Thursday, 14 July 2011

WANGI : Weekend of Gegar Iman [prologue]

kali ni post dalam bahasa melayu.

sebelum cuti semester, aku dah diberitahu oleh penolong pengarah program, ameen azizi tentang tanggungjawab aku sebagai amirah bagi fasilitator muslimat. masyaAllah, terasa berat amanah yang dipikul.

banyak juga kerja yang perlu dibuat.

1. rancang dan susun modul untuk beberapa latihan dalam kumpulan selepas sahaja kuliah dasar
2. modul untuk explorace pada malam terakhir
3. borang maklum balas yang akan diedar pada akhir program (yg ni pengarah berjasa telah menawarkan diri untuk buat.yeah!!)

dan yang paling payah bagi aku rasanya ialah memberi kefahaman kepada para fasi dalam melaksanakan semua kerja. dengan izin Allah, semua akan berjalan lancar.

9 Julai 2011 : EXPERIMENT

sekarang di rumah maimunah_39..tolong makan, tolong tengok tv. melaksanakan upacara pemBERSIHan jiwa kejap. nak test modul sebenarnya. [usha usrah luar kampus sekali]

13 Julai 2011 : PRESENTATION

pembentangan modul bersama fasi2..fuhh..berpeluh2 aku nak menerangkan modul tu. biasalah..masing-masing mengeluarkan pendapat dan hujah-hujah dalam menghadapi kemungkinan para peserta yang akan bertanya dan membuat perkara yang di luar kotak pemikiran kita.

tapi, secara keseluruhannya, sangat-sangat seronok. banyak ilmu aku dapat malam tu. jangan lihat pada siapa yang bercakap, tapi lihat apa yang dicakapkannya..dan lihat dengan mata hati.

semua orang buat silap. kita tak tahu, andai kita nanti diberi ruang dan peluang, adakah kita akan melakukan kesalahan yang sama dengan dia. hentikan menuding salah kepada orang lain. padahal, kitalah yang patut rasa bersalah kerana tak ada langsung usaha yang menegur sahabat kita tu. [takkan selama-lamanya nak benci dalam hati je..bila nak upgrade iman ni??]

syukran kak raudhah sebab bagi kata-kata semangat..huhu~

14 Julai 2011 : THE LAST TIME

meeting terakhir sebelum kem pada hari jumaat.

fuhhh!!!

rabbi yassir wala tua'ssir..

[add. info : tak ada air!!!]

2 comments:

Anonymous said...

dia nih! tiap2 mggu ad prog. huh! jeles betuii.. ni nk dkt ramadhan sure prog lg gmpak2.. ni yg trasa mcm nk pndh IPG akk nih. hahaha
[suke suki je~] :P

-galaxy

بنت كمال said...

muahaha~

cam kat uia tu xde program je..org tu je..nak or x nak je choice yg ada..=)