Wednesday, 8 February 2012

Alarm Berbunyi..

12.56 am

Menaip surat jemputan.
Baru dapat petang tadi, tak sempat buat.
Sibuk makan. Haha!!

"Kita tak ada masa nak tidur lebih-lebih."
"Hang bukan ada tanggungjawab nak jaga anak ke, makan pakai suami ke,
concentrate la...fokus betul-betul."

Yelah.
Kita sibuk buat liqo' pagi, petang, siang, malam.
Dhuha tinggal.
Solat jemaah tak buat.
Al Quran sehari sehelai pun belum tentu.
Apalagi satu juzu'.
Ma'thurat? Kalau kawan tak ajak, haram nak buat..
Program sampai pagi-pagi buta.
Qiam tak buat, sekali tak buat orait lagi.
Ni dah berhari-hari.
Sampai rasa malas nak buat.

Lagi-lagi yang kaum sejantina.
Lepas habis tempoh 'percutian',
nak mula balik..ya Allah..beratnya rasa...

Jadi, apa nak buat?
Mintalah pertolongan daripada Allah dengan SABAR dan SOLAT.

Sabar tiada limit ye kawan-kawan..
Solat-waktu kita berbicara dengan Dia.
Gunakanlah sebaik mungkin.

Ada masa kita perlu bersendirian daripada hiruk-pikuk dunia.
Bukan mengadu pasal dia dan dia, tapi,
berbicara dengan Dia,
Menggunakan bahasa hati.
Penuhkannya dengan bunga cinta.

(Huk3..rasa nak mengalir air mata bila dengar lagu-lagu Raihan sejak akhir-akhir ni..apakah??)

Memanglah kita ni banyak tak buat benda yang kita cakap.
Ayat femes yang aku suka:
Moga-moga mulut yang berbicara itu, yang dekat dengan hati dapat merasa, yang dekat dengan telinga dapat mendengar dan merangsang nikmat pancaindera yang Allah bagi untuk kita buat apa yang kita cakap tu.

Esok atau lusa bakal menjadi hari penentuan,
mungkinkah program jumaat ni adalah yang terakhir di sini?
mungkinkah usrah semalam adalah yang terakhir di sini?

Allah Lebih Mengetahui,
kita merancang, Allah merancang, dan perancanganNya adalah yang terbaik.

tanyakan ini pada dirimu.

Andai ini hariku terakhir di dunia, apa yang akan aku buat??

p/s:
Say, Alhamdulillah!!

Cik mengintuk, BANGUN!!!! KERJA TAK SIAP LAGI!!!!!!

1.17 am

3 comments:

mujahidah1413h said...

huyt cik uskut!! terus kuat + tabah ya !! yeah kita merancang, Allah merancang & menentukan dan perancanganNya adalah yang terbaik.
insyaALLAH akan ada yang terbaik buat ko :) may ALLAH bless

uskutsilence said...

:)

Still waiting for the result.
Huhu~

abu hurairah said...

dah x tahan, tido la..zzz
-hurairah