1. kalau kena kelas jauh kat hujung dunia motor adalah kenderaan paling praktikal untuk digunakan. ummi cerita, masa beliau di UPM dulu, bangunan makmal sangaaaaaaaaaat jauh daripada rumah sewa beliau. lepas tu, kalau masa exam, bangunan peperiksaan lain-lain. hang larat ke nak berjalan kaki?
2. ha..senang nak cari makanan. almaklum, kami di sini tak boleh memasak dalam asrama. jadi, kena juga keluar cari sebutir nasi. kalau kena masa naik raya macam sekarang ni, kedai makan kebanyakannya ambik cuti lebih. kena pulak dengan perut yang tak ngam dengan roti keping atau biskut-biskut kering, memang la payah nak hidup. (student zaman skrg memang demand!!)
haish...
situasi kehidupan seseorang dengan seseorang yang lain adalah berbeza. kalau setakat 10 minit berjalan kaki, meredah padang tu rasanya tak ada masalah. kelas pun bukannya banyak. dalam bangunan yang sama juga. kan? kan?
lagipun bila lagi nak exercise? kelas packed dari isnin sampai jumaat. (tak ada beza pun dengan sekolah..hehe~) sabtu ahad busy
tiba-tiba teringat cerita Ketika cinta bertasbih, masa furqan kena aniaya tu. bila dia mengadu dengan orang-yang-aku-tak-ingat-nama tu, orang tu kata (lebih kurang macam nilah ayatnya): kamu terlalu bermewah. masakan utuk membuat tesis sahaja perlu duduk kat hotel.
betullah tu. imam ghazali belajar sampai tak cukup kertas beliau nak menulis. kita ada kertas wat tulis surat layang la, wat layang-layang la..adeh~
abah : belajar masa susah lebih baik.
pasal cari makanan tu, hehe~bajet la tak boleh hidup kalau tak makan nasi. teringat kata-kata KB aku, kalau nak berubah, jangan makan.
huk2.
jangan makan?
puasa la der...
perut tu tempat segala nafsu kita membiak selain daripada bakteria dan cacing-cacing pita yang hidup kerana tak basuh tangan sebelum makan. Rasulullah SAW dah ajar dah. kita yang tak nak ikut. haiya~tu yang boleh sampai 3kg cacing hidup dalam perut. huk3..tak percaya? tengok kat sini.
okay.
ni yang last.
kelebihan memiliki motor lebih-lebih lagi kat KL ni.
sangat senang nak bergerak untuk pergi ke kuliah-kuliah, tempat-tempat pengajian, melakukan aktiviti pencarian 1000 mutiara ilmu dari masjid-masjid, madrasah-madrasah sekitar KL dan Selangor. boleh rujuk di sini.
ummi kata: dah duduk kat kl tu, carilah kelas-kelas agama, lgpun hang bukannya ambik course agama pun kat KL tu.
DARJAH KHAS
huk2. tapi, sebenarnya anak-anak yang tinggal di Johor ni, wajib pergi sekolah agama dan belajar sampai Darjah Khas. masa aku dulu, dalam satu kelas, ada je budak-budak yang tua 2,3 tahun daripada aku. masa aku darjah khas, umur aku baru 13 tahun. sangat tak matang dan tersangat muda sebab masa tu belajar semata-mata nak dapat pangkat satu sahaja.
alhamdulillah, dapat. tapi benda tu hilang macam tu je. macam tak ada penghayatan langsung. tauhid, akhlaq dan tasawuf, sirah, munakahat, muamalat, jinayah, faraid, bahasa arab..fuhh..ada lagi tapi tak ingat dan masa exam, ada beberapa ustaz/ah yang ambik juga.
p/s: ni kira proposal nak bagi kat abah untuk dapatkan sebiji motor. hehe~
p/s 2: apakan daya. LC yang seharusnya menjadi milikku sudahpun berpindah milik. redha..redha..sob3..
p/s 3: belajar biar susah..
No comments:
Post a Comment