Tuesday, 29 November 2011

Yang Sedikit

Hujan.
Cuti masih berbaki.
Banyak perkara belum diselesaikan.
Huh!

2 tahun lepas,
Pada tarikh ini,
Kita masih demam SPM.
12 subjek kena dikhatamkan dalam masa 2 bulan.

11 tahun persekolahan,
Semuanya 'dipertaruhkan' dalam masa tak lebih 3 jam.
(Purata satu subjek, 2 kertas)
Dan keputusan yang keluar pada tahun berikutnya,
Akan menentukan di mana letak duduknya kita.
Di universitikah? Matriks? IB? Kolej?
Maktab? Obesi?
Atau di rumah?

Tak keterlaluan rasanya,
Kalau nak dikatakan bahawa keputusan SPM,
ialah perkara paling penting bagi rakyat Malaysia
yang tinggal dan hidup di Malaysia.

Selepas peperiksaan percubaan,
Terdetik di hati.
Persoalan yang sama, adakah aku hamba exam?

Ada seorang kawan,
Yang aku kenal di PLKN,
dan aku ikuti blognya.

Dia SANGAT, SANGAT benci dan menyampah dengan orang yang:
tanya pasal result dia sebab macam tanya dia buat apa dalam tandas. (what lah~~)
down bila result tak seperti yang diidamkan.

Ooo..satu quote dia:
kat mana syukur kau tu aku tak nampak.

Sarcastic i should say, ha?

Syukur..
Syukur..
Syukur..

(macam lagu raihan pulak dah..)

Aku tak tahu bila keputusan peperiksaan akhir akan keluar,
Yang pasti,
Segala usaha inshaAllah telah dan sedang dibuat (doa).

InshaAllah, we will make it to degree.
Walaupun ada budak cohort yang kononnya sedang study,
preparation for referral, they said.
(masing-masing berserah memandangkan soalan susah gila kentang,
dan kemungkinan untuk ambil referral SANGAT tinggi)

Huhu~

*****

Bila sekolah kat kampung,
Cikgu pula sekampung,
Jalan-jalan, tak jumpa orangnya,
jumpa rumahnya.
Huhu~

Apa-apa pun,
cikgu memang penting.
Mua'llim, murabbi, muaddib.

Dalam satu kelas Prinsip Perakaunan,
Cikgu Haslina ada sebut,
pasal amanah.
"Allah nampak."

Yep, macam kisah Saidina Umar RA,
dengan anak muda.
Saidina Umar RA nak beli kambing gembalaannya,
tapi dia menolak sebab kambing tu bukan dia punya.
Tapi, dengan menggunakan alasan bahawa yang empunya kambing tu,
tak ada kat situ dan anak muda tu boleh guna apa sahaja alasan,
untuk 'menghilangkan' jejak kambing tu,
anak muda tu kata apa?
"Allah Maha Melihat."

Nak kaya, boleh je.

Tapi jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Tunjukkan kita di mana saja.

Aku Kaya, puisi Dr. Maza.

Teringat alasan yang diberikan semasa 'mengada-ngada'
nak tambah subjek Prinsip Perakaunan ni:

Nak jadi menteri kewangan dalam keluarga.


InshaAllah..


p/s: Competency and integrity.


*****


Ya Allah.
Jadikanlah aku dari golongan yang sedikit.

And few of My servants are grateful. (Al Quran 34:13)

p/s 2: biskawiit laziiz. tak dapat hang rasa nasi ambeng. next time eh..

2 comments:

biskawiit laziiz.. said...

owh..tak pe!..t ko dtg uma ak.leh wat sesame..ecewahhh..

uskutsilence said...

haha~
aku tolong je..
ko kena jadi master chef nye..
baru jadi..hehe..