Tuesday, 29 November 2011

Yang Sedikit

Hujan.
Cuti masih berbaki.
Banyak perkara belum diselesaikan.
Huh!

2 tahun lepas,
Pada tarikh ini,
Kita masih demam SPM.
12 subjek kena dikhatamkan dalam masa 2 bulan.

11 tahun persekolahan,
Semuanya 'dipertaruhkan' dalam masa tak lebih 3 jam.
(Purata satu subjek, 2 kertas)
Dan keputusan yang keluar pada tahun berikutnya,
Akan menentukan di mana letak duduknya kita.
Di universitikah? Matriks? IB? Kolej?
Maktab? Obesi?
Atau di rumah?

Tak keterlaluan rasanya,
Kalau nak dikatakan bahawa keputusan SPM,
ialah perkara paling penting bagi rakyat Malaysia
yang tinggal dan hidup di Malaysia.

Selepas peperiksaan percubaan,
Terdetik di hati.
Persoalan yang sama, adakah aku hamba exam?

Ada seorang kawan,
Yang aku kenal di PLKN,
dan aku ikuti blognya.

Dia SANGAT, SANGAT benci dan menyampah dengan orang yang:
tanya pasal result dia sebab macam tanya dia buat apa dalam tandas. (what lah~~)
down bila result tak seperti yang diidamkan.

Ooo..satu quote dia:
kat mana syukur kau tu aku tak nampak.

Sarcastic i should say, ha?

Syukur..
Syukur..
Syukur..

(macam lagu raihan pulak dah..)

Aku tak tahu bila keputusan peperiksaan akhir akan keluar,
Yang pasti,
Segala usaha inshaAllah telah dan sedang dibuat (doa).

InshaAllah, we will make it to degree.
Walaupun ada budak cohort yang kononnya sedang study,
preparation for referral, they said.
(masing-masing berserah memandangkan soalan susah gila kentang,
dan kemungkinan untuk ambil referral SANGAT tinggi)

Huhu~

*****

Bila sekolah kat kampung,
Cikgu pula sekampung,
Jalan-jalan, tak jumpa orangnya,
jumpa rumahnya.
Huhu~

Apa-apa pun,
cikgu memang penting.
Mua'llim, murabbi, muaddib.

Dalam satu kelas Prinsip Perakaunan,
Cikgu Haslina ada sebut,
pasal amanah.
"Allah nampak."

Yep, macam kisah Saidina Umar RA,
dengan anak muda.
Saidina Umar RA nak beli kambing gembalaannya,
tapi dia menolak sebab kambing tu bukan dia punya.
Tapi, dengan menggunakan alasan bahawa yang empunya kambing tu,
tak ada kat situ dan anak muda tu boleh guna apa sahaja alasan,
untuk 'menghilangkan' jejak kambing tu,
anak muda tu kata apa?
"Allah Maha Melihat."

Nak kaya, boleh je.

Tapi jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Tunjukkan kita di mana saja.

Aku Kaya, puisi Dr. Maza.

Teringat alasan yang diberikan semasa 'mengada-ngada'
nak tambah subjek Prinsip Perakaunan ni:

Nak jadi menteri kewangan dalam keluarga.


InshaAllah..


p/s: Competency and integrity.


*****


Ya Allah.
Jadikanlah aku dari golongan yang sedikit.

And few of My servants are grateful. (Al Quran 34:13)

p/s 2: biskawiit laziiz. tak dapat hang rasa nasi ambeng. next time eh..

Saturday, 26 November 2011

Cerpen : Kau Siapa?

Cubaan kedua. Sila 'mute' volume sebab lagu background tak sesuai dengan tema cerpen ni. huhu~
------
Bismillah.
Hari tu hujan.
Balik dari makmal fizik, Ecah minta aku temankan dia pergi 'cyber cafe'. Ada dokumen yang perlu dihantar, katanya.

"Allahu akbar..Allahu akbar..."

"Asar lah...Cah. Solat dulu jom."
"Orait bebeh!"

Ecah. Aisyah.
Aisyah Humaira'. Nama isteri Rasulullah SAW.
Cantik namanya, secantik orangnya.

Oh, lupa!
Aku dan Ecah berkawan sejak sekolah rendah lagi. Sehingga sekarang. Di matrik.
Kursus yang sama. Kelas saja yang tak sama.

"Boring la aku. Asyik tengok muka kau je."
"Haha..Kau jangan Cah. Nanti kalau aku dah tak ada, siapa nak temankan kau pergi tandas tengah-tengah malam?"
"Tandas jangan sebut. Kang ada yang makan pinggan kang.."
"Lepak chill la bro..hehe~"

Bayangkanlah. Walaupun bilik tak sama, aras tak sama.. Ecah sanggup telefon aku, tengah-tengah malam buta, minta temankan dia pergi tandas. Padahal, tandas sebelah bilik dia je pun.

Nampak je ganas, penakut juga sebenarnya. Kui3..

Usai solat, kami menuju ke satu halaqah kecil.
Baca ma'thurat sama-sama.
Bagi aku, inilah keunikan matrik ni. Di tengah-tengah kesibukan menuntut ilmu,
masjid menjadi tempat pelajar berehat, cas bateri yang dah makin lemah.

Yelah, cuba bayangkan.
Kelas, tutorial, 'lawatan sambil belajar' ke makmal, sampai ke petang.
Kadang-kadang ada kelas malam.
Nak buat tutorial task, assignment, lab report, sampai tak tidur malam.
Tengah-tengah buat task, tertidur. Bila sedar je, dah subuh.
Itupun kalau bangun. Ada juga terlajak.
Macam-macam.

"Cah. Kau ada isi borang nak jadi ajk karisma?"
"Hehe~seganlah. Berapa ramai yang apply? Aku tengok borang tu banyak semalam. Tadi, aku jeling, macam dah tak ada je"
"Memanglah tak ada. Tinggal dua tadi, lepas tu aku ambil. Satu untuk kau, satu untuk aku."
"Ngaaa~"
"Tak payah nak nganga kat sini. Jom isi. Lepas ni, 'settle'kan emel kau tu, lepas tu kita hantar borang ni."
"Perlu ke?"
"Apa yang perlu?"
"Kita join benda-benda ni? Kalau jadi ahli biasa tak boleh ke? Lagipun, kalau kita mohon pun, mesti tak diterima punya."

"Apasal pulak?"

"Yelah. Kita ni manalah layak nak join benda-benda macam ni. Kalau kat sekolah dulu bolehlah. Berapa kerat je Muslim."
"Lah..Kita belum cuba, belum tau."
"Jap. Kenapa kau nak mohon sangat benda ni? Tak takut jejaskan study ke?"
"Entah. Macam best je. Lagipun masa orientasi hari tu, ada akak fasi tu suggest kitorang join benda ni. Kita try je.."
"Baiklah cik puan."

Hujan dah mula reda.
Matahari pun dah mula menyembunyikan diri.
Azan maghrib berkumandang.

"Perasan tak?"
"Apa?"
"Sedap azan tu. Kan?"
"Yang tadi tu?"

Kau mengangguk.

"Budak kelas aku tu."
"Ohhoo..Mesti budak baik, kan?"
"Hehe~boleh tahanlah."
"Boleh tahan macamana?"
"Amboih~berminat nampak."
"Eh, taklah. Dah alang-alang cerita kan, nak tau juga."

Malam tu, aku dengan semangatnya bercerita pasal manusia itu,
sambil tangan menulis lab report yang kena dihantar esok pagi.

*****

Seminggu kemudian, aku diberitahu bahawa Ecah diterima sebagai Ahli Lajnah Multimedia.
Padanlah dengan kemahirannya menggunakan IT sebagai medium dakwahnya.
Dan aku?
Tak diterima.
Sedih?
Sikitlah. Tapi, teringat kata-kata Rasulullah SAW:

Sesiapa yang mengucapkan Lailahaillallah, maka dia adalah daie.

So, tak ada alasan la aku nak berdolak-dalih.
Kenapa?
Nak kena jadi ajk ke, baru nak berdakwah?
Nak kena jadi ustaz ke, baru rasa nak buat baik?

Bukan ke berdakwah tu benda baik?
Bukan ke berdakwah tu banyak cara?
Hmm..

Satu petang, habis je usrah dengan Kak Huda, Ecah jumpa aku.
Ecah dengan sedu-sedannya bercerita bagaimana tertekannya dia.
Antara assignment yang bertimbun dan kerja-kerja persatuan yang pastinya menuntut dia berada di hadapan laptop dalam tempoh yang lama.

Tiba-tiba terbit rasa menyesal.
Menyesal kerana pernah mengajak dia untuk menjadi sebahagian daripada tenaga penggerak dalam persatuan itu.
Walaupun bukan aku yang patut disalahkan.

"Cah. Sungguh, aku tak tahu kau akan jadi macam ni. Padahal dulu, masa kau mula-mula dapat tahu kau dapat jawatan ni, aku nampak kau happy gila dapat post tu.
Aku tau aku bukanlah orang yang tepat dan layak untuk bagitahu apa yang betul, apa yang salah kat kau. Tapi, jauh di sudut hati ni, aku rasa sangat cemburu dengan kau."

Senyap.

"Apa maksud kau, cemburu dengan aku? For what? Result kau lagi gempak dari aku kot."
"Bukan. Bukan pasal tu. Aku cemburu tengok kau dan kawan-kawan kita yang sama-sama dengan kau dalam persatuan tu bekerja. Korang, walaupun terpaksa keluarkan duit sendiri untuk buat satu-satu program, walaupun terpaksa bersengkang mata untuk siapkan tempat, kadang-kadang balik meeting sampai tengah malam, kena bergerak awal pagi untuk pergi berprogram, aku nampak korang seronok buat kerja-kerja tu."

"Tapi.."

"Cah. Aku tak rasa apa yang kau rasa. Betul! Bahu yang memikul tu lebih berat dari mata yang memandang. Betul! Sejujurnya, aku bengang juga kadang-kadang, bila ajak keluar, tak boleh. Bila call, tak dapat. Tup-tup, hilang tanpa jejak. Even, nak ajak makan pun, tak boleh. Busy punya pasal. Tapi, untungnya aku sebab kau dah tak penakut lagi dah. Hehe~"

"Aigooooo..sempat lagi kau nak buat lawak kat sini.."

Senyum.

"Seriously, aku nampak perubahan kau bila join benda-benda macam ni. Yelah, dah berapa lama kita kawan."

"Apa yang berubah? Aku rasa macam sama je."

"Couple."

"Erk.."

"Aku tak tahu apa yang membuatkan kau sampai sanggup clash dengan Asyraf, padahal aku tau kau sayang gila kat dia. Aku ingat lagi, dia punyalah frust sampai sanggup belikan macam-macam. Tapi, last-last, aku yang ambil, tolong habiskan. Lagi-lagi coklat tu. Huhu~sedapnya."

"Aiyoyo~"
"Hehe~gurau..gurau..Ada lagi satu benda yang aku nampak."

"Apa dia?"

"Tudung kau."
"Kenapa? Makin labuh?"

Aku angguk.
Ya, makin labuh, tapi kau tak sombong. Tak ada langsung riak segan nak kawan dengan orang-orang macam aku. Tak macam orang-orang lain. Nak tegur, tegurlah. Tapi, kalau sampai tahap memalukan kawan sendiri depan orang ramai, apa kes?
Tak ke makin jauh orang tu?
(Haish...diri sendiri tak buat apa-apa. Tapi, bila orang lain buat, tau nak condemn je. Apalah aku ni...)

"Mengalahkan ustazah kau tau tak? Aku pun kadang-kadang segan. Bukan aku segan sebab kau pakai tudung labuh, tapi aku segan sebab aku pakai tudung biasa."
"Allah...Kenapa pulak? Kita kan sama je.."
"Tapi, bila kau pakai macam ni, aku nampak budak laki makin hormat kat kau. Yelah. Kalau dulu, pantang kalau kita lalu kat kafe, mulalah bersiul, bunyi macam-macam keluar. Sekarang, senyap sunyi."
"Muahaha~Ye ke? Aku tak perasan pulak."

Dan, sesungguhnya aku sangat cemburu bila ramai budak yang aku kenal, selalu menyebut tentang kau.
Termasuklah budak kelas aku tu.
Tapi, yang hairan bin ajaibnya, diorang ni bukanlah baik kalau dari segi pergaulan, mulut tu mencarut juga kadang-kadang, tapi, ada hati juga dengan set baik-baik macam kau.
Kui3..Nak produk siap, tapi diri sendiri tak ada persiapan.
Haish..Cakap orang lagi....diri sendiri tu???

"Memang la tak perasan. Kalau dah jalan menonong je tak tengok kiri kanan, mana nak perasan orang sekeliling. Aku yang terkejar-kejar."
"Adeh~sorry la sis."

"Ikut sunnah," katanya.

Diam lagi.

"Cah..Dua benda je aku nak cakap dengan kau. Yakinlah. Memang kau takkan dapat satu sen pun bila buat kerja-kerja ni. Sebab kau buat kerja-kerja ni, bukan untuk manusia. Tapi, untuk Dia."

"Dan..?"

"Tugas dakwah ni bukan jawatan yang boleh dikosong dan diisi sesuka hati. Bila kau ada di jalan ni, memang ujian tu benda wajib yang kau kena tempuhi. Kak Huda selalu sebut ayat ni: (sambil belek-belek buku catatan)

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." 


Zupp..Aku nampak kau terkejut.

"Ya Allah.. Kenapalah aku boleh lupa semua tu. Padahal, ayat nilah yang selalu aku sebut, selalu aku pegang untuk kuatkan diri aku ni."

"Insan kan, sifatnya pelupa."
"Untunglah dapat sahabat macam kau ni. Huhu~"
"Huh~akulah yang rugi. Habis basah baju aku ni kena air mata kau."
"Haha~meh sini. Aku tambah lagi.."
"Tak nak..tak nak..."
"Jap..jap... Mana kau dapat semua ni?"

Tanpa berfikir panjang, aku jawab:
"Usrah."

Senyap.
Aku nampak titisan jernih itu turun lagi.

Ecah...doakan aku..

=)

p/s: cerita rekaan. watak rekaan. setting - bukan rekaan. hehe~
p/s 2: misi promote usrah~kui3..
p/s 3: kak mawar berduri..=)

Wednesday, 23 November 2011

IJTIMA' TSAQAFAH WAT TARBIYYAH (ISTAR)

InshaAllah, satu daurah/program akan dilaksanakan pada ketetapan berikut :

[Fasa 1]

Tarikh : 2-9 Disember 2011
Kitab : Mau'izah Hasanah (Kitab berkaitan Dakwah)
Yuran : RM60 (penginapan, makan, kitab dll)

[Fasa 2]
Tarikh : 10-16 Disember 2011 (Mungkin akan diextend sampai 18hb)
Kitab :-
1) Kitab Sifat 20 (Tauhid)
2) SafinatunNaja (Feqah)
Yuran : RM60 (penginapan, makan, kitab dll)

Serba-sedikit mengenai guru yang bakal mengajar :

1) Ustaz Zulkifli Ismail (Mudir)
-hebat dalam Bab Usuluddin, Tasauf & Dakwah disamping ilmu2 lain
-Penulis Kitab Mau'izah Hasanah (yang akan dipelajari dalam fasa 1)
-Lepasan Al-Azhar

2) Ustaz Syauqi Ismail
-Hebat dalam Bab Feqah, Tasauf & berqasidah (dikenali sebagai 'kaki qasidah' semasa belajar di Yaman)
-Lepasan Darul Mustofa, Yaman
-Anak murid kepada Habib Umar (ulama' sufi di Yaman yg juga dikenali sebagai Musnid Alam sbb menghafal lebih drpd 100 ribu hadith beserta sanad & hukum matan)

Pengenalan BQ bagi yang belum kenal..


sumber: di sini

p/s: aku sekadar memanjangkan maklumat ini, apa-apa hal boleh rujuk pada PIC dalam page fb tu. klik pada link tu.

muslimat yang join, inshaAllah kita jumpa di sana~

tambahan: yang segan dan silu tu, boleh pm kat fb atau emel je. =)

Sunday, 20 November 2011

Aktiviti Cuti Sekolah III

Ahhah!

Cuti sekolah datang lagi.
Najah je tak ada kat rumah. SPM.

Jumaat tu, ambil Cik Mengintuk 1 dan 2 dari Tangkak.
Kononnya nak beli kain, sebelum naik belon ke Borneo.


Sejujurnya,
Aku tak pernah pun perasan ada benda alah ni.
Kali pertama juga aku round tangkak ni setelah sekian lama duduk kat sini.
Masa duduk asrama dulu pun, tak pernah pula outing kat sini.
Teringin juga, tapi masa tu bila ummi tanya, nak cari apa kalau outing.
Aku pun tak tahu. Jadi, tak outing-outing sampai la habis sekolah.
Alhamdulillah~

Yang ni pun sebab temankan budak dua orang ni.
Selama ini dan sejauh ini.

Apa-apa pun, selamat pulang ke kampung halaman ye cik mengintuk sekalian.
=)

Balik kampung.
Jumpa sepupu sepapat.

"Okay. Sekarang, semua duduk. Cikgu nak bagi buku ni kat kamu."

Haha. Ni budak perempuan berumur 5 tahun punya cerita.
Memang la cikgu ni bawa pengaruh besar kat budak-budak.
(terfikir diri sendiri..huk3)
Tengah aku blender kelapa parut, terdengar lagi budak ni mengomel.
Eh, bukan mengomel.
Menyanyi.

"Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta"

(Ni aku copy paste je. Tak ingat pun liriknya.Kuang3..)

Haih~
Sabo je la~

Nasiblah aku tak ada adik perempuan yang kecik.
Kalau tak, memang la kena brainwash.
Muahaha!

Tapi, masa dalam perjalanan nak ke hotel untuk hias pentas hari tu,
aku dengar lagu ni, full.

Ooo..baru faham.
Cinta muka buku.

Aiyoyo~cinta yang satu?
Budak sekolah memang tak ada kerja lain ke?

(Reflect balik diri dan consider environment masa sekolah dulu)

Kita senang terpengaruh.
Mak bapak tak halang. (atau tak mampu nak halang dah..huhu)
Sekolah agama sampai Darjah Khas.
Tapi, masa datang exam, bonceng dengan pakwe.
Apa kes?

Pengalaman sendiri.
Masa Form 1/2, tengok kawan-kawan, senior-senior kapel,
Macam seronok.
Yang tak tahan,
Boleh buat perjanjian dengan kawan-kawan yang masih single.
"At least, aku nak rasa berkapel sebelum habis sekolah."

Memang jahil sungguh!

Itulah realiti keadaan kat sekolah kawasan kampung.
Apa lagi kat bandar.
Aduh! Cabaran sungguh!!
(School as agent of socialisation..again!)

*****

Ada satu soalan dalam peperiksaan hari tu.
Macam mana karya-karya Shakespeare masih diagungkan sampai hari ni. Apa sebabnya?
Ada dua point yang aku bagi. Salah satunya ialah dia menggunakan tema cinta dalam hampir semua karya yang dihasilkan. (Mungkin semua)

Sonnet 18 masa SPM dulu.
Pasal cinta.
Much Ado About Nothing.
Pasal cinta juga.

Sebab apa?
Sebab cinta itu fitrah manusia.
Memerlukan sesuatu untuk disandarkan perasaan tu.
Tapi, kita selalu culas dalam menentukan pada siapa cinta itu harus disandarkan.

(wah2!! Ni gara-gara baru habis baca Takdir by Hilal Asyraf)

Menanti dua siri lagi.
Lu pikirlah sendiri.

*****

Next.
Dapat sepupu baru lagi.
Alhamdulillah~

Teringat satu slot masa kat KI dulu,
Brother Qayyum ada tunjukkan satu slide.
Dia tanya : Ni gambar apa?
Kami semua jawab : Baby.

Lepas tu, dia kata : Selama ni, memang tak pernah jumpa orang cakap "Bayi" bila nampak gambar ni.

Haha!!
Betul juga.

Baby lebih mudah disebut, mungkin.

Tengok budak-budak kecil ni, terasa cepat sungguh masa berlalu.
Budak-budak kat rumah ni pun, dah besar. Nak belasah pun, tak rasa apa-apa dah. Kebal.
Silap haribulan aku yang kena.
Kui3..

p/s: Patutlah tak ada adik kecik lagi. Hehe~


Sesungguhnya rasa beruntung duduk kat rumah, sebab dapat download video banyak-banyak dan dapat tengok ramai-ramai. Pagi tadi, berkesempatan tengok kuliah Habib Ali al Jufri. Rindunya nak duduk dalam majlis ilmu dengan ulama'.


Sila tengok kat youtube. Sebab akan terganggu dengan lagu backgound blog ni. Harap maaf.

Thursday, 17 November 2011

Akhir Tahun


My 'Weapons'
Aku : Ummi, exam dah habis!!
Ummi : Macamana exam?
Aku : Alhamdulillah. Alright, inshaAllah.
Ummi : Hang doakan la adik hang yang handal tu.
Aku : Muahaha~inshaAllah..inshaAllah..Ummi, rasa exam kali ni lain la. Kalau sebelum ni, tertunggu-tunggu hari terakhir. Lepas habis exam, biasanya akan rasa macam merdeka gitu. Tapi kali ni, macam lain. Susah nak describe.
Ummi : Ooo..dah dewasa la ni.
Aku : Hahahaha!!!

Dua perkataan yang ummi selalu guna : handal dan dewasa.
Hehe~

*****

Najah,
SPM tu, buat betul-betul.
Takpe la tak dapat DQ tu, banyak lagi bidang kau boleh try.

Rindu nak buli Anas walaupun aku yang selalu dibuli dengan mulut dia yang macam burung murai tu.
Nak baca buku-buku yang dah disimpan lama, inshaAllah nak habiskan masa cuti ni.
Kerja-kerja bersama otai-otai silat, perlu dibereskan sebelum naik sekolah.

Setiap akhir tahun, ada beberapa perkara yang wajib dibuat, antaranya:

1. Buku-buku latihan yang berkulit kertas warna coklat tu, bahagian yang tak digunakan lagi akan dikumpulkan untuk dijadikan kertas conteng matematik.
2. Suratkhabar, fail kertas, buku-buku latihan tu akan dikitar semula.
3. Perpindahan hak milik buku, untuk tahun ni, Najah akan bagi buku-buku spm dia kat Dilah, kiranya turun temurun la.
4. Baju-baju dan kasut sekolah akan disimpan sebab tak akan digunakan selama sebulan lebih.
5. Peraturan untuk hadkan penggunaan tv dan komputer akan dikuatkuasa sebab tiap-tiap tahun akan ada yang ambik periksa; SPM dan darjah khas. (tapi, biasanya takkan bertahan lama sebab ada budak kecik..hehe~)

*****

Aina : Cuti kuliah tak bermakna cuti dakwah.

Huk2..Baik!!

p/s: menunggu abah yang tengah solat kat surau terchenta.

Tuesday, 15 November 2011

PBS a.k.a. SBE

InshaAllah, tahun depan, aku dan 5 orang manusia lain akan berPBS di SK St. Gabriel.
Huhu~

Tau tak PBS tu apa?
Pengalaman Berasaskan Sekolah atau School Based Experience.
Phew..
Exam baru habis, tiba-tiba dapat arahan untuk hadir taklimat ni.
Menapak ke Maktab Tesl di pagi hari bukan kuliah memang menyenangkan hati.
Huk3..

Degree will be tougher.
And will having a lot of suffer.

Madam Shereen ingatkan tentang kejutan-kejutan yang bakal diterima di sekolah.
Cikgu besar, cikgu kecik, budak-budak.
Suasana bilik guru, bilik darjah.

Yang pasti,
4 tahun mendatang akan benar-benar mencabar.
2 tahun, 4 semester berPBS,
1 tahun setengah, 3 semester berpraktikum,
yang mana untuk semester 7, akan berpraktikum selama 12 minggu atau 3 bulan.
Lama tak?
Dan semester terakhir ber'internship' selama sebulan.

Apa-apa pun, berharap pada Allah, dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Wani, Kak Tin, Coklat strawberi, Khela dan Saberi, semoga kita dapat bekerjasama dengan baik.

*****

Prom Night..oh Prom Night~
Pengasingan syu'ur secara total !!

Monday, 14 November 2011

Tak Nak Jadi Hamba Exam!!

3 bulan lepas,
Masjid penuh dengan jemaah.
Menderu-deru suara bacaan al Quran.
Selipar bersepah di pintu pagar.
Ramadhan berakhir,
Masjid umpama rumah tinggal.
Ditinggal manusia, hamba Ramadhan.

2 minggu ini,
Buku-buku umpama tak cukup mukasurat untuk dibelek.
Kertas-kertas tugasan yang tak pernah disentuh,
Disiapkan sebelum hari peperiksaan.
Solat hajat dibuat.
Kalau boleh,
Segala yang sunat nak dibuat.
Mohon dipermudah urusan.
Dilimpahi ilham.

Hari ini,
Kertas terakhir.
Social Studies, the toughest and a killer subject.
5.30 petang, 15 November.
Adakah momentum itu akan terhenti pada saat itu?

Wahai diri,
Tolonglah jangan jadi hamba exam.

*****

Sangat terinspirasi dengan post-post di blog ini.
Huhu~promote kali kedua rasanya. Tapi, nak promote juga.
Guna google reader la kalau nak baca tanpa perlu buka tab banyak-banyak.

*****

Prom night.
Hmm..

p/s: tangan ni rasa gatal je nak menaip. tak tahulah nape..
p/s 2 : Nad, Sofea, Bella Moin..nak jumpa korang kat Seremban. huhu~

Sunday, 13 November 2011

ES, SS, Home

InshaAllah, on tomorrow evening, I will be sitting for the toughest paper, English Studies. And the next evening, Social Studies. (The TOUGHEST according to Madam Mohney).

Hmm..

KL is raining right now.
Sebuah Pertemuan is played.
UNIC.

Ms. Mengintuk has already gone in her dream.
Aiyoyo~menguji betul budak ni!!

I had finished my reading on the drama.
Oh, that was my first time finishing the whole text.
After I photostatted the modern text from Rekha.
About a couple of months ago.
Huhu~

The novel?
Hmm..inshaAllah already printed in my mind. Haha~
(err..only the picture that I drew on the significant pages, perhaps)

The poem and short story will be the unseen ones.
By unseen writer.
Fuhh~

Kak Dila : You have to know how to answer the question. That is all.
Madam Nik aka my ex warden : Do not make things complicated. Make it simple and straight to the point.

*****

I asked ummi about staying outside.

Ummi : As long as you can stay in the hostel, just stay.
Aku : Baik!!

*****

Do not loose hope,
When you are in need,
Have faith in Allah,
Have faith in Him,
So please be tough,
And please be strong,
With all His love,
You can't go wrong.

You and I see.

*****

While reading the news and post updates on google reader,
I found a quote, shared in this blog.

“Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu.”


p/s: Back to study, uskut!! Online sokmo mg nih!!!

Thursday, 10 November 2011

Fruit Basket

Special gratitude to budakpisanggoreng for this:

RM 19.90.
4 more years to go inshaAllah~

*****

Ingat cerita Slam Dunk?


Special thanks to Mbak Husna..for introducing me the basketball world..haha!!
Aina...=)

*****

Balik.
Terserempak dengan Kak Ba dan Kak Echot.
Di hadapan board yang terpampang notis tentang metim.

Kak Echot : Eh..eh..Kita bukan pgpi lagi la..Oh, tidak!!
Kak Ba : Tau tak? Hari Sabtu, sehari selepas muktamar tu, bila saya bangun, saya terus teringat : Oh, hari ini hari pertama bukan pgpi. Huhu~

=(

*****

Semoga cuti kali ini akan terisi sepenuhnya.
Nak top-up dan charge bateri penuh-penuh.
InshaAllah!!

p/s: Nama oh nama..

Tuesday, 8 November 2011

Fatrah Imtihan

7.40 pagi.

Tengok senarai angka giliran.

Tiba-tiba terdengar : Ada 3 orang tak dapat ambil exam dengan kita hari ni.

Bukan hari ni je. Tapi untuk semua kertas kali ini. InshaAllah, bulan Januari baru boleh ambil. Punca? Assignment.

Aduh~seram..seram..

Alhamdulillah. Habis satu kertas. Language Description.

2 jam yang diperuntukkan, digunakan sepenuhnya. Pass? InshaAllah boleh.

A? Paling tinggi pun mungkin 80, sebab proportion untuk subjek ni lain sikit.

Apa-apa pun, tawakkaltu a'lallah. La haula wala quwwata illa billah..

12.30.

Pergi surau.

Nak makan!!

Pass flyers.

"Bagus la you all ni~bagi flyers macam ni" - Penolong Pengarah.

"Terima kasih~" - respon paling banyak. =)

Hehe~seronok pula. Mula-mula takut juga, tapi lepas Kak Ba temankan kejap, okay sikit. Penolong Pengarah sangat comey..=)

*****

Esok, Language Development. 3 jam untuk jawab 2 soalan esei, 1 rumusan, 10 soalan objektif, 1 set soalan subjektif.

Rabbi yassir wala tua'ssir.

Plan : Study untuk kertas minggu depan terus sebab banyak isi untuk kertas tersebut boleh digunakan dalam karangan. Baca news update, inshaAllah penting untuk tambah info, dan cari evidence untuk Social Studies.

*****

Snsj: Exam, exam pun sempat lagi update.

Hehe~Kemuntahan idea berlaku, dah tak boleh tahan dah. Kena keluarkan juga. Nanti sakit. Adeh~

*****

p/s: Kantoi mood~

p/s 2 : Page baru. Sila rajinkan diri untuk meng'klik'.

Entry Sebelum Exam

11.30 pm.
8 Nov 2011

Layan IKIM kejap. Destinasi Cinta by Mestica.

Tension?

"Aku tension sebab aku tak tension." - Budak Air Oren.

Sambil bincang pasal adverbial clause yang paling mengelirukan.
Sakit juga kalau tak faham.
Huhu~

Durjana syaitan kan cuba menodai,
Segumpal darah bernama hati.

Lestarikan wadi kalbuku oh Tuhanku,
Leraikan aku dari pautan nafsu,
Biarpun sukar bagiku,
Melamar redhaMu,
Namun masihku mengharap ampunanMu,
Wahai Tuhanku,
Ya Allah.

Roommate baru dah 'syahid'.
11.45 nak kena kejut dia.
Makan ubat.
Saat-saat genting ni, Allah bagi dia sakit.
Syafakillah~

Kawan-kawan course lain pun ada kertas BI.
Sama-sama study.
Ngee~

Menanti di Barzakh by Far East.

Kertas esok, mula pukul 8.30 sampai 10.30.
Kebiasaannya, akan berpuasa sepanjang exam.
Tapi, esok masih tak boleh berpuasa.
HARAM.

Hari terakhir untuk bertakbir raya.
Tadi,
Sayu je dengar takbir raya.
Hati je yang dapat rasa.

Inilah exam paling relaks pernah aku rasa.
Disokong oleh Budak Air Oren.
Hehe~

Bajet tenang.
Istighfar.
Nak berperang dalam medan peperiksaan.
Hati kalau gelap, ilham tak masuk.

Ya Allah,
Kurniakanlah aku kefahaman para NabiMu,
Hafazan para RasulMu,
Ilham para malaikat yang dekat denganMu,

Ya Allah,
Ilhamkanlah aku kebijaksanaan,
Lindungilah aku dari kejahatan diriku sendiri.

Ameen.
Ameen.
Ameen.

Pesanan dari sahabat di kejauhan :

Uskut!! Study wehhhhh!!! Buktikan kekuatan seorang pejuang agamaNya! Kita kan nak jadi salah seorang yang akan buktikan kebenaran janji Allah dalam Surah Muhammad : 7 tu. Pesanan untuk aku juga.

Huk2~
InshaAllah.

Aiman Akademi Nashid. Cinta Pertama. Adeh~

p/s : Sedang berusaha untuk tidak menjadi hamba exam.

Monday, 7 November 2011

Yang Berat Itu Amanah

Alhamdulillah~

Muktamar dah selesai.

Segala persoalan akhirnya terungkai. Hoho~

Banyak perkara yang tak terduga berlaku.

Apa-apa pun, takziah dan tahniah kepada saff kepimpinan khususnya kepada Majlis Tertinggi.

Selamat datang kepada ahli-ahli baru. =)

Tidak berada dalam senarai AJK atau EXCO bukanlah alasan untuk tidak meneruskan usaha dakwah di bumi Allah ini, khususnya di kampus tercinta.

Imam Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya tentang sesuatu yang paling berat.

Sekian banyak jawapan yang diberi, tapi apa yang Imam Ghazali jawab?

Yang paling berat itu adalah AMANAH.

Berat nanang

Memetik kata-kata Bro Zaki, yang pernah disebut oleh Saidina Umar al-Khattab, Khalifah Islam kedua:

Tiada Islam tanpa jemaah. Tiada jemaah tanpa kepimpinan. Tiada kepimpinan tanpa wala'(patuh).

Tegur Saya Jika Saya mulai sombong, Tegur Saya Jika Saya Mulai Angkuh, Tegur Saya Jika Saya Mulai Salah, Karena Saya Masih Sangat Perlu Kamu Semua Sahabat. (Amir aka Walid Baru, 2011)

****

Seorang sahabat yang berada nun jauh di mata, tiba-tiba bagi mesej. Menyatakan betapa lemahnya beliau, asal nak study je, tidur. Nak study je, tidur.. Adeh~

(Haish~aku pun sama la cik strawberry oi!!)

Apa-apa pun, nak lawan kantuk tu pun dah kira berjuang (melawan hawa nafsu..haha!!)

Pertama kali raya di perantauan. Solat raya, khutbah raya, takbir raya, makan raya. hehe~

9 Zulhijjah - Hari Arafah - 6.55 pm

Ummi : Ni nak berbuka dah ni. Atas meja ni, ada cara berlauk, ketupat, rendang..(makanan yang kalau disebut, pasti akan merembeskan saliva..adeh~)

Aku : Ummi nih!! (dengan nada jealous tidak berlapik)

11 Zulhijjah

Hari Tasyriq - haram berpuasa ye~

Konon-konon semangat nak study. Membawa diri ke surau. Alhamdulillah~tak dapat banyak, sikit pun jadi la.

Hujan.

Waktu mustajab untuk berdoa.

Dhuha.

Ya Allah,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
Kecantikanny adalah kecantikanMu,
Keindahan itu keindahanMu,
Kekuatan itu kekuatanMu,
Kekuasaan itu kekuasaanMu
Dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
Jan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah,
Jika haram, sucikanlah
Dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Ameen.

p/s : Kawan-kawan MARSIS (mahasiswa Islam Sabah Sarawak) ada program EidulAdha kat Negeri Sembilan. Hehe~mesti seronok!!

p/s 2 : Exam lagi 2 hari, tapi sempat lagi update blog. konon-konon nak kurangkan tekanan.

p/s 3 : Jangan jadi hamba exam!!

Wednesday, 2 November 2011

Goosebump

Kenangan zaman dulu-dulu, masa Syuk main belon dan terlepas dari pegangan tangan, tiba-tiba muncul.

Masa kita bawa tikar dari rumah, bentang dan duduk ramai-ramai.

Sampai tertidur.

Bangun je dah kat rumah.

Entah macam mana boleh berjalan sampai kereta, lepas tu dari kereta masuk dalam rumah.

Hehe~

Itu dulu. Hampir sedekad yang lalu.

Ahad - 3 Zulhijjah 1432 - 30 Oktober 2011

Melarikan diri kejap. Sampai di LRT, Kak Kawaii ambil dan hantarkan. Huhu~Kuliyah Subuh baru habis.

Wacana Khas Pemuda - Goosebump menimpa setiap kali kalimah takbir dilaungkan.

Semangat!!

(Cemburu melihat orang-orang yang disentuh tarbiyah, raut wajah dan kata-katanya sangat menenangkan hati..)

Solat zohor. Ada yang buat jamak. Ramai yang musafir.

Talaqqi Surah As Soff Volume II

Baru habis talaqqi~

Terpaksa pulang awal.
Menemankan dua budak bijak ke LRT.
On the way balik, jumpa lagi budak comey yang dah lama aku tak jumpa.

Budak comey 1 : Haha~dengar kau terkejut, aku dah tahu dah kau sapa.
Budak comey 2 : Serius tak kenal kau. haha~

Haruslah tak kenal, kan?
Hehe~

Tak sempat join doa wehdah.

Pertama kali dengar dan tahu tentang doa wehdah, masa pembukaan usrah sem 2 awal tahun ni.
Kali kedua.
Yang ni kali ketiga.

Nak baca ramai-ramai lagi.
Triggering.
Goosebump.

Abah: Kalau abah, dah lama abah pergi. Tapi, itu dulu la. Masa masih pemuda.

Huhu~sekarang dah peTua ye bah?

p/s: ada lagi gambar yang kami ambil. tapi nggak bisa diupload. hehe~
p/s 2 : kepada yang stay, selamat menyambung tugas. Yang dah bersara, marilah kita sama-sama buat kerja kat tempat lain..hehe~
p/s 3 : this post will be disallowed for any comment. huhu~kalu nak juga, either email or fs me..=)