Sunday, 21 September 2014

Jawa Ranger

Alhamdulillah.

Penguasaan minimum bahasa Jawa
sangat membantu aku
memahami beberapa perkataan
Indonesia yang lebih kurang sama
dengan perkataan Jawa.

Bangga menjadi Jawa!
(Tapi, tak tahu macamana nak sebut
ayat atas ini dalam bahasa Jawa. -.-")

*****

Alhamdulillah.

Bila biasakan diri,
baca al Quran,
dan periksa terjemahan,
kita akan mudah untuk agak
maksud sesuatu ayat,
meski tidak semua,
tetapi itu sudah cukup baik.

I think it is called sight words,
teknik yang sangat dikenali
oleh pelajar TESL.
*wink3*

Mahu beralasan apa lagi?

p.s: Aku ada buka kedai jual alasan. Siapa nak jadi pelanggan pertama?

Hujan Matahari

Jenjalan di FB sahabat.
Jumpa satu link yang dikongsi
di wall beliau.

Mengenai anak tangga seterusnya.
Meski tak pasti,
tapi mesti bersedia.

Jemput:
http://kurniawangunadi.tumblr.com/tagged/tulisan

Minum kopi, makan pasta
*****

SPN : Dia Berhak Mengetahui

Suatu waktu ketika berdiskusi dengan teman jauh tentang sebuah pernikahan, ada nasihatnya yang saya catat baik-baik sehingga menjadi bahan tulisan ini.
Menikahi seseorang sama dengan membawanya ke dalam benteng kokoh yang selama ini kita diami. Jika tidak, mungkin pernikahan serupa ritual bertajuk separuh agama. Menyelesaikan masalah dengan diri sendiri atau siapapun sebelum menikah bukan menghindarkan pasangan dari pengetahuan tentangnya. Dia berhak tahu, siapa seseorang yang dia ijinkan memberikan warisan gen kepada keturunannya kelak. Dia berhak tahu, siapa yang dia bagi separuh jiwanya itu.
Seseorang yang akan menjadi bagian dari kehidupan kita di dunia dan akhirat berhak tahu tentang siapa sebenarnya kita. Topeng yang kita pakai selama ini hendaklah dilepas, sememalukan apapun asli kita. Itulah diri kita dan dia berhak tahu. Meski pada akhirnya muncul penolakan atas pengetahuan tentang kita yang dia ketahui, itu tidak masalah. Dan itu memang menjadi sebuah ujian, tidak hanya untuk kita, tapi untuknya.
Saya percaya bahwa pada akhirnya akan ada orang yang benar-benar menerima. Asal kita tidak menyembunyikan diri kita dengan membohonginya dengan terus menutup diri, membiarkan dia tidak tahu sama sekali tentang kita.
Dia berhak bertanya dan berhak mendapatkan jawab. Siapa orang yang berani-beraninya menawarkan dirinya. Siapa orang yang dengan tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Ungkapkanlah kejujuran diri itu meski itu sangat buruk. Kita akan mengenal diri kita sendiri melalui orang lain, kita pun menguji diri kita, seberapa terbuka kita dengan orang yang akan kita berbagi dunia dengannya.
Bandung, 19 September 2014 | (c)kurniawangunadi

Mati dalam perjalanan
mempersiapkan diri
ke anak tangga seterusnya,
bukankah itu juga
penghujung yang baik?

Rabbi zidna ilma,
Allahumma faqqihna fi-deen,
Ameen..

:)

p.s: Ada sesiapa yang mahu belikan atau pinjamkan buku Hujan Matahari tulisan encik di atas?

Friday, 19 September 2014

Bukan Syarat

Semalam,
dalam perjalanan pulang,
dapat berita sedih dari Hospital Muar.

Kehilangan sepupu yang
tidak disangka-sangka,
dalam usia semuda itu.

Hidayah namanya.
Special sangat,
sebab fizikalnya tak macam orang lain.

Daripada dia,
aku yang jahil ni
dapat tahu banyak perkara
terutama tentang Down Syndrome.

Down Syndrome:
extra copy of chromosome 21
or trisomy 21.

Kali terakhir aku jumpa dia,
main-main kaki dia,
sebab boleh bend 180 darjah.

Dah pandai salam tangan orang,
cium tangan,
tunjuk gigi dia dua batang.

Pagi tadi,
naik motor ke rumah atuk,
tempat berkumpul.

Ummi, "Cepat tengok Dayah.
Nanti orang lelaki dah ramai."

Sampai di ruang tamu,
Anis dan Muna dah ada.

"Tunggu sekejap,
teman aku."

Berdebar.
Ini kali kedua berhadapan dengan jenazah.
Kali pertama dulu,
arwah Ustaz Basir, murabbi kami.

Perlahan-lahan,
tangan aku selak kain yang menutupi muka.
Senyum.
Aku pun senyum tengok dia.

"Syurga, sure for you,
Dayah."

Kucup dahi dia.
Sejuk..

Lepas urusan mandi,
jenazah dibawa ke tengah rumah.
Ada 4 orang yang kapankan.

Tengok atuk lanang (baca=lelaki),
tengah tahan sebak,
dok tarik nafas, hembus nafas
dalam-dalam,
perlahan-lahan.

Tengok Anas pula,
buat isyarat kat dia,
suruh tengok atuk.

Dia buat tak tahu je.
Cehh..

Lepas tu, Paman Zek (ayah Dayah)
bawa jenazah ke depan
untuk disolatkan.

Aku pula ma'zurah,
ummi dan mak cik-mak cik
tak ada wudhu' pula.

Jadi, hanya ada seorang je
jemaah muslimat yang solat jenazah.
Pengajaran di sini,
sentiasalah dalam keadaan berwudhu'
dan bawa stokin bersih selalu.

*****

Sampai rumah,
abah cerita.

"Adik (baca=Anas) duduk dengan
abah tadi."
"Ha, dia macamana?"
"Dia cakap dengan abah:
Abah, adik rasa sedih la bah."

Aku ketawa.

"Lepas tu dia pergi tengok Dayah.
Dia datang balik kat abah.
Dia cakap: Abah, adik rasa nak nangis la.
Lepas tu abah nampak ada air mata kat pipi dia.
Atuk Busu (atuk saudara, adik atuk lanang)
cakap: bagus budak ni. Kecil-kecil lagi dah faham."

Aku sebak.

Kesimpulan,
tua bukan syarat mati.

Bersedia,
buat amal baik untuk bekalan,
bukan amal baik je,
amal yang terrrrbaik.

#tadabur surah al Mulk.

Al Fatihah...

Wednesday, 10 September 2014

Murabbi

Beberapa tahun lepas,
aku hanya mampu tengok ustaz jauh-jauh,
suara pun sayup-sayup je.

Hari ini Allah izin untuk jumpa,
duduk berhadapan,
berbual perkara personal
dalam bahasa Jawa.
Wohaa!

Nasihat-nasihat tarbawi,
mengalir ke dalam lubuk hati,
Allahu..
Lama dah tak dengar
kalam murabbi.

"Umur umat Nabi Muhammad antara 60-70 tahun je."
Ustaz tunjuk data yang ada di dinding.
"Dah 50 tahun, 10 kali raya je yang tinggal."

Allah..

Gurauan,
tapi itu sangat dalam.

"Dulu kita kecil, lepas tu membesar,
sampai satu tahap,
kita mengecil balik."

"Bilik pun makin kecil,
akhir sekali masuk kubur yang sempit."

See!

Simple,
but deep.
Really deep!

*****
Cerita Baitul Muslim.

"Dah hampir 80 pasangan
yang ustaz dah kenen-kenankan."

Kantoi cerita macamana
ummi abah boleh jumpa.

Yang pasti,
dunia hari ini,
buka hanya perlukan baitul muslim.

Baitul dakwah,
baitul haraki,
itu impian kita.

Secara Up-Down;
sebuah keluarga yang mampu
jadi agen kecil dalam melahirkan anak-anak,
yang mampu jadi pelapis,
penyambung tugas Nabi.

DAN

Secara Bottom-Up,
sebuah keluarga yang mampu
memberikan impak kepada
masyarakat sekeliling,
dalam melaksanakan
amar maaruf nahi mungkar
sekurang-kurangnya
bil hal.

InshaAllah,
ameen.

*up-down dan bottom-up -  teori kalau kita bayangkan marhalah tarbiyah
*inside-out dan out-inside (aku tak pasti tentang term yang ini, sebab tu aku tak guna)

Thursday, 4 September 2014

Alhamdulillah

Untuk rasa
ini.

Untuk rasa
diri lemah,
tak mampu,
penat,
sebu,
sesak!

Mahu lari dari tanggungjawab.
Lupakah kita pada Nabi Yunus?

Kata Saidina Umar RA:
Kita umat yang Allah muliakan dengan Islam.

Berbanggakah kita dengan Islam?
Bahagian Islam yang manakah yang kita banggakan?

Harta,
duit yang kau kumpul,
mana yang kau telah infaqkan?

Baju, kasut,
almari mana lagi kau nak penuhkan?

Makanan,
perut mana lagi kau nak sumbat?

"Allah jadikan manusia
sebaik-baik kejadian,
kemudian Allah rendahkan manusia,
serendah-rendahnya."
(AQ 95:4-5)

Cukuplah.
Berhenti.
Di sini.

Monday, 19 May 2014

Aktiviti Jigsaw

Suka untuk berkongsi aktiviti atau modul
yang sangat sesuai
untuk kita-kita yang tak rajin
baca atau khatamkan
kitab-kitab sirah nabawiyah.

***

Nama aktiviti: Jigsaw Activity
Bahan yang diperlukan:

  • Buku/Bahan bercetak kitab sirah berkenaan 
  • Highlighter
  • Butcher paper/A4 paper

Kitab yang dicadangkan:
  • Fiqh Sirah Jilid 1-3 (Syeikh Said Ramadan al Bouti)
  • Kitab Raheequl Makhtum (Syeikh Safiyyur Rahman Mubarak Fury)
  • Kitab Sirah Nabawiyah (Ust Mustafa Sibaie)

Cadangan pembahagian untuk kitab Raheequl Makhtum:
  1. Sebelum kelahiran Nabi + Kenapa Jazeerah Arab dipilih+keadaan dunia 
  2. Kelahiran Nabi sehingga berumur 25 tahun
  3. 25 tahun sehingga kerasulan
  4. Ghazwah yang Nabi sertai + Perjanjiian
**bergantung kepada isi kandungan kitab berkenaan


Prosedur:

  1. Fasi membahagikan peserta kepada 5 kumpulan. Kumpulan 1>5
  2. Setiap kumpulan akan diberi satu bahagian.
  3. Peserta diberi masa 15 minit untuk berbincang dan hadam bahagian berkenaan.
  4. Fasi bekalkan peserta dengan A4 paper/butcher paper untuk mudahkan mereka buat nota
  5. Untuk pusingan kedua, fasi susun semula kumpulan.
  6. Seorang ahli daripada setiap kumpulan akan dikeluarkan dan membentuk satu kumpulan baru.
  7. Dalam kumpulan baru, peserta diminta berbincang dan membuat garisan masa.  
***
Suka diingatkan,
ini sekadar aktiviti di peringkat foundation.

Sebagai penuntut ilmu,
seharusnya kita berusaha mencari ilmu
dengan asatizah yang lebih alim
secara talaqi di masjid-masjid.

Semoga Allah berkati usaha kita
untuk mengenal sosok peribadi
dan perjalanan hidup
Rasulullah SAW.

:)

Route to Ramadan

Ada 40 hari lagi sebelum Ramadan.
Apa persediaan kita?
Jom buat senarai semak!

1. Puasa qada'
2. Puasa sunat
3. Bacaan al Quran (One Day One Juzu')
4. Qiyamullail
5. Solat awal waktu + berjemaah

Cukup 5 dulu.

:)

Wednesday, 12 March 2014

Bahagia

Antara perkara
yang membahagiakan
diri ini
ialah
bila sahabat
yang kita rasa 
jauh hati
senyum 
melihat
kita.

:)

Tapi
yang lebih 
membahagiakan
ialah
bila Allah
kabulkan
doa
dan 
izinkan 
diri ini 
untuk
rasa bahagia
dengan 
caraNya
yang membahagiakan hati.

:) :) :)

Alhamdulillah!

Monday, 10 March 2014

Breakfast

[Ditulis sambil menghirup Vico+susu]

Alhamdulillah.
Punyalah aku nak publish
previous post dalam bentuk
note di FB,
aku cari
FB Ustaz Salim
untuk minta izin.

Unfortunately,
I found that
if I am about to send
him a message,
it will be directed to
"Other folder"
instead of inbox.

But,
itt turns out that,
I have one mutual friend,
Ustaz Luqman
which I had added
2 days ago.
(Don't ask me who he is
and why I added him as s friend)

So, I pm him,
asking for help
to send my message to
Ustaz Salim.

10 pm,
he replied
and gave Ustaz's number.

Wohaaa~
Berdebaq..

So,
quickly I type
my message
on whatsapp.

Alhamdulillah,
tsumma Alhamdulillah,
Ustaz approved.

Well, this is something
I do not want to forget.
Hehe~

Nampak tak
kegigihan aku di situ?
*wink2*

*****

Itu nota
yang sengaja diadaptasi,
dikongsi
untuk manusia-manusia
istimewa.

Aku tak pandai nak susun kata,
cuma tahu meminjam
bahasa indah dari tanah seberang.

Semoga Allah ketuk
hati aku,
dan hati kamu-kamu,
untuk sedar
bahawa
sesungguhnya
mencegah itu
lebih baik
dari merawat.

Sebelum hati parah
dengan luka cinta manusia,
lebih baik kita mengundur
dan ambil lonjakan
untuk capai cinta Allah.

;bahawa
larangan untuk mendekati
itu sudah jelas.

;bahawa
hubungan berlainan jantina
bukan hanya berkaitan
soal hati dan perasaan kita.

bahkan
dari soal hati
dan perasaan itulah
yang akan membawa
kepada jenayah
lebih besar!

Wa'iyyazubillah..

Sunday, 9 March 2014

Prevention is better than cure, isn't?

satu saat asy syafi’i ditanya
mengapa hukuman bagi pezina
sedemikian beratnya

wajah asy syafi’ memerah
pipinya rona delima

“karena”,
jawabnya dengan mata menyala
“zina adalah dosa yang bala
akibatnya mengenai seluruh
keluarganya,
tetangganya,
keturunannya,
hingga tikus di rumahnya
dan semut di liangnya”

ia ditanya lagi
dan
mengapa tentang pelaksanaan
hukuman itu,
 Allah berkata,
“Dan janganlah rasa hibamu
pada mereka menghalangimu
untuk menegakkan agama!”

asy syafi’i
terdiam ia menunduk,
ia menangis
setelah sesak sesaat,
ia berkata
“karena zina
seringkali datang dari cinta
dan cinta selalu membuat kita hiba
dan syaithan datang
untuk membuat kita
lebih mengasihi manusia
daripada mencintaiNya”

ia ditanya lagi
dan mengapa,
Allah berfirman pula,
“Dan hendaklah
pelaksanaan hukuman mereka
disaksikan oleh
sekumpulan orang-orang
yang beriman.”

Bukankah untuk pembunuh,
si murtad,
pencuri,
Allah tak pernah
mensyaratkan menjadikannya
tontonan?

janggut asy syafi’i
telah basah
bahunya terguncang-guncang
“agar menjadi pelajaran”
ia terisak
“agar menjadi pelajaran”
ia tersedu
“agar menjadi pelajaran”
ia tergugu

lalu ia bangkit
dari duduknya
matanya kembali menyala
“karena ketahuilah oleh kalian..
sesungguhnya zina adalah
hutang,
hutang,
sungguh hutang..
dan
salah seorang
dalam nasab pelakunya
pasti harus membayarnya!”

***
kutulis dengan menangis,
semoga menjadi pengingat yang terwaris
-Salim A. Fillah-

Friday, 7 March 2014

Brain: use it or lose it!

Apa perkara yang paling dibenci?

Bila diri dalam keadaan ragu-ragu.

Haishh!

Sekali lagi:

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ
وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

Ya Allah, tunjukkan kepada kami bahwa
yang benar itu benar dan
berikanlah rezeki kepada kami
kemampuan untuk mengikutinya
Dan tunjukkan kepada kami bahwa
yang salah itu salah, dan
berikan rezeki kepada kami
kekuatan untuk menjauhinya

Tambah lagi satu:
Bila diri gagal merespon
kepada perkara penting.

p.s: makan pisang untuk sihatkan otak

Sunday, 2 March 2014

Milik Dia

Tak rajin nak drafting,
lagi suka publish as soon as siap type.

So, second post hari ini.

Bismillah.
Alhamdulillah.
Puji dan puja,
untuk Dia.

Yang selalu ada dengan kita
(baca=aku)
All the time.

Melihat kawan-kawan
dalam fb,
satu benda yang boleh disimpulkan
;sungguhlah iman manusia itu
yazid wa yanqus.
dan
sungguhlah hati ini
Allah senantiasa bolak-bolikkan
untuk menguji kita
dan orang sekeliling kita juga.

Aku teringat,
zaman-zaman aku belajar di sekolah menengah.
Antara benda yang aku belajar
ialah pakai sarung lengan.
Dulu,
lengan baju sekolah ada pin.
Jadi,
aku tak pakai la handsocks tu.
Tapi,
tersedar sebab ada sahabat tegur
;Yu, cuba angkat tangan.
Nampak juga lengan tu.

Hoho~
Agak malu di situ.
Tapi, itulah benda yang aku amal
sampai sekarang
dan minta Allah kuatkan iman
untuk kekalkan aku
menutup aurat
sampai aku mati.

Ameen.

Semoga sahabat yang tegur aku tu,
juga disapa hidayah oleh Allah.

Ameen.

Hari ini,
aku berjaya jahit tudung.
Credit to Kak Nasita untuk
benang dan jarum.

Dah lama tak buat tudung baru,
last 2 tahun lepas kot.
Hoho~
Sebab kita kan dah ada
tudung Mesir,
kotak besar,
kotak kecil
semua ada.
Hehe..
Beli je!

But then,
diri ni tetap selesa pakai
tudung yang jahit tengah
dan kena bakar kat tepi tu.
Hoho~

Setengah jam
siap jahit.
Hee..
Semangat katanya..

I am not saying that
other tudung tu tak baik,
tapi itu ialah perasaan dalam hati
yang rasa tenang je
bila pakai tudung tu.

Untuk diri sendiri,
buatlah apa yang dirasakan terbaik.
Ok bebeh?

Ini doa yang kita boleh amalkan selalu.
Sebab kadang-kadang,
ada benda yang kita rasa betul
tapi hakikatnya salah.

Bismillahirrahmanirrahim..

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ
وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

Ya Allah, tunjukkan kepada kami bahwa
yang benar itu benar dan
berikanlah rezeki kepada kami
kemampuan untuk mengikutinya
Dan tunjukkan kepada kami bahwa
yang salah itu salah, dan
berikan rezeki kepada kami
kekuatan untuk menjauhinya

Ameen.

:)

Bulan baru

Alhamdulillah.
Tsumma Alhamdulillah.

Masih bernyawa,
masih bernafas.

Teringat kata-kata Ustaz Asmadi,
masa syarah Kitab Manusia dan Islam,
di Surau Mustaqimah baru-baru ni.

Katanya
;untung Allah tak bagi bil
untuk setiap udara yang kita hembus.
Jangan sampai waktu
alat bantuan pernafasan
ada kat hidung,
baru kita sedar betapa nikmatnya
oksigen yang Allah bagi free.

Allah bagi percuma,
tanpa bayaran
apalagi hidden charge.

Hari ini,
petang tadi,
hujan turun.

Alhamdulillah.

Sempat mendengar pengisian daripada
Ustaz Farhan tentang gerabak dan destinasi.
Menghurai secara ringkas tentang
rukun yang 10.

Satu persoalan yang dilontar
;bagaimana kita yang nak bagi orang faham Islam,
tiba-tiba kita tak faham Islam?

Dan,
persoalan kedua yang pernah dilontar
dalam satu kem sebelum cuti lepas,
;ada tak dalam hati kita
niat untuk lari dari perjuangan ini
waktu kita mula-mula masuk dalam medan ini?

Allah..

Check niat semula.

Kata adik
;niat ni macam pos surat.
salah alamat, salahlah destinasi.

Niat dah betul?
Alhamdulillah..

Perhatikan pula wasilah
atau caranya.

Syarie ataupun tidak?

Sudah syarie?

Maka, tsabatlah.
Dan
ikutilah tatacara yang disusun,
untuk disiplinkan diri
sebagai khalifah dan abid
dan sebagai orang yang telah berjanji setia.

InshaAllah kita akan bertemu
dan sampai ke destinasi yang dituju.

Friday, 21 February 2014

Gernak Gernik Bersama Abah

Kenapa abah buat lawak
malam-malam ni?

Kalau abah serius
nanti kakak nangis.

Deep.
:')

Monday, 3 February 2014

Cerita Motor

Semalam, syura ohana.
Tiket bas dari Tangkak sudah dibeli.
Jam 11.30 pagi, hari ini.

Lepas Isya' semalam,
buat keputusan untuk naik motor
dengan Abah.

So, ticket burnt.

Gerak jam 7.40 pagi.
Sejam selepas itu,
sbelum sampai Ayer Keroh,
abah tanya,
nak singgah tak?

Geleng.

Tak lama selepas tu,
ambik ko!

Sakitnya tulang pinggang.
Lenguh.
Mesti abah lagi sakit.
Dengan beban lagi.

Singgah Senawang,
ramai orang.

Singgah Seremban pula.
Makan nasi ambeng
yang ummi buat.

Alhamdulillah,
kenyang!

Lepas isi minyak,
sambung perjalanan.

Terus ke TBS,
untuk hantar abah.

Alhamdulillah,
dapat tiket ke Tangkak
jam 11.30 pagi.

Hee..:)

Aku terus balik kampus,
ambil Kak Biha
merempit kali pertama
dengan My BlueBerry
ke LRT Cheras.

Dari sana,
jumpa Weyn, Raniey dan Rahah,
menuju ke LRT Hang Tuah.

Low Yatt,
-- speaker RM99, earphone RM10,
hard disk 500GB RM169, ink printer RM89.

*****

Pelajaran hari ini:
Alhamdulillah,
Allah permudahkan urusan hari ini.

Cerita istiqamah,
mantain the pace,
to achieve the success
that has been prepared for us.

Yep.
Allah dah sediakan.
Up to us,
to take it
or leave it.

:)

p.s: tegas untuk kebaikan bersama. Mohon faham.

Sunday, 19 January 2014

Week 4

Satu soalan diajukan oleh sahabat.

"Macamana ye surah-surah dalam alQuran tu disusun?
Aku teringat masa kau bagi pengisian hari tu,
kau ada sebut yang ayat terakhir yg diturunkan
dalam surah al Maidah, ayat 3.
kan itu kira tengah-tengah alQuran.
Macamana kita boleh tau surah al Fatihah tu
yang pertama?"

Well.
Tak pernah terfikir pun.

Alhamdulillah,
Allah temukan jawapan.

Surah tu disusun mengikut yg diajar oleh Jibril pd Rasulullah
masa proses talaqqi musyafahah.

Musyafahah tu belajar dgn perhati pgerakn mulut

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai
TALAQQI MUSYAFAHAH

Talaqqi
Bahasa : pertemuan secara berhadapan atau bersemuka
Istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.

Musyafahah
Bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir
Istilah : Murid menerima pengajaran dengan memerhati sebutan dan pergerakan bibir guru, kemudian menyebutnya ( yakni mengikut )

>>Dalam kaedah ini, murid yang mempelajari al-Quran
MESTI BERHADAPAN SECARA LANGSUNG dengan gurunya.
Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali
bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan
yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan
lain-lain hukum tajwid.

Firman ALLAH: Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan
supaya engkau membacakannya kepada manusia
dengan lambat dan tenang; dan
Kami menurunkannya secara beransur-ansur.?
(Al-Israk: 106)

Credit tu Kak Syaza Sailah.
:)

Thursday, 9 January 2014

Jumaat

Abah, ummi,
and the gang
sedang menikmati
Jumaat terindah.

Cutilah katakan..
Huhu~

Alhamdulillah,
dapat minum air zam-zam,
makan kurma,
hadiah daripada
geng-geng balik umrah.

Hee..
Kumpul duit.

Walaupun ini
tahun kesengsaraan rakyat Malaysia,
sengsara lagi adik-beradik kita
di Syria, Palestin, Rohingya.

Bukan kita mengiyakan
dan menerima kezaliman
yang kita terima
di sini.

Bukan!

Tapi, kita patut fikir,
mereka lebih sengsara
dan kita patutnya
lebih kuat menolong mereka
macamana kita kuat menolong
sesama kita di sini.

Dan,
menolong itu sendiri boleh
dibuat dengan pelbagai cara.
Terpulang dengan kemampuan
diri masing-masing.

Quote daripada seseorang
yang dihormati;

Sumbang; memberi dengan apa yang lebih pada kita.
Korban; memberi dengan apa yang kita ada.

Mahu menyumbang atau berkorban,
pasti kita ada pilihan di tangan masing-masing.

Surah al Kahfi jom!

:)