Monday, 22 August 2011

Koran by Heart and Quartet

Alhamdulillah~

Koran by Heart..is it 'in' our heart?
dapat juga aku tengok Koran by Heart. satu dokumentari oleh Greg Barker. tentang perjuangan 3 anak kecil; Nabiollah dari Tajikistan, Rifdha dari Maldives dan Djamil dari Senegal merentasi lautan untuk bersama-sama ke mesir untuk menyertai pertandingan hafazan AlQuran peringkat antarabangsa.

rasa sangat cemburu dengan kelebihan yang Allah bagi kat diorang ni. kecil-kecil dah hafaz alQuran. aku yang dah 19 tahun ni pun, juzuk 30 tak pass lagi. banyak yang dah lupa..adeh~

dan hati ni tetiba tersentuh dan menyebabkan kilang air mata merembeskan isinya saat Djamil tak dapat teruskan bacaan sebab ayat yang diberi sangat banyak dalam alQuran. so, he was confused. sebelum diuji, dia cuba telefon mak dia, tapi line tak berapa clear. masa dia nangis sebab tak dapat teruskan bacaan tu la saat paling touching. huhu~

Greg Barker with Rifdha's family
Djamil and his father
p/s: syukran jazeelan zahin sebab tolong downloadkan. terima kasih daun kelapa, lain kali nak minta downloadkan movie lain pula.

NOVEL : Quartet
BEST!! sila baca. especially kamu Chad dan Aina.

p/s 2: gaya penulisan dan setting macam novel Hlovate juga. tapi, yang ni ada sesuatu yang lain. btw, aku tau buku ni sebab terjumpa kat blog Bayyinat. alang-alang dah sampai kedai buku, grab je. ada diskaun. jadi, dapat RM16. =)

p/s 3: inshaAllah jumaat ni balik. gembira nak jumpa abah, ummi and de gang. sedih sebab Ramadhan dah nak habis..sob3..

No comments: