Wednesday, 20 June 2012

Lidah : Mahar ke Syurga atau Neraka?

Duduk dalam 'sauna' Aman.
Phew~

Sangat kagum dengan kesabaran kakak-kakak JPP, dalam suasana yang panas, sumpek kalau bahasa Jawanya, melayan kerenah adik-adik yang sangat mencabar. 

Terfikir diri sendiri.
Dengan sahabat, bergurau lebih-lebih.
Kadang-kadang menyakitkan hati.
Huhu~tapi hanya disedari beberapa hari kemudian.
Sangat teruk. 
Tapi, beruntung sebab sama-sama hati batu.
Tapi (sekali lagi..), kata-kata maaf tu wajib diucap.
Merendahkan ego di hadapan dia yang statusnya sama dengan diri - hamba Rabb yang Maha Agung.

Kenapa?
Nak tunjuk diri hebat?
Nak tunjuk ilmu kau banyak?
Nak tunjuk yang kawan kau tu jahil tahap giga?

Hei, Iblis tu lagi hebat la.
Kau pernah tengok syurga?
Mimpi pun tak pernah, kan?
Iblis tu duduk dalam syurga.
Duduk, tinggal, lihat, rasa.

Kau ada?
Tak ada kan?
Tapi, sekarang apa dia buat?

Cari geng untuk duduk pula dalam Neraka.
Tolonglah jangan join. Huhu~

Sebab itulah, diam itu lebih baik.

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam..." (Muttafaq A'laih)

Tahu kan hadith ni?
Jadi, mai la kita sama-sama amalkan.
Agak-agak dah merapu tu, lebih baik berhenti.
Takut-takut jadi sesi mengumpat,
dan tak pasal-pasal duduk dalam neraka Hutomah!!

Kerana mulut, masuk neraka.
Nau'zubillahi min zalik.

Ya, sama-sama ingatkan.
Jadikanlah semua nikmat yang Allah beri ni,
terutamanya LIDAH sebagai mahar kita untuk ke syurga,
InshaAllah.

Orang hebat, dia cakap sikit je, tapi menusuk dan menyejukkan hati, ibarat embun yang menitis di waktu pagi.
Orang yang link dia dengan yang MAHA HEBAT, macam isi dengan kuku.
Rapat serapat-rapatnya. Dekat sedekat-dekatnya.
:)

p/s: Go to a pious slave of Allah, rectify yourself by him, change your heart, do the zikr of Allah, do muraqabah of death - antara perkara yang perlu dibuat oleh seorang manusia yang nak selamatkan diri dia dari fitnah dunia dan api neraka. (hikmah.co.uk)
p/s 2: post untuk diri sendiri sebenarnya. Tapi, publish juga sebab aku rasa kita semua alami keadaan yang sama. Ye dok?

4 comments:

mujahidah1413h said...

aha lidah yang membunuh, #sigh,,

mujahidah1413h said...

mintak maap uskut ^^ ngeh3

ابڠ بيکا said...

apa pula hukumnya kalau menggunakan simbol titik bertindih + huruf P dalam sms ?

hal itu pula bagaimana ?

Anonymous said...

said Oren :

Penah kau mintak maaf kat aku Uskut ? =.=