Thursday, 27 September 2012

Zulkaedah 11 - Utama yang ku tinggal

O you who have believed, protect yourselves and your families from a Fire whose fuel is people and stones, over which are [appointed] angels, harsh and severe; they do not disobey Allah in what He commands them but do what they are commanded. (66:6)

*****

PROTECT -
yourselves.
your families.

from

hellFIRE.

Yeah, it is a big deal, dude!

Hilal Asyraf famous quote: BerCINTA hingga ke SYURGA

Sungguh,
tak mudah.

Nak buang karat jahiliyah dalam diri,
sudah cukup payah.
Apa lagi nak ajak ummi, abah,
adik, kakak, abang,
in future tambah lagi dengan ipar duai,
beras biras, mentua.

Sebab tulah,
antara perkara yang sering ditekankan
dalam liqo' kita - istiqamah dalam perjuangan.

Di kampus, ya, aku tak nafikan.
Kita sangat bersemangat.
Sampai tak cukup tanah dikejar.
Waktu tidur dikorbankan.
Duit, masa behibur dengan kawan-kawan.

Tapi, bila sampai rumah,
semua tunggang terbalik.
Solatnya, ma'thuratnya,
alQurannya, waktu tidurnya,
semuanya dilewat-lewatkan,
bahkan ada yang sampai perlu diqadha'!

Sungguh, kita daie yang gagal.

Justeru, sahabat-sahabat.
benda yang kita kena faham betul-betul,
ialah
medan sebenar kita bukan di sini.

Itu,
di sana.
Ketika bersama keluarga kamu.
Bersama ummah dalam dunia selepas graduasi ini.
Di sanalah, kita akan diuji.
Dengan ujian-ujian lebih dahsyat.
Fuhh! (serius, tak tipu)

Jadikan saat ini,
di sini - dunia kampus kita,
sebagai medan latihan
untuk betul-betul tarbiyah diri,
tadhiyyahnya, disiplinnya.

Study, pulun sepulun yang mampu.
Kalau ada 5.0 flat, kejar yang itu.
Tapi, jangan lupa - we have an agreement with Him.
Malah, sebelum kita belum lahir lagi.

:)

p.s: alhamdulillah. Done with quiz. Next will be UAK Math.

Monday, 24 September 2012

Zulkaedah 9 - Fatrahku

27092012 | Phonetics Quiz
10102012 | UAK Math
2910 - 0911 | Final exam weeks

UAK Literasi bahasa bila ek?

p.s: This weekend..^^

Zulkaedah 9 - 3 hours

Nak rephrase.
Semalam rasa macam bengong tak habis-habis.

"Kalau tanya aku sekarang, aku tak dapat jawab.
Kalau 2,3 tahun lagi, inshaAllah aku akan pertimbangkan."

Cuma,
harap pertolongan sahabat-sahabat,
bantu aku menjaga hati.
Walaupun aku kata,
hati ni hati batu or whatsoever,
I am still the one that Allah chose to be a woman.
No more girl. 
Haha!!

Melayan kerenah budak-budak tua,
yang tak berapa nak matang,
sampai pagi terpaksa duduk depan lappy.
InshaAllah semalam,
liqo' maya yang bukan sia-sia.
Moga Allah redha,
and ease our ways.

Someone sending to me,
doa rabitah dalam bahasa ibunda.
Selama ni, recite Ma'thurat macam bullet train je.
Asal baca, asal dapat 2 kali sehari.
Lepas tu,
tersedar akan kelajuan maksimum,
kat bahagian sayyidul istighfar,
atau selawat ke atas Rasulullah SAW.
(dahlah tak hayati ayat-ayat tu..haish!!)
But, most of the time,
tersedar kat bahagian doa rabitah.
Allahuma innaka ta'lam anna hazihil quluuub..
sambil cakap dalam hati:
Ya Allah, cintakan aku kepada orang-orang yang cintakanmu.

Geli nak cakap dengan lidah,
nak dengar pun rasa geli.
Haha! Mengade tak?

p.s: hari ini mahu bertemu cinta. Beri aku kuat ya Allah. (i'm referring to my hadeq2 usrah, ok!)

:)

Zulkaedah 8 - Medal

Mabruk alaykum.
Untuk sahabat-sahabat yang main futsal semalam.
Pergh!! Dahsyat sungguh.
Mula 8 pagi sampai tengahari,
main liga pulak tu.
Memang besi sungguh la.

Lepas lunch,
bergerak ke Tesco,
cari botol air si Ameen,
hilang ditelan bumi Terengganu.
Haha!

Zohor - bergerak ke Times Square.
Bowling time!!
Pertama kali main.
Not bad!
Lepas satu game,
aku surrender.
Penat weh!

Sambil tunggu yang lain,
pergi tandas kejap.

Ya Rabbi!
Lelaki perempuan,
merokok.
Budak sekolah kot,
muka macam muda lagi.
Sangat terkejut,
tapi masih boleh tersenyum.
Tak tahulah sumbing ke tak,
sebab aku tak nak diorang rasa terhina.
You know what I mean, right.

Sebab kadang-kadang,
kita yang sok-sok baik ni,
stok-stok pakai tudung, stokin, sock hand segala bagai,
mudah pandang hina dengan diorang,
mad'u kita,
yang sepatutnya kita pandang,
dengan perasaan kasihan,
dan kasih sayang.

Mahabbah - bukan ke tu yang Rasulullah SAW ajar?


You know what's interesting,
I challenge someone to say
"I'm so MAD at my Prophet being mocked... that i'll give up a SIN he WARNED me against!"
#AbdulHasibN

Heh.
Ada bran?

*****


Sempat borak-borak dengan mak cik cleaner,
taaruf sikit-sikit,
dan mak cik tu cerita la,
pasal budak-budak tu.

Yang ajaibnya,
bila aku keluar dari tandas tu,
semua lesap.
Aku tak tahu diorang pi mana.
Hmm..
Lepas ni, inshaAllah kalau pi sana lagi,
kena prepare awal-awal.

:)

Setengah jam berbola jaring petang tadi,
sangat memenatkan.
Esok ada volleyball match.
Phew~

Saturday, 22 September 2012

Zulkaedah 4 - Breaking News

Gernak-gernik bersama buddy.
Macam-macam hal dibincang.
From international issue,
sampai peringkat individu - aku.

"Kalau boleh, stop la contact dia."
"Awat kak?"

Bla, bla, bla...

What??
Oh, is it my fault?

I can't remember,
what was my feeling at that time,
when I knew that breaking news.

Rasa nak tergelak pun ada,
sebab dulu pun pernah rasa benda tu.
Haha!!
Tapi, dah tak rasa apa-apa dah,
since someone share something about it.
She was having almost the same situation.

As the the time gone,
the feeling also gone.

I just wanna write it here
because I know my buddy read this.^^
10 years more, 
if I can still read this,
perhaps I can still smile,
and said: 
Oh, aku pernah ada kisah kelakar macam ni,
dalam diari hidup aku.

#buddy lilllahi taala
:)

p.s: ye, aku mahu fokus!

Zulkaedah 6 - Back to School

Sekolah ganti.
Tak ramai yang datang.
Jadi, gabung kelas.

Darjah 1+2+3
Darjah 4+5

Hampir dua jam.
Main teka ibu negeri.
Teka ibu negara.
Tengok peta dunia.
Best!

Storytelling.
Bermula dari kes pembuangan bayi,
game in Fb,
Youtube bersama iklan yang tak senonoh,
bawa kepada isu perempuan,
pasal Weil China,
isu Syria.
Palestine.

Seperti yang dijangka,
budak lelaki sangat eager untuk respon,
dengar, beri tumpuan.
Haha!!

Yang perempuan?
Aih..entahlah.
Susah nak cakap.

Tapi, semalam memang hari yang sangat full,
dengan nasihat,
walaupun suara tak mengizinkan.
Nak suruh diam, aku tak larat dah.

Hasilnya pagi ni,
90% suara aku hilang.
Betapa mempunyai suara tu satu nikmat, bukan?

Abah and de gang demam,
batuk-batuk.
Kita memang ada link la bah..
Hehe~

:)

Wednesday, 19 September 2012

Weil China - Emine Syenlikoglu

Novel.
Cinta. Perjuangan.
Sangat merobek hati,
dan perasaan.

Bayangkan.
Adik kita yang masih bayi,
ditanggalkan anggota badannya,
macam cabut sotong.

Bayangkan.
Ayah kita yang dah tua.
Diterajang, disepak,
dan akhirnya,
ditembak di depan mata.

Bayangkan,
adik perempuan kita,
kakak, mak cik,
isteri,
diperkosa di hadapan mata.

TANPA kita mampu berbuat apa-apa.

Terseksa, bukan?

Dan,
bayangkan perancang utama,
semua penyeksaan tu,
rupa-rupanya adalah saudara kandung kita sendiri.

Allah.

Novel ini,
Berkisar tentang keluarga di Turkistan,
Kawasan China dan Russia,
sangat terkesan,
walaupun ini adalah hasil terjemahan oleh sahabat PMRAM,
tapi zouq dia tetap ada.

Terima kasih adik usrah yang sudi bagi pinjam,
katanya kakak dia beli masa study kat Mesir dulu.

Bila tanya syeikh google,
rupanya ramai dah orang baca novel ni.
Cuma payah nak dapat kat sini.
Sebab Malaysia tak ada ramai penterjemah.
Karya-karya terjemahan banyak di Indonesia.

Untuk sahabat-sahabat,
yang nak cuba selami perasaan saudara-saudara kita,
di Bosnia, Pattani di mana komunisme menyerang,
bacalah novel ni.

Rohingya, Russia, Afghanistan, Chechnya, Palestin, Syria,
dan Malaysia sendiri.

Memetik kata-kata penulis asal:
Semua jenis penyiksaan adalah natijah aties walaupun berbeza namanya.

Sedikit ulasan yang dimuatkan dalam novel ini,
oleh Husen Ozmez, seorang sasterawan:

Saya menangis beberapa detik kerana terlalu sebak sambil berdoa memohon
ke hadrat Allah agar mematikan saya pada jala yang mulia ini setelah saya dapat
menuntut bela untuk golongan lemah yang dizalimi.

*****

Berkongsi rasa dengan sahabat sekelas tadi,
berjurai air mata
mengenang Islam dihina,
lebih menyedihkan,
bila kita sendiri tak ada ilmu,
untuk pertahankan Islam
yang kita imani.

"Lau kana bainana ya Habib Rasulullah."

Aku akan datang kepadamu wahai Nabi Allah.
InshaAllah.

:')

[update]
PTS ada terbitkan buku ni.
Cer klik sini.

Monday, 17 September 2012

Zulkaedah 2 - Pendamping

Didatangi seorang sahabat.
Mengatakan dirinya sudah bertunang.
Haha!! Aku dah tahu lama.

Ok, akan nikah tahun depan.
Terdiam sekejap.
Hehe..InshaAllah,
semoga dipermudahkan urusanmu wahai sahabat.

Naqibah pun nak nikah dah.
Tapi, tak dapat datang,
ada program kampus.
Huk3.

Apa-apa pun,
Barakallahu lakuma wabaraka ala alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair.

Masing-masing dah jumpa pendamping,
yang inshaAllah akan jadi penguat tika lemah,
yang jadi pembimbing di kala rapuh.

p.s: fokus study dulu

:)


Zulkaedah 2 - 20 tahun 2 hari

Alhamdulillah.
Syukurillah.

Dapat wish birthday daripada sahabat-sahabat.
Tapi, semua dah hilang.
Gara-gara tukar phone.
Don't worry.
Semua tu tersimpan dalam kotak memori,
yang tak berapa nak berfungsi.
Untuk yang tak wish,
haha~aku tau ko mengade.
Cuma, aku harap doa ko, untuk kita.

Bermula kekalutan di petang Jumaat,
apabila mendapat mesej daripada AJK K-Fiqh,
mengatakan bahawa venue telah diubah,
dari Main Audi UIAM ke Dewan MBSA, Shah Alam.

Allah.

Guane nak pi Shah Alam ni?
Cepat-cepat tanya sahabat-sahabat,
google map segala,
alhamdulillah dah dapat view perjalanan tu macamana.

Selepas Subuh,
kami berempat bergerak ke LRT Cheras.
LRT Cheras > LRT Masjid Jamek > LRT KL Sentral,
tukar ke KTM KL Sentral > KTM Shah Alam.
Sejam lebih juga.

Tsumma alhamdulillah.
Dapat dengar beberapa talks,
sebelum mengundur diri untuk pulang berkhidmat di tanah air.

Seharian berprogram,
petang Ahad, abah ambil bersama my loves.
Semalam, naik bas pukul 11.30 pagi,
dan sampai kampus after Zohor.

Tsumma, alhamdulillah.
Makan-makan sambil sharing,
isu-isu semasa sambil menimati nasi ambeng ummi,
membuahkan beberapa resolusi,
dan membakar hamasah diri,
yang kian malap.
Huk3.

p.s: aku seorang kinestetik

:)

Wednesday, 12 September 2012

Syawal 25 - Big Apple

"Aku dah guna RM3000 sem ini."
"Seriously?"

Aku ambil kertas. Suruh dia listkan benda-benda yang dia beli.
Buku, makan, tiket balik kampung, hard disk, bagi ayah mak.

"Erk. Baru RM1420. Yang baki ini aku tak tau aku belanja kat mana."
Constructing sentences.
Smile.
Peace no war.

*****

"Hang dah ada duit sendiri, kena pandai uruskan. Pandai bajet."

Alhamdulillah.
Setakat ni, benda bernama duit bukan menjadi masalah.
Elaun masuk, keluarkan bila betul-betul perlu.
Abah pun selalu bagi,
mula-mula bajet tak nak.
Last-last ambil juga.
Hehe~(tak malu kan?)
Kat rumah, top-up pun abah bagi.
Cuma, bila dah kat sini, pandai-pandai la.
Beli buku, abah minta resit.
Lepas tu, abah bagi duit,
ibarat aku belikan buku tu untuk abah,
padahal aku je yang baca.

Apa yang aku cerita sebenarnya ni?
=.="

Ha!
Aku cuma terfikir.
Dalam keadaan yang aku boleh consider
sebagai mewah,
walaupun tak ada Porsche or Merc,
aku ada kekuatan untuk belanja orang.
Memang tak banyak, tapi willing to spend money,
especially on things like food
and Big Apple.
Hehe~

Mampukah aku se"pemurah" ini,
di kala gaji cukup-cukup makan,
Dengan ujian kesusahan atau dalam kata lain,
tak ada duit.

Rasulullah SAW kan pernah ingatkan kita,
akan datang 5 perkara sebelum 5 perkara,
dan salah satunya ialah:
kaya sebelum miskin.

Nak jadi hamba yang bersyukur tu,
lebih susah nak jadi hamba yang bersabar.
Kan?

Semoga aku, kamu dan mereka,
menjadi dalam kalangan yang sedikit.

:)

Monday, 10 September 2012

Rabbi Zidni 'Ilma, Warzuqni Fahma

Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu,
dan kurniakanlah kefahaman.

*****

Orang beriman ni luar biasa.
^^

Membedah buku Al Mutasaqitun - Golongan yang tercicir,
Murabbi memulakan "pembedahan" di bahagian pengantar.
"Kita akan bedah, dari kulit ke kulit."
Satu mukasurat dibedah dalam masa lebih kurang satu setengah jam.

Antara point penting yang dikupas:

Ilmu sedikit, tapi kefahaman yang banyak dan mantap,
lebih utama daripada -
ilmu banyak, tapi satu hapak pun tak faham.

Muhasabah diri.
Banyak yang kita belajar.
Banyak A kita kumpul.
Tapi, semua tu macam debu diterbangkan angin.
Tak ada yang tinggal.

Sebab, A tulah matlamat utama kita.
Sedangkan, A tu adalah tool  bagi kita, untuk capai mardhatillah
- Kak Farahin Z (edited)

Dengan assignment yang kebanyakannya dah dihantar,
kita cuba tanya diri sendiri.

Apa yang kita nak capai sebenarnya
lepas buat semua assignment ni?
Plus, project - interview - presentation - SBE.

Kalau setakat nak lulus,
orang yang reti menipu pun boleh lulus.
Kalau nak A,
perlu ada pengalaman pengsan beberapa di library la kot.
Gara-gara tak cukup makan dan tidur - study memanjang
(okay, ini tipu.)


Proses tu,
bagi aku, mematangkan fikiran.
Di sini, kita ditarbiyah,
dalam kepayahan berassignment,
ada liqo' yang perlu dihadiri,
ada banyak aral melintang menegak

datang dari semua arah kiri dan kanan.

Dan, bagi aku,
kefahaman tentang "aku sedang ditarbiyah oleh Allah" ini,
takkan datang
kalau kita tak datang liqo' fikri,
usrah, sharing or whatever name people give,
dan menghadamnya dengan penuh keyakinan.

Tak hairanlah "faham" menjadi rukun yang pertama,
dalam mengikat janji setia.

Semoga aku, kau dan mereka,
menjadi orang yang faham.

:)

Saturday, 8 September 2012

Syawal 20 - Bersalah

"Salam alayk. Yang terlibat dengan program kena datang juga ke metim?"
"Wassalam alayk. X datang pun xpe. Xde masalah."

Okeh.
Jujur, mula-mula rasa bebas sekejap.

Lepas sharing dengan adik-adik,
makan.
Sempat online.
Lepas solat Maghrib, basuh baju, bersihkan diri semua.
Meeting started and I still in hostel.
Then, isya'.

Sambil tu, balas mesej sahabat-sahabat yang datang meeting.
Ada yang tanya, kenapa tak datang.
Tak balas.
Bersalah kot.

Tiba-tiba, my naqibah sent message.
"Mek,datang sekarang. Ada orang nak jumpa."
"Ok."

Wah, happy!!!
Mengade tak?
Nak tunggu orang suruh, baru nak datang.
Haish!
Tak moh buat lagi dah..:'(

Moral of the story: Datanglah liqo' or any meeting arranged by our persatuan/so-called jemaah walaupun kita datang hanya sekadar tunjuk lubang hidung (Kura-kura, 2011).

:)

Syawal 21 - Power of Iman

Salam. Shbtku. Tugas tarbiyah sangat berat. Esok petang je Murabbi free. Adab berguru kita kena ikut masa guru kita. Cuma nak entum rasa ketagih dengan usrah, bukan setakat nak isi masa lapang. Kurangkan zon selesa, memberi bukan menerima. -edited-

Plan awal untuk hantar sahabat di KLIA - batal
InshaAllah, ada jodoh, jumpa lagi.
Kalau bukan kat dunia ni,
inshaAllah di syurga,
selagi kita teguh dan mata dalam perjuangan ini.

Apa-apapun,
pertemuan tadi,
sangat bermakna.

Taujihat daripada Murabbi,
ibarat makan icecream di waktu panas terik.
Nikmatnya, mashaAllah, tabarakallah.

Semuanya - kembali kepada Allah.
Hal-hal keimanan.

"Kalau kita niat betul-betul, stay firm, inshaAllah walau kat mana sekalipun kita diposting,inshaAllah Allah akan permudahkan jalan untuk jumpa sahabat-sahabat sefikrah."
"Akan diberi kekuatan dan tak rasa putus asa."

"Minta Allah sibukkan kita dengan kerja-kerja maa'ruf"
"Bila kita sibuk buat kerja-kerja maa'ruf, peluang untuk buat perkara-perkara akan tertutup."

Dosa ialah bila kita tak nak orang tengok benda yang kita buat tu.
Dan, hati berdebar rasa tak senang.
Let us make a move.
Keluar dari "kawasan" yang memungkinkan kita untuk berbuat dosa.

Lawan sekuat mungkin,
itulah pengajaran tarbiyah.
Semoga berjaya!

p.s: Murabbi berjaya persuade aku, nak cari buku Law of Attraction.

:)



Tuesday, 4 September 2012

18 Syawal - Free

Class only starts at 10.30.
Finished an hour later.
Now, at Epal Hijau's room.

Esok ada 2 assignment nak kena hantar.
ELT and BMK.
Each one 1000 words.

Lama tak menaip.
Lama tak meluah rasa.
Dipendam takut lupa.

Jaulah paling lama.
Paling panjang setakat ni.
Alhamdulillah.

Banyak taujihat yang diberi,
ditambat dengan tulisan di atas helaian kertas,
yang aku sempat rembat.
Entah kenapa kali ni,
tak terdetik pun rasa hati nak rakam,
walaupun tengok sahabat lain rakam bagai nak rak.
Haish!!

Jumpa sahabat sekolah rendah,
almost 10 years,
tak berjumpa.

Banyak-banyak tempat,
kat situ juga kami berjumpa.

Banyak-banyak tempat,
kat situ aku drive,
setelah hampir setahun tak tekan minyak.
Allah..
sungguh, jaulah yang sangat istimewa.

Antara golongan mad'u - orang beriman
Kurangkan berjumpa,
sebab apa ek?

MUNGKIN.. untuk develop rasa rindu.
Sebab, sejujurnya,
walaupun kita baru berjumpa,
2,3 hari lepas,
bila jumpa balik hari ini,
ya Allah, rasa rindunya kat awak!!

Then, kita akan selalu terinspirasi.
"Orang beriman takkan pernah berseorangan."

Orang yang biasa-biasa,
yang ada ragu-ragu,
dengan Islam itu sendiri,
inilah golongan mad'u yang mendominasi populasi mad'u kita.

Ustaz Zul - yang betul-betul benci Islam hanya 1%.

So, let us not keep ourselves in our own group,
all the time.
Berikan lebih banyak masa kepada sahabat-sahabat lain.
Beri peluang untuk sama-sama merasai,
nikmat perjuangan ini.

Can ya?

:)


Qasidah

Track 1 - Selawat Thabibiyah (credit to: sah311)

Allahumma solliwasalim a'la sayyidi wahabbi wathabibi qalbi wajasadi waruhi Sayyidi rasulillah muhammad ibni abdillah Assodiqil amin waa'la alihi wasohbihi ajmaii'n.

"Ya Allah, semoga Engkau curahkan selawat dan salam kepada Junjunganku, Kekasihku, Pengubat hatiku, jiwa dan ragaku iaitu Junjunganku yang menjadi Utusan Allah, Muhammad bin 'Abdillah, Insan yang jujur dan terpercaya. Dan semoga selawat dan salam juga tercurah kepada semua keluarga dan sahabat baginda"

Track 2 - Assalamu 'alaik

Assalamu 'alaik Zainal Anbiya-i
Assalamu 'alaik Ashfal Ashfiya-i (ulang 4x) Assalamu 'alaik Azkal azkiya-i (4x) Assalamu 'alaik assalamu 'alaik Assalamu 'alaik Zainal Anbiya-i Assalamu 'alaik Ashfal Ashfiya-i Assalamu 'alaik Ahmad ya Habibi Assalamu 'alaik Thoha ya Thabibii (4x) Assalamu 'alaik assalamu 'alaik Assalamu 'alaik Zainal Anbiya-i Assalamu 'alaik Azkal azkiya-i (ulang 4x)

Track 3 - Robbi Faj’alna minal Akhyar

Sa-altullaha barina Yuballighna Amanina
Sa-altullaha barina Yuballighna Amanina
Wa Yudzhibni minanal akhdar
Robbiy Faj’alna minal Akhyar
Robbiy Faj’alna minal Akhyar

Wa Yuhyina ’Alat Taqwa
Bila mihnah Wala Balwa
Wa Yuhyina ’Alat Taqwa
Bila mihnah Wala Balwa
Bijahil Musthofal Mukhtar
Robbiy Faj’alna minal Akhyar

Faya Rihas-shoba hubbiy Khudziy Qoulii ila hibbiy
Faya Rihas-shoba hubbiy Khudziy Qoulii ila hibbiy
Wabutstsyiy indahul asror
Robbiy Faj’alna minal Akhyar
Robbiy Faj’alna minal Akhyar 

Robbiy Faj’alna minal Akhyar
Nusyahid Husna Man Nahwa Wa Tadnu Minnana ’Alwa Nusyahid ha Bihadzid-daar
Robbiy Faj’alna minal Akhyar

Track 5 - Solatun Bissalami Mubin


Sholatun bisalamil mubin…linugthotit ta’yii ni ya ghoroomii
Allah ya Allah, ya Allah, ya Allah.
Nabiyyu kaana ashlattak wiini….min ngahdi kun fayakuunu yaa ghoroomii
Ayaman ja’ana khakkon nadhiiri…mughiitsan musbilan subularoshaadi
Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Rosulullahiyaa dhowiil jabiini… wayaamanja’abil khakkil mubiin
Sholatulam tazal tutlaa ngalaika…kami’ thorin nasiim tuhdaa ilaika

Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku
Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku)
Engkaulah sebenar2nya pemberi peringatan pada masa mu
Wahai kekasih ku,wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran
Tak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang.

Track 8 - Ya Hanana


YaHanana
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam
Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…

"Betapa Beruntungnya Kami"

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.
Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),
Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.
Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,
Betapa beruntungnya kami,
Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.
Betapa beruntungnya kami

:)

Salute dengan mereka - handsome ^^ + suara sedap + cinta Rasulullah :)
Golongan yang bakal mendominasi masyarakat,
inshaAllah.