Wednesday, 21 August 2013

Could we..?

Bolehkah kita katakan hubungan seseorang
dengan agamanya
adalah baik jika kita melihat
isteri dan anak-anak perempuannya
memakai hijab?

Pengalaman kontemporari sains membuktikan bahawa
petanda luaran tidak sesuai untuk
mengukur hubungan antara seseorang dengan agama
secara tepat.

Malah,
ramai orang yang tidak patuh sepenuhnya
kepada undang-undang Syariah
tetapi
mereka mempunyai nilai etika yang tinggi
yang dapat menghalang mereka daripada
curang, menipu atau mencuri.

Tidak dapat dinafikan bahawa mereka bersalah
kerana tidak patuh sepenuhnya kepada
undang-undang syariah
dan mereka tetap manusia yang beretika.

Jadi, kita tidak boleh
menghukum seseorang
hanya berdasarkan luaran dan penampilan.

Rasulullah SAW bersabda:
"Allah tidak melihat tubuh badan kamu
atau rupa paras kamu, tetapi
pada hati kamu."
(Muslim, bahagian 4, hadith nombor 2564).

Untuk isu hijab,
hijab ialah kewajipan kepada perempuan Islam
yang telah dipersetujui
berdasarkan al Quran dan tradisi kenabian.
Ia tidak menjadi khilaf langsung antara para ulama'
sepanjang zaman.

Saripati utama agama ialah
untuk menjadikan seseorang ikhlas,
jujur, berpegang kepada prinsip
dan mampu menunaikan janji.

Tujuan utama agama ialah
supaya manusia dapat menyucikan dirinya sendiri,
membangunkan dunia ini,
dan bekerja demi kebaikan orang lain.

Allah SWT berfirman:
"Dan berbuatlah kebaikan,
kamu akan berjaya"
(22:7)

Syeikh Ali Jumuah.
Mufti Mesir.
2013.

Diterjemah secara bebas dari artikel "Could we judge the good relationship of the person to religion if we saw his wife or daughters wearing hijab?

No comments: