Sunday, 3 June 2012

Indahnya Hidup Tanpa Si Dia

Bayangkan kau tersesat di celah puluhan ribu orang.
Orang betul, bukan halimunan ye.
Semua barang kau ada pada kawan kau yang entah terselit kat mana.
Termasuk si dia yang bernama mobile phone,
atau lebih dikenali sebagai handphone oleh rakyat Malaysia.

Macamana nak selesaikan?
Buat la muka tak malu, pinjam telefon orang kat situ.
Kalau tak pon, pinjam duit syiling dan cari telefon awam.
Betul tak?

Kalau kau jenis kawan aku, dia memang tak minta tolong orang langsung.
Sanggup berjalan di celah-celah orang ramai untuk cari kawan-kawan dia yang secoet ni.
Haha~jangan tak percaya sebab dia berjaya jumpa kami!!
Subhanallah.

Apa yang indahnya?
Keyakinan 100% dia terhadap Allah.
Yakin yang dia akan tetap jumpa kami.
Huhu~

Cerita kedua.
Berlaku 20 tahun dahulu.

"Mana satu bini aku?"
"Entah. Dahlah semua pakai tudung warna lebih kurang sama."
"Tulah. Lain kali suruhlah masing-masing pakai bunga kat tepi ke, kat atas ke. Bunga pun lain-lain la. Kan senang nak kenal."

Ngee~comey je bila dengar cerita ni.
Zaman orang tak ada handphone. Bila habis je program, masing-masing nak balik.
Masalah timbul bila nak panggil orang rumah.
Tak kenal yang mana satu.
Takkan nak tenung satu-satu, kan?

Kalau sekarang, faham-faham je la keadaannya.
Duduk satu tempat, tapi dok mesej dengan orang sebelah kampung.
Padahal sekeliling dia punya la ramai orang.
Tapi tak ambil kesempatan tu untuk tambah sahabat.
Pandang sebelah pun tak ingin, apa lagi nak bagi sedekah (senyum).
Rugi, rugi..

Jom muhasabah.
Berapa banyak masa kita habiskan dengan cot cet mesej,
dibandingkan dengan masa kita gernak-gernik dengan adik-adik kita?
Berapa banyak masa kita habiskan depan lappy dan fb,
dibandingkan dengan masa kita bergurau dengan keluarga kita?
Berapa banyak dan berapa banyak? Korang senaraikan la.
Aku pun ada banyak benda nak fikir. Haha!!

Oh, kadang-kadang korang mesej dan aku tak reply, kan?
Ini akan berlaku jika battery low, lalu, akan off secara automatik.
Kadang-kadang berlaku bila aku hibernate.
Atau shutdown awal.
Jika di rumah, ini selalu berlaku kerana phone bukan milik aku seorang.
Lebih-lebih lagi dengan kehadiran angry birds,
adik-adik aku la yang conquer.
Hehe~dalam kata lain, sabar je la~

Quote kata-kata pemilik cintaku: Indahnya berprogram waktu muda-muda dulu.

:)

p/s: Cuti oh cuti~

3 comments:

mujahidah1413h said...

hahha, sungguh amat indah (=
bgernik2(bahasa apa ni uskut ? ) ngee~
sama lah handphone aq pun bukan milik aku seorang ,, kui2..

Anonymous said...

Hahaha.Leha ka yg hilang tu ?? Btw, dia memang mcm tuu.Hehe :P

uskutsilence said...

gernak-gernik?
hehe~
ntah..bibik aku yg intro.
aku pun tak tau wujud ke tak dalam kamus jawa.

haha!!
yelah..
cuak betul aku.