Sunday, 25 August 2013

Minggu Penuh Kejutan

240813

Kerana kita
memandang jawatan yang diberi
sebagai amanah (taklif)
bukan kemuliaan (tasyrif)

Kerana kita
mengimani bahawa
Allah takkan membebani kita
sesuatu yang tak tertanggung

Kerana kita
menyedari bahawa kita ini fakir,
maka kita perlukan Dia.


لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Wednesday, 21 August 2013

Secret of Success

Rahsia Kejayaan
By: Imam Juwainy 
[wafat on 1074H, 
master of Imam Ghazali rahimahullah]

1. Akal geliga (zakaun) (equipped mind)
- jangan bazirkan/rosakkan
- uncontrolled

2. Bersungguh-sungguh (hirsun) (zeel)
- nama yg diberikan kepada sesuatu akan kembali kepada makna hakikat perkara itu
- orang yang tak amal ilmu : orang yang biadab (be-adab)
- malays (malaise)

3. Fakir (iftikarun)
- fakir ilmu, hal kita sebagai insan
- manusia, selalu buat salah dan lupa
- ilmu bukan hanya kuasa, tapi ilmu adalah tanggungjawab

4. Keluar kampung (ghurbatun/foreign land)
- bulghah (sampai)
- out of comfort zone
- 2 perkara baru: pengalaman dan berdikari (istiqlal)

5. instruction from mursyid (sohbatul ustazin/talqinul ustazin/irsyadul ustazin)
-tutorial/talaqqi

6. umur yg panjang (tulu zamani)
- sama dengan nombor 1
- uncontrolled

---
Nota ringkas daripada:
Diskusi Intelektual Islam: Pembentangan Kertas Kerja III
Bersempena 
Perayaan 100 Tahun Penubuhan Majlis Agama Islam Kelantan.
Presented by: Ustaz Afifi Akiti

Khulasah :

"indeed, there are certain things that we can't control,
that is why we have to seek Allah's help
and taufeeq to be zeel,
to feel fakir,
to be ghuraba' and
to get instruction from mursyid."

Keenam-enam rahsia ini 
dikongsi oleh sarjana Barat beberapa kurun selepas itu.
Aku tak berapa familiar dengan nama Inggeris,
jadi kalau nak tahu, 
kena dengar sendiri daripada Ustaz Afifi,
atau klik link di atas

---





Could we..?

Bolehkah kita katakan hubungan seseorang
dengan agamanya
adalah baik jika kita melihat
isteri dan anak-anak perempuannya
memakai hijab?

Pengalaman kontemporari sains membuktikan bahawa
petanda luaran tidak sesuai untuk
mengukur hubungan antara seseorang dengan agama
secara tepat.

Malah,
ramai orang yang tidak patuh sepenuhnya
kepada undang-undang Syariah
tetapi
mereka mempunyai nilai etika yang tinggi
yang dapat menghalang mereka daripada
curang, menipu atau mencuri.

Tidak dapat dinafikan bahawa mereka bersalah
kerana tidak patuh sepenuhnya kepada
undang-undang syariah
dan mereka tetap manusia yang beretika.

Jadi, kita tidak boleh
menghukum seseorang
hanya berdasarkan luaran dan penampilan.

Rasulullah SAW bersabda:
"Allah tidak melihat tubuh badan kamu
atau rupa paras kamu, tetapi
pada hati kamu."
(Muslim, bahagian 4, hadith nombor 2564).

Untuk isu hijab,
hijab ialah kewajipan kepada perempuan Islam
yang telah dipersetujui
berdasarkan al Quran dan tradisi kenabian.
Ia tidak menjadi khilaf langsung antara para ulama'
sepanjang zaman.

Saripati utama agama ialah
untuk menjadikan seseorang ikhlas,
jujur, berpegang kepada prinsip
dan mampu menunaikan janji.

Tujuan utama agama ialah
supaya manusia dapat menyucikan dirinya sendiri,
membangunkan dunia ini,
dan bekerja demi kebaikan orang lain.

Allah SWT berfirman:
"Dan berbuatlah kebaikan,
kamu akan berjaya"
(22:7)

Syeikh Ali Jumuah.
Mufti Mesir.
2013.

Diterjemah secara bebas dari artikel "Could we judge the good relationship of the person to religion if we saw his wife or daughters wearing hijab?

Tuesday, 20 August 2013

2 > 8

Yang kita dengar,
macam-macam.

Yang buruk ada,
yang baik pun ada,
tapi sangat sikit.

Biasalah.
Dengar cakap-cakap orang.
Daripada 10 yang dikata,
mungkin hanya 2 sahaja yang betul.

Yang lain?

*****
Mode terharu
sebab dapat contoh RPH
yang awesome gila!
Huhu~

Say what?
Alhamdulillah.
:)

Monday, 19 August 2013

Pasca Ramadan

Bismillah.

Maaf sangat-sangat.
Lama dah tak update blog.
Masa lebih banyak ditumpukan 
pada pembacaan.

Kali ini,
keberadaan di rumah lebih lama,
hari semalam sepatutnya hari terakhir bercuti
dan hari ini sepatutnya
hari pertama kuliah.

Tapi, ditakdirkan untuk
memulakan PBS terakhir
di sini - sekolah abah.

Terasa sangat berbeza.
Sekolah bandar vs kampung.
Ramah cikgunya,
suasana hijaunya,
nyaman anginnya.

Bayangkan,
terasa panas mencecah kepala
hanya pabila terdengar azan zohor
dari masjid sana.

Rahmat duduk di kampung,
begitulah.

Yang pasti,
Ramadan tahun ini,
sangat berbeza.




Saturday, 3 August 2013

Recharging

Alhamdulillah.
Tsumma alhamdulillah.

Semalam abah ambil di kampus.
Berbuka di Masjid Tunku Jaafar
dan jamak maghrib dan isyak di sana.


Abah tanya:
Kalau kita jamak taqdim maghrib dan isyak,
tarawih buat bila eh?

Dan, soalan tu masih belum ada jawapan.
Orang-orang yang ditanya tak jawab lagi.
Huhu~


Lepas makan singgah masjid di Rembau,
tarawih.
Syahdu!

Baru tahu,
masjid-masjid di negeri Sembilan ni,
tarawih 10 rakaat.
Menarik!

Sampai rumah dalam pukul 11.
Dan, terus lelap.

Pagi tadi bergerak ke Melaka,
tolong kemas rumah atuk.
Masak.
Munjung = bagi makanan kepada jiran tetangga

Najah: Memang solat tu rehat untuk kita

Haha!
Mana taknya.
Belum sempat duduk dah kena panggil
buat itu ini.
Tak menang tangan.

Basuh ayam,
basuh daging,
potong babat = perut ayam
angkat baju,
pasang langsir.

Rehat = solat
Tu yang sampai terbongkang dengan telekung sekali.
Adoi!
Bajet penat la konon.
Atok lagi penat kot.
Tapi tak nampak pun dia duduk-duduk rehat
macam kitorang.
Malu, malu..

Setakat dua hari ini,
dapatlah recharge sikit bateri yang makin lemah.
Dengar IKIM,
baru terasa Ramadan yang kian hampir tiba
ke penghujung.

Rahmat Allah turun mencurah-curah
dalam bulan Ramadan.

Sepanjang perjalanan balik
paksa diri baca alQuran.
Alhamdulillah.

*****
Rasulullah SAW sangat kuat beribadah,
bila sampai Ramadan bertambah kuat ibadah,
dan bila sampai 10 hari terakhir, bertambah-tambah lagi.

Kita?