Saturday, 3 August 2013

Recharging

Alhamdulillah.
Tsumma alhamdulillah.

Semalam abah ambil di kampus.
Berbuka di Masjid Tunku Jaafar
dan jamak maghrib dan isyak di sana.


Abah tanya:
Kalau kita jamak taqdim maghrib dan isyak,
tarawih buat bila eh?

Dan, soalan tu masih belum ada jawapan.
Orang-orang yang ditanya tak jawab lagi.
Huhu~


Lepas makan singgah masjid di Rembau,
tarawih.
Syahdu!

Baru tahu,
masjid-masjid di negeri Sembilan ni,
tarawih 10 rakaat.
Menarik!

Sampai rumah dalam pukul 11.
Dan, terus lelap.

Pagi tadi bergerak ke Melaka,
tolong kemas rumah atuk.
Masak.
Munjung = bagi makanan kepada jiran tetangga

Najah: Memang solat tu rehat untuk kita

Haha!
Mana taknya.
Belum sempat duduk dah kena panggil
buat itu ini.
Tak menang tangan.

Basuh ayam,
basuh daging,
potong babat = perut ayam
angkat baju,
pasang langsir.

Rehat = solat
Tu yang sampai terbongkang dengan telekung sekali.
Adoi!
Bajet penat la konon.
Atok lagi penat kot.
Tapi tak nampak pun dia duduk-duduk rehat
macam kitorang.
Malu, malu..

Setakat dua hari ini,
dapatlah recharge sikit bateri yang makin lemah.
Dengar IKIM,
baru terasa Ramadan yang kian hampir tiba
ke penghujung.

Rahmat Allah turun mencurah-curah
dalam bulan Ramadan.

Sepanjang perjalanan balik
paksa diri baca alQuran.
Alhamdulillah.

*****
Rasulullah SAW sangat kuat beribadah,
bila sampai Ramadan bertambah kuat ibadah,
dan bila sampai 10 hari terakhir, bertambah-tambah lagi.

Kita?


No comments: