Monday, 10 September 2012

Rabbi Zidni 'Ilma, Warzuqni Fahma

Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu,
dan kurniakanlah kefahaman.

*****

Orang beriman ni luar biasa.
^^

Membedah buku Al Mutasaqitun - Golongan yang tercicir,
Murabbi memulakan "pembedahan" di bahagian pengantar.
"Kita akan bedah, dari kulit ke kulit."
Satu mukasurat dibedah dalam masa lebih kurang satu setengah jam.

Antara point penting yang dikupas:

Ilmu sedikit, tapi kefahaman yang banyak dan mantap,
lebih utama daripada -
ilmu banyak, tapi satu hapak pun tak faham.

Muhasabah diri.
Banyak yang kita belajar.
Banyak A kita kumpul.
Tapi, semua tu macam debu diterbangkan angin.
Tak ada yang tinggal.

Sebab, A tulah matlamat utama kita.
Sedangkan, A tu adalah tool  bagi kita, untuk capai mardhatillah
- Kak Farahin Z (edited)

Dengan assignment yang kebanyakannya dah dihantar,
kita cuba tanya diri sendiri.

Apa yang kita nak capai sebenarnya
lepas buat semua assignment ni?
Plus, project - interview - presentation - SBE.

Kalau setakat nak lulus,
orang yang reti menipu pun boleh lulus.
Kalau nak A,
perlu ada pengalaman pengsan beberapa di library la kot.
Gara-gara tak cukup makan dan tidur - study memanjang
(okay, ini tipu.)


Proses tu,
bagi aku, mematangkan fikiran.
Di sini, kita ditarbiyah,
dalam kepayahan berassignment,
ada liqo' yang perlu dihadiri,
ada banyak aral melintang menegak

datang dari semua arah kiri dan kanan.

Dan, bagi aku,
kefahaman tentang "aku sedang ditarbiyah oleh Allah" ini,
takkan datang
kalau kita tak datang liqo' fikri,
usrah, sharing or whatever name people give,
dan menghadamnya dengan penuh keyakinan.

Tak hairanlah "faham" menjadi rukun yang pertama,
dalam mengikat janji setia.

Semoga aku, kau dan mereka,
menjadi orang yang faham.

:)