Wednesday, 18 May 2011

Backpacking

bismillah..
uhayyikum bitahiyyatil islami wal iman, tahiyyatun tayyibah min i'ndillah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Khalifah Institute

Hari Isnin, selepas solat maghrib di Surau Velodrom, aku, Adlin, dan Kak Insyirah menuju ke Ampang menaiki kereta yang dipandu oleh Kak Azrin. bukan ke Ampang Point, tapi ke Khalifah Institute. sebelum tu, dapat mesej dari Weyn, dan on the spot terus menyatakan kesudian (erk..!!) untuk ke sana tapi ada bayaran RM5. dengan berbekalkan hanya RM1, terpaksalah pinjam duit Weyn dulu..

Kami tiba di KI dalam pukul 8.45. Segala puji bagi Allah, jalan tak berapa sibuk. Mungkin semua orang dah ada kat rumah sebab keesokan harinya (Selasa) ialah Hari Wesak. 

Program kali ini menimbulkan rasa teruja yang lebih sebab yang bakal memberi kuliah ialah salah seorang penulis yang sangat dikagumi, terkenal dengan blog saifulislam.com, buku-buku yang ada kat aku, Secangkir Teh Pengubat Letih, Rindu Bau Pohon Tin dan Aku Terima Nikahnya iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

"SAYA MESTILAH ISLAM DARI SUDUT AKIDAH"

sangat mantop. Tak tahulah nak kata apa sebab aura yang Allah bagi kat dia memang hebat. Almaklum, lepas makan dan dalam keadaan yang agak penat seharian, menyebabkan tahap mengantuk aku meningkat. Tapi, alhamdulillah, segala puji bagi Allah, taklah aku dozing off macam dalam auditorium masa lecture. huhu~sangat membebankan kepala apabila terpaksa menahan kantuk.

KAMPUNG BARU

perancangan asal ialah untuk ke KL Sentral pada petang isnin, temankan 2 orang kawan aku ni beli tiket balik kampung. Tapi, Allah takdirkan sesuatu yang lain. Hari Selasa, kami merantau ke Kampung Baru untuk lihat sendiri kampung dalam bandar metropolitan ni.

Selepas kecewa kerana tiket ke Butterworth habis, kami bertolak ke Kampung Baru mengikut laluan Kelana Jaya. Sampai je kat LRT Kg. Baru, kami perasan bahwa tak ramai yang turun kat sini. Okay, fine..Ummi cakap berdosa jalan tak ada tujuan. Tapi, kami dah set niat masa tunggu teksi depan kampus pagi tu.(tak lambat sangat kan??) huhu~

tapi, impian untuk ke Kg. Baru ialah impian sejak Semester 1, sejak bertemu dengan senior kat sekolah dulu di Bukit Jalil. Beliau menceritakan betapa bestnya Kg Baru tu sebab makanan dia murah. Okay, makanan masuk list. tapi, memang betullah. Murah dan berpatutan. insyaAllah akan datang lagi..hehe~

destinasi kedua dan terakhir ialah Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.






sangat besar. dan aku tengok ramai juga jemaah. Kami lepak dalam masjid sementara menanti hujan reda. dan aku sempat catat jadual kuliah yang sangat packed. Hmm..bestnya jadi rakyat kampung ni..


walaupun agak terlambat, aku nak ucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada murabbi, mua'allim, mua'ddib:

ummi, ummi, ummi, abah, asatizah di PASTI As-Syakirin, Semenyih, SK dan SA Semenyih, SK Puchong BAtu 14, SAR Ath-Thaqafah Islamiyah Puchong, SK dan SA Simpang Lima Darat Bukit Gambir, SMK dan SA Bukit Gambir, SMK Tun Mamat, Kem PLKN Semarak Pekan, Baitul Qurro' Sg. Udang dan semua yang pernah menitikkan ilmu ke hamba yang faqir ini..syukran jazeelan..



p/s: selamat menduduki peperiksaan dan selamat bercuti. 

No comments: