sanah helwah, abah!!!
semoga selamat dipayungi nikmat iman dan islam. maaf sebab tak dapat balik dan sambut sama-sama. [mesti ummi masak best2 ni.. huhu~]
ok. sejak semalam asrama tak ada air. tapi, alhamdulillah, Allah bangunkan aku pukul 5 sama-sama mencari air dengan bella..
sampai je bilik, dapat mesej dari salah seorang fasi, mengatakan tak dapat join sebab mak dia request dia balik rumah. fuh..dugaan2..
alhamdulillah..
hujan.
telefon abah lagi. minta abah and the gang doakan. sangat takut dan seram sejuk..huhu!
pendaftaran-->solat maghrib-->taaruf dengan AJK WANGI-->taaruf dengan fasi-->solat isyak-->ice breaking-->supper-->turu...
lagu tema kami : HambaMU by Mawi & Akhil Hayy
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
(korus)
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
pecah bendulan atau ice breaking adalah satu slot yang sangat penting sebab ia bertujuan untuk memecahkan invisible wall or barrier antara peserta dalam kumpulan. kami buat 2 aktiviti; taman haiwan dan tapak kasut. sangat best!! hehe~
16 JULAI 2011
jadual yang sangat padat. penuh dengan kuliah dan ldk. sangat kasihan tengok mereka keletihan. termasuklah tukang-tukang masak yang sangat berdedikasi; Adlin, Ain, Kak Ba, Naim dan ada beberapa orang lagi.
nyanyian lagu tema |
Kuliah Dasar |
alhamdulillah. setakat ni, segalanya berjalan dengan lancar. modul untuk LDK 1 terpaksa diubah sedikit di saat-saat akhir atas sebab-sebab tertentu. sesungguhnya tempat agak menjadi cabaran bagi kami sebab kecil, susah untuk peserta buat pembentangan secara besar-besaran. 16 kumpulan; 10 muslimat, 6 muslimin. dalam 120 orang. fuh!!
slot orienteering@kompas kehidupan adalah amat penting bagi aku [personally]. boleh kata jantung bagi program ni [bagi aku] ialah slot ni.
tema pencarian diri dipiih. 6 checkpoint dan 12 penjaga. kami pisahkan min dan mat. tapi, entah macamana ada min yang sesat, jadi, terserempak dengan mat. adeh!!
slot muhasabah diri dibawa oleh Mr. Walid. [no comment sebab aku join slot ni sekejap je..huhu~]
program ditangguh pukul 1.45 am.
17 Julai 2011
hari terakhir. hua!! bangun lambat dan bahan untuk LDK terakhir belum siap. berkejar-kejaran mencari printer yang OK, sebab hari ini, semua printer mogok..tak nak keluar ink..
First time guna Publisher.. memang le pon.. |
apapun, aku sempat masuk dewan kuliah untuk 10 minit terakhir bersama Ustaz Jowell. beliau dah dijemput untuk kebanyakan program kami. sangat bersemangat!!
LDK 3 settled.
upacara penutup dijalankan. Ustaz Jai and the gang dijemput, termasuklah YDP JPP.
tayangan video : entahlah..rasa macam pas ni dah tak ada lagi kem macam ni. pemantau : lepas ni, akak, Kak Ba, Mr. Walid, senior-senior ni dah tak ada dah. huhu~
"dengan berakhirnya nyanyian lagu tema itu tadi, maka berakhirlah program kita pada hari ini'
dan berakhirlah tugas aku. fuhh!!
alhamdulillah!!
p/s : membaca komen-komen peserta, mengingatkan diri ini, tentang penggantungan harapan kepada yang MAHA KEKAL, yang MAHA MEMBOLAK-BALIKKAN hati manusia. Subhanallah!!
Uhibbukum Fillah Daaiman.. Aku sayangkan kamu semua kerana Allah selalu..=) |
p/s 2: ada je komen yang agak kasar, tapi aku tak sempat nak snap sebab ramai sangat yang berminat nak baca..hehe~
p/s 3: to ameen azizie, bazala juhdan!!
p/s 4: syukran jazeelan kepada semua yang terlibat, secara langsung atau tak langsung. =)
No comments:
Post a Comment