Friday, 18 March 2011

Berjalan, bermusafirlah..

bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

hari jumaat.

abah : hmm..kan seronok duduk rumah hari jumaat ni. relek2 mandi, ni kalau hari sekolah, nak mandi pun kocoh2..nak ambik pahala sunat tidur sebelum zohor pun tak sempat. apalagi nak iktikaf lama-lama kat masjid.

huhu~tak dapek den nak nolong..

pagi-pagi abah dah bagitahu, nak pergi sekolah ambil sijil spm aku dan sijil pmr adik aku. sambil-sambil tu, online la sekejap. buka je homepage fb..ohooo~hari ni hari ulangtahun kelahiran sahabatku tercinta, nanie (well--inilah gunanya ada fb, tolong ingatkan tarikh2 befday), tapi, nani, aku memang ingat hari ni befday kau, tau!

mula-mula, kami (abah, aku, najah dan anas) bergerak ke sekolah aku. lepas tu, balik rumah kejap, ambik syuk, nak binding kerja khusus dia..(huhu~dah besar budak ni..syuk dah form 2 sekarang!!)

then, menuju ke bukit gambir, untuk ambil sijil najah. wah~lain sungguh rupa sekolah. sambil tunggu adik aku tu berurusan dengan pejabat, aku snap la scenery kat sekolah tu.

masyaAllah~dah hampir 5 tahun aku tinggalkan sekolah tu. banyak sangat kenangan manis dan pahit, terutamanya turning point aku kat situ. reunion pertama dekat tepi sungai. sangat best sebab semua sahabiah ada. lagipun, masa tu lepas spm, jadi masing-masing tak ada komitmen nak study ke apa. la ni, masing-masing dah membawa diri, berkelana mencari ilmu.

ada yang kat U, matriks, ipg pun ada..lama tak contact..huhu~

REUNION II

Hari jumaat, lepas habis kelas, aku, lin, pei ting dan dayah bergerak ke LRT Cheras. diorang bertiga menuju ke TBS untuk terus balik ke muar. aku pulak menuju ke LRT Bandaraya untuk bertemu dengan seorang sahabat aku sejak dari lahir dulu merangkap sepupu aku yang paling rapat. doctor-in-future, Jeha. insyaAllah, dia kan berangkat semula ke Iskandariah Ahad ni.

tanpa diduga, aku bertemu dengan seorang cikgu aku semasa di BG dulu, Cikgu Anyrai, cikgu paling sporting pernah aku jumpa, ajar aku KH Perdagangan, menumbuhkan minat aku pada DUIT..hehe~yang akhirnya membawa aku ke subjek Prinsip Perakauanan.

masa Tingkatan 4, aku tak terfikir langsung nak ambik subjek tu sebab kelas kami hanya menawarkan subjek agama; PQS, PSI, BAT dan sains tulen; BIO, PHYSICS, CHEMISTRY dan 5 subjek teras(agama islam tak termasuk). entah macamana, aku ambil subjek Prinsip Perakaunan. agaknya lepas ummi mencabar aku.

Ummi : Ko ambik je la Prinsip Akaun tu, ummi tengok budak-budak cina masa ambik exam, meja dia penuh dengan kertas. masa ummi ganti kelas diorang, semua sibuk buat akaun.(p/s:ummi ajar sekolah cina)

huhu~tercabar jugak aku. lagi-lagi bila ummi bandingkan dengan budak sekolah agama. bayanglah, subjek akademik campur subjek agama diorang, hampir 20 subjek, takkan aku yang cuma 12 subjek ni nak mengalah, kan?

ok2..ni bukan sebab nak tunjuk terror ke apa, aku cuma nak trigger semangat manusia-manusia(terutama adik aku yang tengah study tuh) supaya BANGUN!!!!! sudah-sudahlah menganyam mimpi yang palsu. hadapi realiti hidup dengan berani dan tegas berprinsip. bukanlah aku suruh korang menghadap buku 24 jam, cuma aku ajak korang keluar dari kepompong yang disusun oleh golongan yang memang nak kita jauh dari realiti hidup.

aku tau antara kita ada sedang 'down', tekanan dari kawan-kawan, orang atasan, bebanan tugas yang rasanya tak mampu ditanggung lagi.

tapi, ingatlah. beban dakwah ni, kita warisi dari para Nabi, para sahabat, para ulama'~cuba bandingkan mehnah dan tribulasi yang dihadapi mereka dengan kita.. ya Allah, sikit sangat..

pegang erat janji Allah SWT dalam Surah Muhammad, ayat 7, jika kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita dan memperteguh kedudukan kita.

teringat perkongsian oleh seorang ukhti, macamana 'down'nya beliau, resultnya tak sebaik sahabatnya yang lain, beliau kata : saya tak nak orang lain cakap, result saya jatuh sebab saya join jemaah ni. saya tak nak orang fikir macam tu. saya nak orang fikir saya, sayalah punca result saya macam tu..

huk2..time ni memang semua sebak gila. tapi, ukhti ni memang depan kami, happy-go-lucky, senyum sokmo..tapi, yelah, kadang-kadang kita tewas dengan perasaan kita sendiri.

SUSAHNYA NAK MENANGIS

huhu~masa tu, aku duduk sebelah ukhti ni. masing-masing pegang tangan. bagi semangat la. masa ukhti ni menangis, aku still pegang tangan dia. lepas tu, tiba-tiba ada seorang ukhti yang lain ni, tarik tangan aku, suruh usap belakang ukhti yang menangis ni tadi..

hmm..kurang concern? ye kot. aku memang tak reti pujuk orang. dari dulu lagi. hati keras? hmm..ye kot. banyak dosa la ni..ASTAGHFIRULLAHAL A'ZIM..

ni aku nak kongsi satu doa, salah satu zikir yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, ada dalam ma'thurat..



http://www.al-azim.com/~beringin/agama/penghuluistighfar.htm

Maksudnya :

Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.

WAKTU DIBACA :

Selepas subuh dan selepas asar.

KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANYA :


مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )


Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).

Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

sumber : sini

fahami maksudnya, baca masa bersendirian, insyaAllah, at least bergenang la jugak mata tu.

CHANGE

dah hampir setengah tahun tak jumpa, banyak la kisah yang nak diceritakan. study la, persatuan isma la, ikhtilat la, macam-macam la.

masa tu dah nak pukul 11. mata aku dah terkelip-kelip..ngantuk sebab berjalan sejak tengahari. umi cakap : ko kan tak berubah ek. dari zaman sekolah dulu, asyik ngantuk je..

huk2..

muahahaha~iye ke? betullah kot.

tapi, rasanya tahap mengantuk tu dah kurang la. aku pernah tanya roommate aku pasal benda ni sebab aku jarang tengok dia ngantuk dalam kelas.

dia kata : dah besar. macam malu nak tidur dalam kelas.

pulak!!

malu, tak malu. mengantuk ubatnya tidur. jadi, tidur tetap tidur. tapi agak-agak la kan. kalau siap berdengkur tu sangat la tak patut. setakat tutup muka dengan buku, lelap jap, ok la kot..hehe~qailulah dalam kuliah. yelah, dah buat kuliah tengahari buta macam tu, siapa yang tahan??

umi kata : ko dah kurus la!!

haha~pj punya pasal, sukan punya pasal, bola punya pasal. kena la turun padang. kalau tak, tak ada maknanya aku nak berlari keliling padang tu.

hmm..itu je kot benda yang berubah. yang lain macam biasa je la mi..

pesanan terakhir : Jeha, nanti sampai mesir jangan lupa aku. selalulah on fb dan skype. makan strawberi ingat aku. insyaAllah akan ke sana juga, doakan!!

p/s : untuk sahabiah yang akan menduduki exam bulan depan, bazala juhdan!! semoga berjaya ye.insyaAllah kalau korang sambung degree kat kl, jenguk-jenguk le tempat aku ni!!

Formula Matematik dan Juzuk AlQuran

Subhanallah, Maha suci Allah yang menciptakan setiap kejadian dengan penuh hikmah..
Mari kita lihat bagaimana nak mengetahui mukasurat bagi juzuk2 dalam al-Quran menggunakan formula matematik..

Untuk menggunakan formula ni, mudah,lepas kira tambah no 2 di hujungnya, kemudian check lah dalam alQuran pada mukasurat tersebut..

Formulanya adalah seperti berikut :
X = (n-1)2
Kemudian, tambahkan 2 di hujung X.

X : muka surat bagi juzuk yang dipilih
n : bilangan juzuk

Contoh pertama : Jom kita check juzuk 6 berada di muka surat yang ke berapa? Dengan menggunakan formula ni, kamu boleh tengok jalan kiranya di bawah.

X = (n-1)2 [Letakkan 2 di hujung X ]

X = (n-1)2 X = (6-1)2 X = 10 Jangan lupa, letakkan 2 di hujung X. Means, 10 + 2 = 102

Untuk memahami dan mempercayai akan formula ini, sila rujuk tafsir mahupun Al-Quran masing-masing sekarang naa pada muka surat ke 102... dan.. tadaa... ternyata ianya benar. Takjub! Subhanallah...

Contoh kedua : Menggunakan formula yang sama. Jom kita cari muka surat bagi juz ke 11.

X = (n-1)2 [Letakkan 2 di hujung X ]

X = (11-1)2 X = 20 Jangan lupa letakkan 2 di hujung X. Hasilnya, adalah X = 202.

Sila semak Al-Quran kamu sekarang juga di muka surat ke 202 untuk mengetahui kebenarannya. Benar bukan? =)

Contoh ketiga : Mari kita cari juzuk ke 30 berada di muka surat berapa. Jom mengira!

X = (n-1)2 [Letakkan 2 di hujung X ]

X = (30-1)2 X = 58

Jangan lupa letakkan 2 di hujung X.

Hasilnya, X = 582

Bolehlah buka Al-Quran pada muka surat 582 sekarang.

Adakah ini suatu kebetulan semata-mata?
Yang pastinya kebetulan ini juga ada dalam perancangan Allah..

Inilah hikmah bagi yang mahu menilai.. :)

credit to Kak Sufihanan

Wednesday, 16 March 2011

bilakah lagi?

WARNING !!
aku sedang mengalami kekacauan jiwa menyebabkan aku 'terpaksa' mengeluarkan post-post terdahulu..hehe~


BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

JANGAN TAKUT
JANGAN TAKUT BERJUANGLAH UNTUK KEAMANAN

by: La Khauf

salam alayk, sahabatku sekalian. alhamdulillah aku sihat walafiat walaupun dah lama aku tak makan betul-betul kat kafe KMJ tu (sebab bila makan nasi kadang-kadang tak ada buah atau sayur menyebabkan selera aku agak 'nazak',tak mati tau! ) lantaran kekangan masa yang terlalu mencemburui aku. dr-in-future pun cakap duduk kmj ni menyebabkan kita jadi 'constipation' masa qada' hajat. disebabkan itu, aku, ecah dan dila makan sehari sekali demi menjimatkan masa dan 'fulus'. tapi, kitorang 'prefer' puasa la sebab alang-alang tak makan, baik puasa. betul tak? berat ecah turun dalam 2 kilo. dahlah turun naik tingkat 3, tu baru sebulan, agaknya kalau setahun macam mana ek? (tak sampai setahun sebenarnya, dalam 10 bulan je hidup kat KMJ ni)

'well', tulah perjuangan menuntut ilmu. assignment, quiz, tutorial, kuliah.. cuma 'exam' je belum ditempuh. insyaAllah dalam 5 minggu lagi Ujian Pertengahan Semester 1 akan bermula. untuk pelajar sains fizikal, semester pertama ialah semester yang lebih penting kalau dibandingkan dengan semester kedua sebab silibus sem 2 lebih banyak. ibarat kata cikgu amali fizik aku, 'kita ambil fizik ni pun sebab tak nak menghafal, kan? so, awak tak payah hafal semua derived formula ni. tahu konsep, hafal yang asas je'. ya, itulah yang aku suka tentang fizik. pakai logik akal yang terbatas ni untuk memikirkan perkara-perkara yang berlaku di alam semesta ni, dari sekecil-kecil zarah, sampai sebesar-besar alam.

tapi, aku memang respect la dengan sorang mamat ni, aku tak kenal, tapi sahabat aku yang cerita. result akhi ni memang gempak gila la masa spm dulu. tapi dia kata dia nak sambung stam dan meninggalkan fizik yang dia kagumi selama ini. dan sahabat yang bercerita ni pun mengikut jejak langkah akhi ni, stick to stam to further in bidang agama ni. dan baru-baru ni aku ziarah blog akhi ni, fuhh.. memang mantop la.

kalau kita nak tengok ilmuwan Islam dulu, contohnya Ibn Sina. dia menerima dan menghadam disiplin ilmu agama yang begitu tinggi tapi beliau berjaya dan kita mengenali dia sebagai pakar perubatan, bukan sebagai alim dalam bab-bab agama.

IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

sumber: sini

aku berpendapat akhi tu satu hari nanti insyaAllah akan menjadi ulama' profesional macam Ibnu Sina ni. wah, aku rasa sangat 'jealous' ye. so, rugi tak kalau belajar agama? tidak, sama sekali tidak. tapi berapa ramai yang sanggup bayar untuk tuisyen math, tapi kalau belajar agama, cari yang 'free' sokmo. kalau yang berbayar, diorang cakap:ni ustaz dunia, ajar agama mengharapkan upah dari manusia. pulak dah!! 

sepatutnya bab-bab agama nilah yang kena bayar lebih dari yang sepatutnya. kadang-kadang diorang ni tak minta pun tapi kita yang menuntut ilmu ni kena la beradab dengan guru kan? dan untuk ibu bapa yang berfikiran sebegitu, alangkah ruginya mereka kerana menyiakan peluang berbuat amal jariah yang hakikatnya akan berterusan walaupun selepas anak-anak mereka tidak lagi menuntut ilmu dari guru tersebut malah selepas mereka jadi mayat(terpengaruh dengan blog keretamayat,hehe~). sebab untuk daurah yang seterusnya, bolehlah jadi modal untuk beli kertas atau 'hand-out' yang semestinya mengandungi ilmu yang berguna, insyaAllah.

hari tu aku ada tengok video ceramah ustaz azhar bertajuk wali Allah dalam kalangan manusia. sebenarnya wali kita siapa? ni soalan pertama aku tanya masa buat usrah kat saf belakang masjid kat KMJ tu lepas solat maghrib. ada jawab ayah kita la. muahaha~ni mesti ingat wali nikah ni. sebenarnya wali kita ialah ALLAH s.w.t. Dialah wali kita yang sebenarnya.

ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ  
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (257)

karamah dikatakan kebanyakannya dimiliki oleh ahli tasauf seperti boleh pergi dan balik buat haji dalam masa sehari. tapi menurut ustaz azhar, sebenarnya golongan yang ramai mempunyai karamah ialah ulama' hadith. imam bukhari, imam muslim, diorang boleh kumpul sampai beratus ribu hadith sahih yang jadi petunjuk kita agar tak sesat pada hari ini. karamah la tu. betul tak? tapi karamah pun ada lawannya, iaitu istidraj. kadang-kadang kita nampak seseorang tu mempunyai karamah tapi sebenarnya itu istidraj bagi dia. tapi walauapapun jangan menyanjung manusia terlalu tinggi kerana tiada manusia yang maksum selain Nabi Muhammad s.a.w. tapi jangan pula berburuk sangka dengan manusia. husnus zhon is better,ok?!

ilalliqa',salam alayk~

Thursday, 10 March 2011

The Sweet is SO Sweet

Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah..sangat kenyang. Petang tadi, aku dan Kak Ba merempit ke Bandar Tun Razak, beli kek tiramisu untuk usrah kami.

Sepatutnya usrah kami hari selasa, tapi kami anjakkan hari Khamis(hari ni) untuk bagi laluan kepada sahabat-sahabat yang tengah frust tak dapat jawab soalah LDV. Muahaha~tapi ramai je yang buat sendiri-sendiri, yelah. Ibarat kata sahabat aku, surau + tazkirah ialah formula terbaik nak dapat ketenangan. Allah sahaja yang ada kuasa nak bagi ketenangan dalam hati manusia ni, kan? So, yang duduk dalam surau sambil bagi tazkirah, dalam lingkungan manusia yang sibuk dengan hal duniawi, merekalah yang benar-benar ingat kepada Allah. Bukankah dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang. (AQ 13:28)

Baiklah, kita muhasabah diri sekejap.

Hari ni, berapa kali kita ingat Allah?

Bismillahirrahmanirrahim, adakah itu yang terucap di bibir kita setiap kali kita mula buat kerja?

Istighfar.. adakah bergetar iman kita saat kita berbuat dosa? Di saat kita tak mampu menegur sahabat kita berbuat dosa?

Selawat..adakah kita menyuburkan rasa cinta dan sayang kita kepada Rasulullah SAW, manusia yang Allah pelihara dari dosa, yang sanggup berkorban untuk kita, umatnya?

Subhanallah..

Sungguh, manusia itu lupa. Kita semua sifatnya pelupa. Jadi, mari kita sama-sama ‘refresh’ kepala otak kita. Yelah, lagi-lagi yang jenis kaki study, memang mampat la otak tu dengan segala fakta. Hanya menanti untuk diluahkan semasa peperiksaan.(hmm..semoga kita jauh dari golongan yang hanya tahu dan pandai setakat di atas kertas, biarlah ilmu yang dicari itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah..)

Kita selalu mencipta 1001 alasan untuk menafikan kebenaran yang sudah jelas terbentang luas depan mata. Tak nampak? Sungguhlah mata ni selalu menipu, kan? Nope, sebenarnya mata hati kita yang ada masalah.

Semalam, sebelum pergi kelas, kita mesti ada tengok cermin kan? Belek-belek tudung, sikat rambut biar nampak handsome, touch up sikit dengan bedak, sama tak dengan apa yang kita tengok pada pagi tadi. Atau minggu lepas. Ada beza tak?

Kalau ada jerawat tu kes terpencil la. Maksud aku, dari segi rautnya, bentuk fizikalnya.

Sama, bukan?

Tapi, fikir balik. Adakah ‘isi’ dalamnya sama? 

Pernah tak satu hari tu kita rasa terlalu jauh daripada jalan hidup yang Allah dah tetapkan? rasa macam banyaknya dosa aku dah buat. sampaikan kita tak boleh nak study langsung. langsung satu habuk pun tak masuk otak. 

Pernah tak rasa dosa yang kita buat tu dah tak boleh nak tinggal dah? 

Dah terlalu ‘cinta’ dengan dosa tu?

Ibaratnya gula yang dah larut dalam air yang jernih sejernih air terjun Gunung Ledang. (ececeh,,promote tempat sendiri nampak...)

Susah nak pisahkan?

Yep...indeed, it is really difficult. 



Tapi, adakah ianya mustahil?

Gula yang dah larut dalam air, kita masih boleh asingkan dengan kaedah ‘evaporation’ atau sejatan, kan? Kalau nak cepat, guna kaedah ‘boiling’ atau pendidihan. Yang pasti, dengan kehadiran haba, insyaAllah gula tu dapat dipisahkan daripada air.

Air tu juga akan berkurangan, sebab dalam proses tu tadi, faktor persekitaran juga diambil kira. dalam maksud lain, kekurangan pada kuantiti air itu adalah perkara yang akan berlaku sekiranya haba yang dikenakan terlalu tinggi.(opps..maaf kalau ini salah dalam teori sains, terutamanya kimia, almaklum, aku tak berapa reti subjek ni..huhu~)

Begitu juga dengan dosa, wahai sahabatku..

Taubat, dengan sebenar-benar taubat. Fahami dan amalkan 4 syarat taubat yang kita belajar tu. 

Dan, perlu ada mujahadah yang tinggi untuk berubah yang lebih baik, macam gula tadi, perlu ada tahap pemanasan yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang terbaik meskipun kadang-kadang hati kita akan terluka.

Kenapa hati akan terluka?

Sebab perubahan kita pasti akan mengundang 1001 persepsi dan perasaan kurang senang orang di sekeliling kita terutama dari orang yang kita sayang. Pedih, bukan?

Tapi, gula tu sifatnya manis kan? 

Jadi, InsyaAllah, sahabatku.. dengan rahmat Allah, Dia akan hadiahkan kita dengan SYURGA YANG MANIS sebagai ganjaran pengorbanan yang kita buat di dunia ini.

Ingatlah bahawa DUNIA adalah PENJARA bagi orang MUKMIN, tetapi SYURGA bagi orang-orang KAFIR DAN SEANGKATAN DENGANNYA.

Ilalliqa’~

p/s:terima kasih kepada SUMAYYAH kerana menceriakan malam aku. masyaAllah, hanya dengan makan-makan mampu mebuahkan ukhuwah yang begiru manis untuk dikenang. Ya ALLAH, kau tautkanlah hati-hati kami, Kau kuatkanlah ikatannya, Ameen..

p/s:insyaAllah esok ialah hari terakhir berada di maktab sebelum cuti seminggu. harapnya kita semua sama-sama maintainkan ibadah kita, jangan terlalu leka dan lalai dengan cabaran-cabaran berada di rumah khususnya tv, keep update dengan isu-isu dunia islam. dan always keep in touch ye..=)

Sunday, 6 March 2011

Seeking For the TRUTH

bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

masuk ke bidang bahasa, khususnya bahasa inggeris memerlukan satu mujahadah yang tinggi. mula-mula dulu, aku tak nampak apa hala tuju hidup aku bila terjun dalam bidang ni. menjadi seorang guru pelatih ialah satu perkara yang berbeza dengan guru yang akan mengajar bahasa inggeris, apalagi akan dihantar mengajar di SJKC. (as written in the offer letter)

semester lepas ialah semester paling aman dan bahagia sebab tiada peperiksaan. selama setahun tak pegang pen untuk menulis jawapan dalam kertas peperiksaan.


now, i could say that english is not just a language. dan bahasa bukan hanya setakat bahasa. it is more than that. dakwah islamiyah berjalan di serata dunia dan perkembangan di Eropah, yang mana ramai English native speaker origin from, sangat memberangsangkan dan saudara-saudara seakidah kita bertambah di sana. di sini, aku melihat pentingnya bahasa dalam usaha berdakwah, dalam kes aku, bahasa Inggeris.



di sekolah, cikgu sejarah memebritahu kita tentang sejarah agama dan penganutnya. di melaka, andai kata tiada pendakwah yang datang ke melaka, mungkinkah kita masih seorang hindu? atau mungkin masih menyembah animisme? 

memetik kata-kata ustaz shaari abdur rahman yang pernah datang ke sini masa hari Innershine, kita sebagai guru, wajib sampaikan ilmu yang boleh dekatkan diri pelajar dengan Allah. macam mana kita nak bagi sesuatu kalau kita tak ada sesuatu tu, maksudnya, macam mana nak bagi ilmu yang boleh dekatkan anak-anak murid dengan Allah kalau sendiri jauh dari Allah?

dalam buku Secaangkir Teh, Pengubat Letih karya Hasrizal Abdul Jamil, ada diceritakan kisah seorang anak muda yang terpisah dengan sejarah nenek moyangnya, lantaran jauhnya dia dengan alQuran lantaran Kamal Attarturk yang mengubah sistem tulisan turki yang asalnya tulisan alQuran kepada tulisan latin. 

berbalik isu tadi, selama setengah tahun aku mencari alQuran terjemahan bahasa Inggeris. ummi kata, tanya senior-senior tesl. hmm.. ada, tapi diorang beli masa ada jualan kat satu-satu event, maksudnya, cuma dijual masa event tertentu. jalan-jalan kat masjid india, jumpa. tapi takut tak reliable translationnya. 

alhamdulillah, aku dah jumpa translator yang reliable, bukan nak kata yang lain tu non reliable, cuma dalam konteks aku yang belajar English Studies, yang memerlukan banyak pengetahuan kesusasteraan. sudi-sudilah baca post kat bawah ni, written by student IIUM, bachelor of english literature..semoga bermanfaat..(follow akhi ni, insyaAllah tak rugi)

*****

These are the names of the translators that you may recognize:

1. Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali
2. Dr. Muhammad Muhsin Khan
3. Hafiz Abdullah Yusuf Ali
4. Marmaduke (Mohammed) Pickthall 

I personally fancy the translation of Marmaduke (Mohammed) Pickthall more than the other three translators.

This is because, as a future linguist (Pray for me to be one), I see that the proficiency in a particular language is a prominent factor, in this case, the English proficiency.

Marmaduke (Mohammed) Pickthall reverted from Christian and he is a native English speaker. He is also a former novelist. In terms of the flawless of English no denial to it.

I’m not saying that the other three translators are not good in English or something; it’s just that, I just want the best for me. The other three translators are not native English speakers. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali and Dr. Muhammad Muhsin Khan are Arabic people whereas Hafiz Abdullah Yusuf Ali is from India. They are not native speakers.

After I’ve used the translation of Marmaduke Pickthall for some time, I find that it is easier to be understood compared to the other translators. The choosing of words by Marmaduke Pickthall in my eyes is better and more suitable.

In addition, you can purchase the translation by Marmaduke Pickthall at lower prices than the other three at about RM5 around Masjid India at KL. If you just install the software than it’s just free.

All in all, who am I to judge which one is the best? But I can choose which one I want right? The same goes to you, if you’re on the same boat as me then let’s use the translation by Marmaduke Pickthall.

All the best,
Ameen Misran
~~Just a slave, a brother & a lover... 

*****
originated from here.

Friday, 4 March 2011

Hikmah : Only Can be SEEN by HEART

bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hikmah

Pasti ini terasa begitu menyakitkan
Saat kau kehilangan sesuatu yang kau sayang
Bilakah tak tahu mungkin itu yang terbaik
Ada rahasia terindah yang diinginkanNya

Ku hanya ingin agar engkau bisa pahami
Memaknai yang terjadi dengan tulus hati
Meski kuakui tak mudah untuk terima
Segala yang tlah menjadi ketetapanNya

Leraikanlah gundah Tabahkanlah hati
Dan yakinilah semua itu rencana dariNya

Sudahlah lupakan segala yang membuatmu merana
Hanya kan membuat dirimu dihantui gelisah
Biarkanlah semua kan berlalu dengan apa adanya
Karena dibalik yang terjadi pasti ada hikmahnya untuk kita

Hikmah by TASHIRU



from alwan comic.. download dr 4shared..

hehe..sedap layan lagu ni. 

masa tengah down, masa rasa macam gunung terhempap kat kepala, kita selalu lupa diri. kan Allah dah sebut dalam AlQuran, dia akan beri ujian kepada diri setiap orang untuk uji tahap keimanan kita. dan Dia uji kita dengan apa yang kita mampu tanggung. Allah dah bagitahu, kita je yang tak tahu atau buat-buat tak tahu. 

baik, semua dah tahu ye yang kita semua sedang dan akan diuji? jadi, apa 'persiapan' kita? macam nak ambik exam, sebagai pelajar, kita pasti akan menghadapi peperiksaan. jadi, apa yang kita perlu siapkan dalam usaha nak dapat keputusan yang cemerlang? study smart, study hard, punctuality of time, solat hajat..etc..

jadi, cuba aplikasikan itu semua dalam kehidupan. tak dapat tidak, kita pasti diuji kan? ya, memang mulut yang tak berlidah ni boleh bercakap apa sahaja, tapi nak laksanakan..aduh..payahnya..kita kena tahu, semua ujian tu Allah yang bagi. tapi kita kena tahu juga, Allah jua penyelesai masalah kita. contohnya, masa kita nak hantar tugasan, due date hari ni dan tugasan kita tak siap lagi. sibuk dengan aktiviti persatuanlah, dengan sukan acara padang la, dahlah pensyarah memang susah nak bawa berbincang. ramai sahabiah yang give up, nak resign dengan persatuan, sebab menganggap disebabkan dia sertai persatuan tulah, assignment tak siap.

Aku tak nafikan. tapi, ramai je yang berjaya, dapat pointer 3.5++, aktiviti persatuan gempak juga. malah lagi gempak dari kita yang dok sibuk merungut. sebab apa? 

ya, TIME MANAGEMENT. 

masa lapang, kita buat apa?

tengok movie, baca novel, layan facebook, blogging(huk2..), window shopping, makan2 tahap perut macam belon nak meletup, tengok wayang citer sia-sia, dengar lagu yang membuai nafsu, adeh..ini peringatan untuk diri aku sendiri juga. manusia, sifatnya memang begini. nak jadi manusia luar biasa, yang ada iman, yang tak terpengaruh dengan benda-benda macam ni, kena ada mujahadah yang luar biasa juga, sebab hasilnya juga adalah luar biasa: SYURGA ALLAH.

last but not least..

open your eyes, your heart, your mind,
If we just look bright to see the signs,
We can’t keep hiding from the truth,
Let it take us by surprise,
Take us in the best way.

kuatkan semangat..berusaha!!
takbir!!

ALLAHUAKBAR!!!

p/s:sahabat sekalian, doakan yang terbaik untuk kami, pelajar TESL sem 2 IPG seluruh Malaysia yang akan menduduki MOCK exam pada 7-10 mac ni.

p/s:disebabkan ke'tension'an menghadapi assignment dan exam, notis yang aku buat semuanya beruabah tarikh. adeh..

p/s:apa hukum berkaraoke lelaki dan perempuan, tapi menyanyikan lagu nasyid? alasan:ingat ALLAh beb!! (hmm..confused sudah)