Hari ni lewat sikit.
Sampai masjid dalam pukul 6.15.
Berlaku peristiwa menyentap perasaan di masjid.
Sampai menangis dibuatnya.
Bukan aku la yang pasti.
Hehe~
para otai sedang menunggu teksi yang tak kunjung tiba |
Perhimpunan pagi - baca asmaul husna |
Adeh. Terkejut den.
Tengah syok makan donut berlapik chocolate rice,
tiba-tiba ada suara, betul-betul tepi telinga ni.
Untunglah tak berapa kuat.
Dan alhamdulillah jantung ni masih teguh.
"Cikgu nak beraya rumah dia ke?"
Erk.
"Kenapa pula?"
"Yelah. Cikgu tanya rumah dia kat mana."
"Hehe~tengoklah nanti."
Okay. Teringin rasanya nak tengok keluarga dia.
Ayah sakit buah pinggang. Tiap-tiap minggu pergi dialysis.
Mak jual nasi lemak.
Kadang-kadang je pergi sekolah agama.
"Ustazah, ustazah.."
"Aih? Sapa ustazah? Saya bukan ustazah la.."
"Eh, ye ke? Cikgu macam ustazah saya la."
Haha~jauh sangat tu nak jadi ustazah.
Huk3.
Tapi, Alhamdulillah.
Tengahari semalam, kami berkongsi cerita tentang syurga.
Neraka.
Solat.
Ha!! Ramai antara mereka ni keturunan India Muslim.
Sangat fasih berbahasa Tamil.
Salute~
Tapi, ada je yang masih tak faham.
India=Hindu.
Cina=Buddha/Kristian
Melayu=Islam
Padahal, Islam itu milik semua.
Tak kisahlah bangsa apa pun, warna apa pun.
Macamana ye nak bagi mereka faham?
*****
Pagi-pagi lagi dah tanya maksud nama masing-masing.
Lepas ni, rasa nak bawa kamus bahasa Arab pula.
Tapi, rasa sejuk je hati pandang mereka ni.
Nakal. Biasalah, budak lelaki.
Bila temuramah cikgu, dapat banyak nasihat.
Antaranya,
IKHLAS.
"Awak mengajar tak ikhlas, anak-anak murid takkan dapat apa yang awak ajar."
Huk3.
*****
Darjah 1 dan 2 memang sangat mendengar kata.
Bila mula Darjah 3, dah mula tunjuk belang.
Pengawas ada, tapi macam tak ada.
Darjah 6, rasa diri dah besar.
Hmm..agaknya aku pun macam tu juga dulu.
"Tapi kalau perempuan lain sikit. Diorang rajin. Yang laki ni malas sikit. Tapi masa periksa diorang boleh jawab." - Ustazah Siti Aisyah
Erk. Betul juga tu.
Walaupun kawan lelaki masa sekolah menengah taklah ramai mana,
tapi kebanyakannya macam tu. Eh, rasanya semua kot.
Alahai. 4 orang je pun dalam kelas tu.
1 dr-to-be, 1 lawyer-to-be, 1 ustaz-to-be dan lagi 1 aku tak pasti kat mana dia belajar sekarang. Huhu~
*****
"Solat zohor tau nanti!"
"Baik, cikgu." Mengangguk.
Tersengih je dapat hadiah daripada cikgu.
Macamana ni?
Tinggal dua hari je lagi.
Huhu~
p/s: Chad..pe cer?? Sila la mesej aku..:)
4 comments:
ok,, aq mesej ko (=
@mjahidah1413h:
mabruk alayk..:)
semoga dpermudah urusan seterusnya..
waaaa..rindu nak jadi cikgu lagi..huhu..best la akak! (^-^)
@fatin nuradilah:
Hehe~lepas habis exam ni, buatlah tuisyen kat rumah.
:)
Post a Comment