Tuesday, 10 December 2013

Jaulah Tarbawi

[Untuk kamu-kamu
yang aku rindu]

Sebelum bermula,
diingatkan untuk tajdid niat.

Permusafiran
yang dinamakan
-- Jaulah Tarbawi.

Mengharap agar
sepanjang perjalanan
pergi dan balik
dikutip ibrah dan hikmahnya
dihirup manis dan pahitnya
dirasai hati dan fizikal
sebagai bahagian
proses tarbiyah rabbaniyah.

Usrah kami hari tu,
-- maksud aku beberapa bulan yang lepas
berbicara soal sunnah Rasulullah SAW
dan sunnah Allah.

Dilihat pada pergerakan tawaf
mengelilingi Kaabah,
kedudukan pemandu di sebelah kiri,
sunnah mengacau makanan,
melawan arah jam.

Dan,
naqibah kami 'mencabar'
kepada sesiapa yang tak boleh
membaca dalam kereta,
cuba baca al Quran.

Kita tak pernah cuba, kan?
Dan JT kami ni
membuktikan bahawa kita boleh.

Dapat pula penumpang semua ma'zurah,
kecuali driver and co-driver,
habis satu juzu' dikhatamkan
oleh co-driver.

Berganti-gantilah dua orang tu.
Hehe..:)

Dapat mesej daripada ketua
untuk buat usrah sesama ahli sayyarah
dan isi-isi penting
yang dibincangkan
dikongsikan
pula dengan kereta-kereta lain.

Senyum lagi.
:)

Berhenti di R&R.
Ditunggu oleh kereta yang terlepas dari
'kawanan'.

"Eh, usrah?"
Yep. Usrah tepi highway.
Gila ahh!

Seingat aku,
perasaan aku masa tu,
sangat teruja!

Tak boleh berhenti senyum.
Sekarang pun.
Untuk menceritakan saat-saat
itu pun,
aku tak boleh berhenti senyum.

Gila tak?

Perkongsian daripada sahabat
yang sangat kami hormati.
Mungkin sebab ini tahun terakhir
dia di kampus,
jadi diluahkannya
segala perasaan,
rahsia hidup
yang selama ni kami tak tahu pun.

Katanya,
"bercerita bukan mahu membangga diri,
tapi nak bagi adik-adik semangat."

Semangat untuk berubah
jadi lebih baik.
Perhaps.

Katanya,
iman paling tinggi
sepanjang hidup
dia ialah
zaman Tingkatan 4 dan 5.

Qiyam tak pernah tinggal.
Habis waktu sekolah,
tak balik rumah terus,
tapi stay di sekolah.
Study.

Dia kata dia tak bijak,
sebab tu dia kena rajin.

Yep.
Dia yang aku kenal
selama 3 tahun
di kampus,
bagi aku,
sangat matang.

Maksud aku,
matang masa buat keputusan.
Matang berurusan.

Bijak kadang-kadang diukur pada
berapa banyak A dalam slip keputusan
tapi matang,
bukan itu kayu ukurnya.

Usai usrah,
solat jama' magrib dan isya'
di situ juga,
di tepi highway.

:)

Sepanjang JT juga,
kami marathon lagu-lagu
yang kami tahu.

Haha!
Segala menyumbangkan suara.
Oklah. Kite-kite Je pun.
:)

2 tahun,
baki di kampus.

Harap ini bukan JT yang terakhir.
Jika ditakdirkan untuk jaulah
berdua
sekalipun,
naik motor sekalipun,
ia tetap akan aku namakan JT.

Sebab yang namanya
tarbiyah itu
seharusnya bergerak
di segenap urat darah kita.

Di mana jua,
kapan pun.

:)

Doakan aku, teman.

2 comments:

Nur Syaheela said...

terukir indah di langit hati,
selamanya takkan lupa :')

lobakmerahati said...

teringat lagu Cerita Hati.
tuju lagu ni boleh?
hee..:)