Wednesday, 22 February 2012

Kelebihan Memiliki Lelaki Berjalan

Lelaki berjalan?

Walkman la..

Hari ni, balik dari kelas, ada orang ajak pergi Low Yatt. Nak cari lappy katanya.
Dan walkman. Jadinya, sekarang aku nak promote barang baik punya.

Kalau kat Low Yatt harga dalam RM130. Lebih murah la daripada yang aku beli kat Wetex hari tu. Huhu~

Jadi, apa kelebihan gadjet ni?

1. 2 Giga memory. Boleh sumbat banyak lagu. Hehe~
2. Rekod suara (sesuai utk kita yang sangat lambat tulis nota, yang telinga dan mata sayup-sayup minta ditutup)
3. Radio FM dan boleh rakam siaran tu. (jangan tanggalkan earphone tu, nanti tak dapat siaran)

***Ummi pesan: setiap hari jumaat, ikim ada jemput tetamu2 yang best pagi tu. 
p/s: Jumaat lepas, Ustaz muhadir bin joll bagi talk yang sangat best. Pukul 9 sampai 10, tapi masa tu ada kelas FPM. Alhamdulillah sempat rakam. Huhu~rasa terharu di situ.

Buku Ustaz Muhadir. Beli masa KLIBF tahun lepas, tapi tak baca lagi. Huhu~Ada yang nak pinjam dan bagi rumusan kat aku??

okay. sambung, sambung..
4. kena cas guna lappy yang ada USB port. (kira kelebihan la kan??)
5. aku tak pasti dia boleh bertahan selama mana sebab gudang lagu aku sikit, jadi dia akan 'off' sendiri. tapi, kalau buka malam, pagi tu bateri dah habis la.

Rasanya itu sahaja kelebihan yang ada. Kalau nak tau lagi, beli la ye. Tapi, kalau betul-betul manfaatkan gadjet ni, pulangan yang akan diterima sangat lumayan. Bukan dalam bentuk wang ringgit la yang pasti. Hehe~

p/s 2: Banyak memori yang terakam, bila kita dengar balik, rasa nak menangis, ketawa, tersengih, terbatuk pun ada, walaupun berkali-kali dimainkan. Sungguhlah masa lalu tu perkara paling jauh dalam hidup kita.
p/s 3: assignment berlumba-lumba meminta untuk disiapkan. yep..buat yang terbaik ya~

Sunday, 19 February 2012

Ihzimhum!!

Rasanya semua maklum dengan apa yang berlaku di Syria. Kan?
Doa Qunut Nazilah.
Doa di waktu umat Islam ditindas.
Senang untuk diingat kalau baca tiap-tiap Subuh.
Kalau dengar kat IKIM, rasa lain.
Yelah. Suara orang Melayu dengan orang Arab kan berbeza.
Cabarannya pun. Huhu~



Bacaan tambahan daripada Prof Tariq Ramadan di sini.
Pendirian Syeikh Ramadan al Bouti, penulis Fiqh Sirah di sini. (kalau faham bahasa Arab lagi best sebab aku guna syeikh google je. huhu~tunggang terbalik bahasa)
Ada banyak lagi info-info Syria dalam Fb, kena rajin baca je.
Aku tak tau mimbar-mimbar Jumaat ada ke tak sentuh isu ni tapi rasanya surau-surau ipt kebanyakannya ada buat talk atau sekurang-kurangnya dibincangkan dalam usrah.

Sangat tersentuh baca cerpen ni. Pernah baca, tapi lama dulu.
Sila la baca ye. Amir Syuhada' (pemimpin orang-orang yang syahid).

p/s: Syukran abah, memperkenalkan doa ni masa aku Form 5. Ayat Abah: untunglah korang dapat doa ni masa sekolah lagi. Abah dulu dah masuk maktab baru dapat. Hua !! Better late than never heh~

Thursday, 16 February 2012

Ilalliqo~Jumpa Lagi..

"It is more painful as I knew it 2 weeks ago." - Madam Ros

Alhamdulillah. Praise be to Allah.

He knows the best.
Yes, we try very hard.
But then, do not forget that Allah holds the result.

"Sejak dua menjak ni, asyik post pasal exam je." - Azah

Huhu~

Dah semua orang sibuk bercerita pasal benda ni.
Mana la aku tak terpengaruh.

Jadi, hari ini, terungkailah segala persoalan.
Macam yang aku pernah cakap dengan Chad hari tu,

"Kadang-kadang rasa teraniaya pun ada."

Sebab dibiarkan terumbang-umbing dalam masa hampir sebulan, lepas tu siap bayar itu, ini, dan dibuang. Tak ke teraniaya namanya tu??

Adoi!!

9 orang. Fuhh~
Tragedi air mata.
Sebak.
Lagi-lagi bila Madam Ros cakap macam kat atas tu.

"It is the system. Me and Madam Aziah (our beloved KJ) had tried our best, not to fail anyone. But then, again, it is the system, there way it goes."

Ummi: Ni baru first sem. Lepas-lepas ni, kalau ada yang perlu dibuang, dia akan dibuang juga.

Terdiam.

Apa-apa pun, kita harapkan yang terbaik.
Mungkin ini bukan tempat yang terbaik untuk sahabiah bersembilan.
InshaAllah, Allah dah atur segalanya. Segala yang terbaik.
Tinggal kita sahaja yang perlu yakin dan beriman dengan qada' qadar Allah.

p/s: Masih banyak yang perlu dibaca. Maksud aku, buku-buku di perpustakaan. Muroja'ah. Sedang mengurangkan tempoh berinternet, untuk menumpukan pada pembacaan secara serius. Haha!! (seriuslah sangat..)

p/s 2: Qunut Nazilah~hafal ye..baca masa Subuh. Rasai getarannya, bukti cinta pada saudara seiman.

p/s 3: Teman sePBS berkurang seorang. Moga kamu kuat sahabat.

Tuesday, 14 February 2012

Hujan. Alhamdulillah.

Allahummar zuqna sayyiban naafia'.
Hujan.
Bernafas dengan lega.
Sebentar.

Penat. Lelah. Letih.
Exhausted. Fatigue.

Ha, apa lagi ??

Rasa dah tak larat.
Nak tarik diri.
Nak hidup 'senang'.

Tanpa perlu mengorbankan masa.
Masa untuk study.
Masa untuk tidur.
Masa untuk chatting.

Tak nak rasa 'rugi'.

Rugi keluarkan duit.
Rugi keluarkan peluh.
Rugi keluarkan air liur.

Ketahuilah wahai diri yang teruji.
Yang punya segalanya itu, Dia.

"Rehat yang sebenar hanya di SYURGA."

p/s: Aina muslimin??
p/s2 : Tak sanggup nak tengok video Syria. Bashar al Assad. Muka memang nampak sangat lemah lembut. Bak kata Ustaz Hasrizal, orang Syria ni, kadang-kadang bila diorang marah pun, kita tak perasan sebab terlalu lembut. Dan, ramai mujahidin di sana yang digunting lidahnya sebab ketajaman lidah dalam bersyair dan berkata-kata.
Siapa kata sasterawan tak ada kuasa? Belajar African literature, ramai sasterawan yang menulis karya tentang hak-hak asasi adalah ahli parlimen, malah ada yang menjadi presiden. Hmm..

Wednesday, 8 February 2012

Alarm Berbunyi..

12.56 am

Menaip surat jemputan.
Baru dapat petang tadi, tak sempat buat.
Sibuk makan. Haha!!

"Kita tak ada masa nak tidur lebih-lebih."
"Hang bukan ada tanggungjawab nak jaga anak ke, makan pakai suami ke,
concentrate la...fokus betul-betul."

Yelah.
Kita sibuk buat liqo' pagi, petang, siang, malam.
Dhuha tinggal.
Solat jemaah tak buat.
Al Quran sehari sehelai pun belum tentu.
Apalagi satu juzu'.
Ma'thurat? Kalau kawan tak ajak, haram nak buat..
Program sampai pagi-pagi buta.
Qiam tak buat, sekali tak buat orait lagi.
Ni dah berhari-hari.
Sampai rasa malas nak buat.

Lagi-lagi yang kaum sejantina.
Lepas habis tempoh 'percutian',
nak mula balik..ya Allah..beratnya rasa...

Jadi, apa nak buat?
Mintalah pertolongan daripada Allah dengan SABAR dan SOLAT.

Sabar tiada limit ye kawan-kawan..
Solat-waktu kita berbicara dengan Dia.
Gunakanlah sebaik mungkin.

Ada masa kita perlu bersendirian daripada hiruk-pikuk dunia.
Bukan mengadu pasal dia dan dia, tapi,
berbicara dengan Dia,
Menggunakan bahasa hati.
Penuhkannya dengan bunga cinta.

(Huk3..rasa nak mengalir air mata bila dengar lagu-lagu Raihan sejak akhir-akhir ni..apakah??)

Memanglah kita ni banyak tak buat benda yang kita cakap.
Ayat femes yang aku suka:
Moga-moga mulut yang berbicara itu, yang dekat dengan hati dapat merasa, yang dekat dengan telinga dapat mendengar dan merangsang nikmat pancaindera yang Allah bagi untuk kita buat apa yang kita cakap tu.

Esok atau lusa bakal menjadi hari penentuan,
mungkinkah program jumaat ni adalah yang terakhir di sini?
mungkinkah usrah semalam adalah yang terakhir di sini?

Allah Lebih Mengetahui,
kita merancang, Allah merancang, dan perancanganNya adalah yang terbaik.

tanyakan ini pada dirimu.

Andai ini hariku terakhir di dunia, apa yang akan aku buat??

p/s:
Say, Alhamdulillah!!

Cik mengintuk, BANGUN!!!! KERJA TAK SIAP LAGI!!!!!!

1.17 am

Thursday, 2 February 2012

Rumor?

10.
7 boys, 3 girls?

The news rumor had spread throughout the cohort.
The result had been known by a number of people.

The end.

Let us start with something real.
Not a rumor.
Yet, people always forget.
Really.

"USRAH JEPUN??"

Ahha..
That was what my S/U pointed out yesterday.
Repeating the same line with different tone and mood.
When she bumped into some sisters, went back from velo.

I started my very short speech with thanks to those who attend the kuliyah by Ustaz Asri.
He is a great person. mashaAllah, tabarakallah!
Then, I ended with an announcement of changing the day for our Happy Circle aka Bulatan Gumbira.

"Memang habis tahan sabar dah kau ni."

Haha!!

Sabar untuk sabar.
Be patient to be a patient one.

Kalau ikutkan hati, memang la bergegar bilik rehat tu.
Tapi, kita bagi peluang S/U kasi gegar dulu.

UNLIMITED SABR.

Rasulullah SAW.

He is the only one in the world who have it.
You put shit on his back while he is praying?
You put worn barbed things on the road,
on his way to the mosque?
You bad-mouthed him?
You throw stones to him,
Make him injured,
Until his blood stagnant in the shoes he wore?
And you wanna kill him?

Oh man.
You are killing yourself man.
You should know,
Many had been killed with his patience,
his LOVE.

Fudholah Bin Umair. Waraqah Bin Naufal.
Just name it.
They had been 'killed' with Rasulullah's LOVE.

What a wonderful man, ha?
Let us learn and practising his way of life.

p/s: Please make your time to watch "Kill Them With Love" by Boona Muhammad. :)

Allahumma salli a'la saidina muhammad.
Wa a'la alihi wasahbihi ajma'in.

p/s 2: Got class until Asar. Then, going back, to meet the 'missed ones'. Huhu~

Wednesday, 1 February 2012

Sanah Helwah Ayub!!

Semakin cuak.
Ada dua kemungkinan je.
Dah siap buat plan.
Pelan jangka masa panjang.

5 hari kat sini,
Tiap-tiap hari ada orang telefon.
Hua!!
Terasa pelik tapi seronok.
Hehe~

Hari ni, bornday Ayub.

Dulu orang panggil JEPUN, tapi bila dah besar, kulit pun dah makin gelap, jadi JAWA balik. Haha!!
10 tahun dah budak ni.
Fuhh! Angka yang sangat bermakna.
Budak ni lahir kat Putrajaya.
Hari Wilayah pulak tu.
Tapi, masa tu belum cuti lagi.
(masa tu aku 10 tahun. Aiyoyo~tuanya aku!!)
Sebab masih ingat.
Tengah siap-siap nak pergi sekolah,
Abah hantar ummi pergi Hospital Putrajaya.
Memang detik bersejarah betul.

Ummi : Ayub dah dewasa !!

p/s: Pray for the BEST.
p/s 2: Kita hanya akan rasa rugi menuntut ilmu jika ilmu tu tak dekatkan diri kita pada Pemilik Ilmu tu; Allah.

Jika A keputusannya, Alhamdulillah.
Jika B keputusannya, Alhamdulillah.

:)