bismillah..
uhayyikum bitahiyyatil islami wal iman, tahiyyatun tayyibah min i'ndillah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
alhamdulillah. masih diberi ruang dan peluang untuk menulis di kanvas maya ni setelah beberapa hari syeikh google tak bagi aku sign in.
hari ni hari terakhir untuk aku kay sini untuk semester ni. kalau semester 1, akulah antara manusia yg akan menapak ke terminal bas untuk balik ke Muar, tapi kali ni berbeza.

ini berikutan seminar yang insyaAllah akan dihadiri bersama beberapa sahabat lain. sekali lagi, impian sejak semester 1 iaitu untuk menjejakkan kaki ke UIA akan tercapai esok. hehe~
petang tadi, dapat berita tergempar bahawa pelajar perempuan untuk pengambilan baru 2011 adalah seramai 170 orang. perempuan sahaja!! dalam maksud lain, asrama akan padat, mampat dan sendat.
dan dalam maksud yang lain, 1 bilik 3 orang!!
ahah!! maka, mengamuklah orang-orang yang terpaksa tinggal bertiga dalam bilik yg sedia comey tu. hmm.. aku belum nampak lagi masalah besar yg akan timbul jika tinggal bertiga. mungkin dari segi ruang yg terhad tulah masalahnya.
p/s : FYI, kita boleh pilih orang-orang yang akan tinggal sebilik dgn kita.
tapi, jika lihat dari sudut yang lain, ada juga baiknya.
masa nilah kita akan lebih rasa bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kawan-kawan sebilik.
jika betul caranya, ukhuwah akan lebih mantap dan erat. idea-idea yg bernas boleh muncul dan eventually, boleh jadi bahan rujukan untuk masa hadapan..(faham2 je la...-.-)
sifat sabar juga boleh dibentuk. ingat senang ke kita nak berkongsi barang dengan orang lain, apa lagi makanan. teringat ada seorang sahabat ni, menceritakan betapa kedekutnya dia dengan makanan sampai sanggup tunggu tengah malam untuk habiskan stok makanan dia, demi tak nak berkongsi dengan kawan-kawan lain.
tapi, bila dah lama berkawan, dah fajam erti bersahabat, berkongsi ialah perkara paling best yang kita boleh buat. SHARING IS CARING, CARING IS LOVING..kan??
JANGAN bandingkan keadaan dan posisi kita dengan orang yang tinggal kat luar. tanah yang berbeza akan membuahkan hasil yang berbeza, baja dan kawalan serangganya juga berbeza.. macam tu juga kita.
orang yang tinggal kat luar tu, ada juga masalahnya, tapi dengan masalah yang berbeza dengan kita. kita pula, masalah yang berbeza dengan mereka. aku tak tahu la pula apa masalah yang timbul bila tinggal kat luar, tapi, bila mendengar daripada senior-senior, fuhh~~ memang perang dingin la..
walauapapun.. setiap masalah ada penyelesaian. dan kita kena hadapi masalah tu. kita tak boleh nak halang angin kencang daripada merosakkan kapal layar kita, tapi kita boleh 'adjust' layar kita untuk hadapi angin kencang tu..hehe~adaptasi dari English proverb..
ok..dah pukul 11.24. kena tidur..esok nak gerak awal..(huk2..)
ilalliqo'.
No comments:
Post a Comment