Cuti sekolah datang lagi.
Najah je tak ada kat rumah. SPM.
Jumaat tu, ambil Cik Mengintuk 1 dan 2 dari Tangkak.
Kononnya nak beli kain, sebelum naik belon ke Borneo.
Aku tak pernah pun perasan ada benda alah ni.
Kali pertama juga aku round tangkak ni setelah sekian lama duduk kat sini.
Masa duduk asrama dulu pun, tak pernah pula outing kat sini.
Teringin juga, tapi masa tu bila ummi tanya, nak cari apa kalau outing.
Aku pun tak tahu. Jadi, tak outing-outing sampai la habis sekolah.
Alhamdulillah~
Yang ni pun sebab temankan budak dua orang ni.
Selama ini dan sejauh ini.
Apa-apa pun, selamat pulang ke kampung halaman ye cik mengintuk sekalian.
=)
Balik kampung.
Jumpa sepupu sepapat.
"Okay. Sekarang, semua duduk. Cikgu nak bagi buku ni kat kamu."
Haha. Ni budak perempuan berumur 5 tahun punya cerita.
Memang la cikgu ni bawa pengaruh besar kat budak-budak.
(terfikir diri sendiri..huk3)
Tengah aku blender kelapa parut, terdengar lagi budak ni mengomel.
Eh, bukan mengomel.
Menyanyi.
"Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta"
(Ni aku copy paste je. Tak ingat pun liriknya.Kuang3..)
Haih~
Sabo je la~
Nasiblah aku tak ada adik perempuan yang kecik.
Kalau tak, memang la kena brainwash.
Muahaha!
Tapi, masa dalam perjalanan nak ke hotel untuk hias pentas hari tu,
aku dengar lagu ni, full.
Ooo..baru faham.
Cinta muka buku.
Aiyoyo~cinta yang satu?
Budak sekolah memang tak ada kerja lain ke?
(Reflect balik diri dan consider environment masa sekolah dulu)
Kita senang terpengaruh.
Mak bapak tak halang. (atau tak mampu nak halang dah..huhu)
Sekolah agama sampai Darjah Khas.
Tapi, masa datang exam, bonceng dengan pakwe.
Apa kes?
Pengalaman sendiri.
Masa Form 1/2, tengok kawan-kawan, senior-senior kapel,
Macam seronok.
Yang tak tahan,
Boleh buat perjanjian dengan kawan-kawan yang masih single.
"At least, aku nak rasa berkapel sebelum habis sekolah."
Memang jahil sungguh!
Itulah realiti keadaan kat sekolah kawasan kampung.
Apa lagi kat bandar.
Aduh! Cabaran sungguh!!
(School as agent of socialisation..again!)
*****
Ada satu soalan dalam peperiksaan hari tu.
Macam mana karya-karya Shakespeare masih diagungkan sampai hari ni. Apa sebabnya?
Ada dua point yang aku bagi. Salah satunya ialah dia menggunakan tema cinta dalam hampir semua karya yang dihasilkan. (Mungkin semua)
Sonnet 18 masa SPM dulu.
Pasal cinta.
Much Ado About Nothing.
Pasal cinta juga.
Sebab apa?
Sebab cinta itu fitrah manusia.
Memerlukan sesuatu untuk disandarkan perasaan tu.
Tapi, kita selalu culas dalam menentukan pada siapa cinta itu harus disandarkan.
(wah2!! Ni gara-gara baru habis baca Takdir by Hilal Asyraf)
![]() |
Menanti dua siri lagi. |
*****
Next.
Dapat sepupu baru lagi.
Alhamdulillah~
Teringat satu slot masa kat KI dulu,
Brother Qayyum ada tunjukkan satu slide.
Dia tanya : Ni gambar apa?
Kami semua jawab : Baby.
Lepas tu, dia kata : Selama ni, memang tak pernah jumpa orang cakap "Bayi" bila nampak gambar ni.
Haha!!
Betul juga.
Baby lebih mudah disebut, mungkin.
Tengok budak-budak kecil ni, terasa cepat sungguh masa berlalu.
Budak-budak kat rumah ni pun, dah besar. Nak belasah pun, tak rasa apa-apa dah. Kebal.
Silap haribulan aku yang kena.
Kui3..
p/s: Patutlah tak ada adik kecik lagi. Hehe~
Sesungguhnya rasa beruntung duduk kat rumah, sebab dapat download video banyak-banyak dan dapat tengok ramai-ramai. Pagi tadi, berkesempatan tengok kuliah Habib Ali al Jufri. Rindunya nak duduk dalam majlis ilmu dengan ulama'.
Sila tengok kat youtube. Sebab akan terganggu dengan lagu backgound blog ni. Harap maaf.
No comments:
Post a Comment