Thursday, 1 December 2011

Hakikat dan Majaz ?

Jumaat.
Abah pergi sekolah.
Kelas tambahan.
Jadi cikgu, memang perlu banyak berkorban.

Masa dengan keluarga.
Masa bercuti.

Ustaz Hasrizal dalam satu kuliah di UIA, ada menyebut:

Kenapa saya sanggup datang jauh-jauh ke sini, tinggalkan 3 orang anak saya yang ternganga macam anak burung kat rumah, nak ajar entah anak sapa-sapa entah ni. Sebab saya memahami bahawa erti hidup pada memberi.

Wah~

Satu hakikat yang kami tahu,
Abah, bukan milik keluarga sahaja.
Abah milik ummah.

Ececeh~

p/s: Abah bukan ustaz ye..Beliau cikgu sains.

*****

"Kak, apa beza hakikat dengan majaz?"

Okay. Ini soalan yang ditanya kepada manusia yang dah
tinggalkan dunia sekolah 2 tahun yang lepas.

Oleh manusia yang nak ambil kertas Bahasa Arab Tinggi Rabu minggu depan.

"Aiyoyo~(sambil ambil nota yang berterabur). Hakikat tu benda yang betul.
Majaz tu benda yang tak betul."

Hakikat : Singa di dalam zoo.
Majaz : Singa sedang mengajar.

Singa yang kedua tu sebenarnya bukan singa yang sebenar.
Tapi, cikgu/pensyarah/orang yang mengajar, tapi sifatnya garang seperti singa.

Apa beza dengan tasybih?

Tasybih tu kita buat perumpamaan.
Contoh : Dia tu seperti singa pada keberaniannya.

Takpe..takpe..
Fahamkan dulu Balaghah dan Nahu.
Praktis insya' or karangan.
InshaAllah, at least dapatlah A-.
Ameen.

Kita perlulah bersungguh-sungguh untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana itu adalah antara syiar-syiar Islam. (Wasiat Ustaz Hassan Al Banna)

Yeah!!

Hayya bil Arabiah..

*****

Di birai sebelah kanan ni,
ada satu gambar,
untuk promosi Saffmuslim.com.
Mungkin tak ramai tahu, jadinya minta sebar-sebarkan ye.
Lagi satu, untuk muslimah, kita ada saffmuslimah.
Cara untuk buat permohonan boleh dilihat di sini.

Ilalliqo'~

6 comments:

ابڠ بيکا said...

anta antuma antum, anti, antuma, antunna, ana, nahnu

biskawiit laziiz.. said...

wahhh~..bahasa arab laaa!!..hakikah.majaz...balaghoh..arghhh..suke2..!!

uskutsilence said...

@ابڠ بيکا :
huwa,huma,hum,hiya,huma,hunna..
nak hafal tasrif fi'il mudhori' paling payah..

@biskawiit laziiz :

haha!!
tau xpe...
jom wat kelas arab~

biskawiit laziiz.. said...

uskut silence

yeyyy!!!..wat kelas b arab..:)

Anonymous said...

empower nahu wa sorof...
la tansa 'anil mu'jaam...

-maria'ben'celup

biskawiit laziiz.. said...

as'uruu nahu wa sorof humaa sa'buun jiddan..lakin uhibbu mu'jaam jidaan..