Friday, 12 August 2011

Backpacking : Toronto

lokasi : rahsia
masa : Subuh

semalam, lepas sibuk menjual kurma, aku cepat-cepat tahan teksi untuk ke TBS, menunggu Liya yang dalam perjalanan dari IPIS. kami jumpa di tempat kaunter tiket KTM dalam pukul 4, ingatkan sempat untuk sampai ke pudu untuk beli tiket bas pukul 4.30, tapi tak dapat.

alhamdulillah~lepas merayau-rayau kat kaunter tiket tu, dapat bas pukul 6. tapi ke IPOH. okay, ni kali pertama backpacking ke luar negeri. jadi, macam kelam kabut sikit. ha.. kami perasaan ada juga seorang manusia ni, cam kami jugak. terpinga-pinga cari tiket..hehe~

berbekalkan kueh teaw goreng dan air carrot susu, kami pun menredah lautan manusia dan turun ke platform 21 untuk naik bas.

nak dijadikan cerita, orang yang dok terpinga-pinga tadi pon naik bas dengan kami juga.

dan, bermulalah perjalanan musafir kami merentasi benua..(adeh..too exaggerated ha?)

pukul 9, kami sampai. Cik Aina dah tunggu kami. terima kasih kepada kak Zu [if i am not mistaken] sebab sanggup ambil kami dari Medan Gopeng ke UTP.

okay.

10 malam, kami sampai ke Dewan Canselor. MasyaAllah. sangat99 cantik!!

hish..susah nak digambarkan dengan kata-kata. speechless je bila tengok bangunan macam tu.


dari luar dewan, kami dah dengar lagu Damai by Nowseeheart. wah, rasa tak sabar!!

tapi apakan daya. Allah tak izinkan kami tengok nowseeheart buat show. tapi, alhamdulillah dapat bersama dengan kumpulan almawlid. sebenarnya aku tak pernah dengar nama kumpulan ni, tapi bila tengok ahli kumpulannya.mashaAllah..rupa-rupanya ahli kumpulan VE dan Ruffedge. [aku tak ingat nama-nama mereka, cuma kenal Lah VE je]

habis konsert, kami serbu booth2 kat situ. button badge = RM 1.




Beauty lies in the eyes of the beholder.

ha! kami jumpa lagi budak tadi tu..rupa-rupanya dia pun join konsert tu. lawak pulak! masing-masing terpinga-pinga dan terkejut. adeh...

dan semakin terkejut bila bangun pagi. sebab terjumpa senior maktab. adeh!! satu rumah rupanya..
alkisah, beliau praktikum kat situ-situ je. FYI, dia datang pun atas jemputan kawan dia, set2 SERATAS. hehe~

Aina..

ok. nak cerita pasal yang tukang ajak ni. Aku kenal dia masa Form 4, masa baru pindah sekolah baru. Ditaqdirkan bersama cuma 2 atau 3 bulan sebab lepas tu, dia pergi MRSM. Selalu jugak gosip-gosip kat bilik study bila prep dah habis.

Aku jumpa dia balik kat FB [macam biasa la kan]

Yang nyata, penampilan dah berubah. Siapa sangka kat tempat elit macam tu boleh ada manusia yang berubah sampai tahap macam tu. Kawan-kawan pun terkejut. tapi, masing-masing rasa macam "eee..bestnya jadi macam aina". Yep..semua manusia memang fitrahnya nakkan kebaikan. cuma, bila nafsu dah sebati sangat dengan diri ni, jadi perubahan tu susah nak dibuat.

sebab tulah, perjuangan tu pahit. kan?

dan sebab tulah, kadang-kadang kita tengok, saudara-saudara kita yang baru peluk Islam lebih teguh pengamalan agamanya berbanding dengan kita yang hanya mewarisi agama ni dari abah dan ummi.

dan... sebab tulah, BERSYUKUR tu lagi payah daripada BERSABAR..

ingat lagi kisah seorang hamba Allah yang berdoa di hadapan Kaabah : Ya Allah, jadikanlah aku orang-orang yang sedikit.

Sahabat Rasulullah SAW yang terdengar menegur hamba Allah tu. Apa dia jawab?

Sebab dalam AlQuran, Allah kata orang yang yang sedikit tu ialah orang-orang yang bersyukur.

"Katakanlah, "Dia-lah yang mencipta kan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (akal)". Tetapi amat sedikit kamu bersyukur.” (Al Quran 67:23)

See??

Sham Kamikaze, Iwan [yang nyanyi lagu dangdut tu], Catriona Ross, Irma Hasmie adalah antara nama-nama manusia yang datang dari dunia hiburan yang sudah berhijrah. [ni based on penampilan dan kenyataan mereka di blog-blog]

dan juga..



Ni gambar yang paling mengeraskan  mencairkan budak berdua tu..adeh!!




Al Mawlid..lagu diorang sangat best..Belaian Jiwa yang dulunya aku sangat meyampah tetiba jadi  lagu tema bilik ni..apakah??

hmm..untunglah....

p/s: maimunah_39.. Kita bila lagi??? =)

4 comments:

بنت كمال said...

ohhoo..inshaAllah chad..usaha,study sungguh2..sangat2 rindu nk jumpa hg, chad..=)

NORLIYANA BINTI YAACOB said...

bila pulak nama aku liya nih??? haiyaaaa... ape2 pun mmg bestttt ar!! hehe

NORLIYANA BINTI YAACOB said...

This comment has been removed by the author.

uskutsilence said...

@ana:

hehe~sedap apa nma liya tu. kan lembut sikit..lin=kelembutan kan?

ana..jom kte gi lagi~