Wednesday, 24 August 2011

24 Ramadhan

24 hari telah berlalu.

Ramadhan semakin meninggalkan kita. Muslimah sekalian. Aku kira pastinya ada antara kita yang di'cuti'kan daripada ibadah berpuasa dan ibadah khusus tertentu.

"Ngaa...Al Quran tak khatam lagi!!"

"Tak dapat la nak isi malam-malam terakhir ni"

"Macamana nak dapat Lailatul Qadar kalau Allah bagi cuti ni?"

dan beberapa rungutan lain.

hehe~rilek2..lepak chill la sis..

banyak benda kita boleh buat sebenarnya. bukan ke semua perkara harus adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah. (ada beberapa syarat lagi sebenarnya..cari sendiri deh)

1. menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa.
2. berzikir
3. tadabbur al Quran
4. membaca buku-buku fikrah (apa-apa pun boleh asalkan otak tu berkembang)

zaman sekolah dulu, masa masih muda, kawan-kawan ada yang makan sorok-sorok dalam bilik study. tapi, orang lain yang puasa tahu yang ada orang yang tak boleh puasa duduk dalam tu. adeh~

ustaz kata, HARAM makan walaupun tak boleh puasa. ngaa~~

satu ayat yang aku ingat dalam buku teks PQS Tingkatan 4 kalau tak silap, makan di waktu siang bulan ramadhan tersenarai dalam perbuatan mempersenda agama. huh~bahaya2..

so, macamana tu?

takkan tak boleh makan walaupun boleh makan?

INI TAK ADIL!!!

pandai-pandai la sorok wei. apa barang makan depan orang puasa. kau tengok adik kau makan nestum depan mata pun boleh terliur apa lagi nasi beriyani gam siap air cincau ais kan? (ok, too exaggerated ek?)

walaupun orang yang puasa tu cakap, "takpe. aku tak kisah pun..".. JANGAN...

seharusnya perlu ada rasa cemburu terhadap orang-orang yang Allah izinkan untuk mereka buat ibadah khusus tu. cuba bayangkan. andaikan Allah perintahkan semua orang termasuklah yang period ni buat juga ibadah2 tu. penat kan? (ok, soalan ni tak relevan untuk dijawab oleh para pria di luar sana)

faham-faham sendirilah ye..

Allah dan taqdirkan kehidupan masing-masing dengan perancanganNya yang tersendiri. Kita rancanglah sehabis mungkin, serahkan pada Allah sejak awal kita merancang, hasilnya biar Dia yan tentukan.

Ibadah? buatlah sehabis baik. Pahala? Ganjaran? Biarlah Dia yang tentukan.

Ok, muslimahku sekalian?

Jangan sedih-sedih, ya..

p/s: 2 hari lagi nak balik. ngaa~

p/s 2: chad..bittaufiq wannajah fil imtihan. InshaAllah, doaku sentiasa mengiringimu=)