehe~masa hari pertama, kami semua diberi sampul surat, dan dikehendaki menulis nama masing-masing. kemudian kami diberi arahan supaya menulis surat/nota/memo berisi teguran berhikmah atau pujian membina. al hasil, pada hari terakhir, kami mengambil semula surat kami. and here I am, reading for the notes, the love notes from my beloved sahabiah.
kata-kata semangat tu biasa la. ada juga teguran pasal 'speaking speed'. aku cakap laju sangat!! huk2..nervous sebenarnya. tapi, kalau biasa-biasa pun, kadang-kadang laju juga. tak tahu la nak ubah macamana. ada cadangan? hehe..
tapi, bila muhasabah kejap, terfikir, speaking speed ni ada kaitan dengan hati ke? hati yang selalu gelisah, tak tenang, banyak dosa, kepala otak mampat dengan maksiat fikiran..sebabkan apa yng dilafazkan jadi tak tersusun, memberikan hint hati dan fikiran yang tak tersusun juga.
okay..point taken.
CONFESSION
dan di sini aku nak buat pengakuan. sebenarnya kan, aku tak hantar satu surat pun kat entum. cukuplah kata-kata semangat sepanjang program ni. tak gitu?? hehe..
aku rasa lepas bacaan wahdah tadi, rasa roh ni macam dapat semangat luar biasa. bayangkan la kan, semalam tidur pukul 2 pagi. bangun pukul 5 lebih, dan sampai sekarang masih segar lagi. siap boleh update blog dan siapkan basuhan kain-kain yang tak dibasuh sepanjang kem. hmm.. alhamdulillah..
faktor lain, aku malas der.. yg muslimat aku boleh mesej je.. (ceh, bajet banyak kredit), yang muslimin satu hal, aku tak reti susun ayat. kang tak pasal-pasal ada consequence lain pula. jadi, aku amanahkan seorang yang aku percayai untuk forwardkan mesej yang aku dapat dari seorang sahabat aku yang nun jauh di perlis..tq dil.
okay, tutup topik tu.
p/s:suka tengok gambar ni..jumpe kat langitilahi.com. caption tu kabo original from here tapi aku tak boleh masuk pula.
ASSIGNMENT
sekarang ni, dalam bilik Adlin, ngan Didie dan Rain.. buat task untuk esok, ENGLISH STUDIES. alhamdulillah, kami berempat dan Naib Bendahari, KR satu kelas, jadi senang la nak buat kerja last minute sama-sama.huhu~
KHAMIS : hantar assignment islamic studies,insyaAllah. ada pembentangan tajuk akidah oleh kami. doakan mesej sampai (dan speaking speed aku tak macam ferrari atas litar sepang..huk2)
p/s:sangat rindu usrati..ummi selalu telefon,kabo kalau ada apa2 mesej abah. huk2. asif, ummi wa abi!!
(ni gambar candid sebab mereka tak suka ambil gambar..hehe..sebab abah saya hensem dan ummi saya comey, jadi, masing-masing tak nak tunjuk kehenseman dan kecomeyan mereka..=))
No comments:
Post a Comment