memang tajuk novel pun. kawan-kawan aku dok sok sek sok sek, menangis baca novel ni..huhu~lawak la.
semester ni, adalah semester ketiga, dan kemungkinan akan berpindah keluar pada pertengahan tahun hadapan bagi memberi laluan kepada adik-adik untuk mentadbir jemaah dan asrama. yep, lebih senang kalau duduk dalam asrama. lagipun, kami akan mula menjalankan tugas di sekolah-sekolah. (wah..seronok dengar cerita akak-akak yang dah masuk sekolah)
kebiasaannya sahabiah akan sibuk mencari ahli rumah dan rumah pada akhir semester pertama. kadang-kadang sampai boleh jadi perang dingin kalau salah caranya. dan menjadi serba salah bila non Muslim menawarkan dirinya untuk tinggal serumah, bimbang bab aurat dan segala macam kemungkinan yang tak terduga.
Justeru, di sini, aku nak memberi cadangan untuk sahabiah khususnya yang ingin
p/s: perkara ini lebih senang diuruskan kalau semua mempunyai fikrah yang sama.
kebiasannya rumah yang aku pernah pergi setakat yang student kita mampu sewa mempunyai 2 atau 3 bilik. kalau yang 2 bilik tu, ada 4 orang penduduk. kalau 3 bilik tu ada 9 penduduk.
untuk yang 3 bilik tu, apakata kalau kita pisahkan bilik mengikut fungsi, bukan mengikut bilangan penduduk. contoh:
CADANGAN 1
bilik paling besar : bilik tidur (agak-agak 9 orang muat tak?)
bilik kedua : ruang solat + ruang halaqah + almari pakaian
bilik ketiga : ruang study + fail-fail + almari buku
CADANGAN 2
bilik paling besar dan bilik ketiga sebagai bilik tidur. yang kedua kekalkan fungsinya.
untuk rumah yang ada 2 bilik, rasanya sesuai ikut cadangan kedua. lagipun 4 orang tu muat sebenarnya.
dan manfaatkan ruang tamu seoptimum mungkin. tv rasanya tak perlu, cukuplah internet. news pun ada kat internet. jadi, ruang letak tv tu boleh diisi dengan almari atau kotak-kotak fail. taklah bilik kedua tu sempit sangat, ye dok?
kepentingan bilik kedua: NADI rumah tersebut.
solat jemaah pun senang, nak wat sharing2 sambil nangis2 pun senang, nak wat lompat bintang pun senang. hehe~yang penting, ini yang akan membuatkan seisi rumah menjadi kuat dan saling menguatkan. dan untuk mengukuhkan ukhuwah sesama ahlul bait.
andai ini takdirnya, alangkah bahagianya..hehe~
(ok. macam dah terlebih berangan je nih)
apa-apa pun ini cuma cadangan. untuk yang nak serumah
No comments:
Post a Comment