Lewat juga hari ni, tapi sempat ikut imam.
Hehe~tak ada orang menangis hari ni.
Cuma, orang tu dah mula garang.
Haha!!
Pelik sungguh rasanya.
Yelah, kawan-kawan.
Dah biasa bergurau, serius pun adalah juga.
Itupun kadang-kadang.
Tapi, bila cikgu strawberry keluarkan suaranya yang sangat kuat,
tak tahan nak ketawa.
Adoi~
Cikgu samseng.
Cikgu rock.
Entah apa-apa lagi la gelaran.
Oh, hari ini hari Khamis.
Digalakkan pakai baju batik.
Kalau pergi kuliah pakai baju biasa sudah la.
Sebab baju batik yang di
Tapi hari ini, rajin sikit. Hehe~
Relief kelas darjah 6.
Taklah payah sangat.
Dah besar, kan?
Buat sifir siput la.
Kelopak jantung la.
Macam-macam.
Baru habis 'exam', kan..
Memang sakit perut la tergelak-gelak
bila cik strawberry bagi arahan dan budak-budak ikut.
Bila nak keluar dari kelas, ketua pun bagi arahan.
"Terima kasih, cikgu-cikgu."
Dalam ramai-ramai yang ikut tu,
tiba-tiba ada seorang cakap:
"Terima kasih cikgu siput."
Hahaha~sambung gelak sampai bilik guru.
Haish!!
p/s: tahu-tahu je nama siput tu -.-"
*****
Jumaat.
Kami sampai masjid dalam pukul 6.30.
Lewat, kan?
Huhu~imam tengah baca ayat-ayat terakhir surah Sajadah.
Sempat la ikut rakaat kedua.
Alhamdulillah~
Pagi-pagi lagi dah pergi jumpa guru besar.
Minta tandatangan untuk borang kehadiran dan sahsiah.
Sempat lagi dengar cerita.
Pengalaman beliau bercinta zaman awal-awal mengajar dulu.
Sangat sempoi. Haha!!
GB memang 'cool' sebab pandai masak.
Ngeh3.
Lepas bacaan yasin di dewan,
kena relief kelas darjah 1.
Lepas tu, jamuan.
Meraikan seorang cikgu yang akan tunaikan umrah.
Hari terakhir kami bertujuh.
2 senior praktikum yang dah sebulan kat situ.
Sedih.
Tak nak masuk kelas.
Menyorok kat surau.
"Cikgu!!"
Erk..
"Mana awak tau cikgu kat sini?"
"Saya nampak cikgu masuk tadi."
"Ooo.. skodeng ye.." (Cik Keila)
"Ha, jom ambil gambar. ^^"
Actually, I was speechless.
Huhu~
24 April ada Hari Kantin.
InshaAllah cikgu datang.
Belajar rajin-rajin, jangan tinggal solat..:') |
Kenapa diorang macam tu? Sebab kurang kasih sayang. Cuba tanya guru kelas, macamana latarbelakang keluarga dia. Sebab tu dia manja dengan cikgu dia.
Huk3.
p/s: SBE memang best. Lebih best lagi dengan 'assignment' yang kena dihantar hari Isnin, sebelum bertolak ke Perak untuk BIG. Alhamdulillah~kesibukan dalam hidup menuntut ilmu, inshaAllah akan jadikan diri lebih baik. Tutup segala ruang dan peluang untuk buat kerja lagha.
3 comments:
hahah.. best2.. alhamdulillah.. (= cigu oh cikgu!!
untunglaa~
@mujahidah 1413:
hehe..
ada hikmahnya aku tak pbs kat tempat aku..huk3.
@anon:
haih~
kedengaran jealous di situ.
haha!!
Post a Comment