Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah..sangat kenyang. Petang tadi, aku dan Kak Ba merempit ke Bandar Tun Razak, beli kek tiramisu untuk usrah kami.
Sepatutnya usrah kami hari selasa, tapi kami anjakkan hari Khamis(hari ni) untuk bagi laluan kepada sahabat-sahabat yang tengah frust tak dapat jawab soalah LDV. Muahaha~tapi ramai je yang buat sendiri-sendiri, yelah. Ibarat kata sahabat aku, surau + tazkirah ialah formula terbaik nak dapat ketenangan. Allah sahaja yang ada kuasa nak bagi ketenangan dalam hati manusia ni, kan? So, yang duduk dalam surau sambil bagi tazkirah, dalam lingkungan manusia yang sibuk dengan hal duniawi, merekalah yang benar-benar ingat kepada Allah. Bukankah dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang. (AQ 13:28)
Baiklah, kita muhasabah diri sekejap.
Hari ni, berapa kali kita ingat Allah?
Bismillahirrahmanirrahim, adakah itu yang terucap di bibir kita setiap kali kita mula buat kerja?
Istighfar.. adakah bergetar iman kita saat kita berbuat dosa? Di saat kita tak mampu menegur sahabat kita berbuat dosa?
Selawat..adakah kita menyuburkan rasa cinta dan sayang kita kepada Rasulullah SAW, manusia yang Allah pelihara dari dosa, yang sanggup berkorban untuk kita, umatnya?
Subhanallah..
Sungguh, manusia itu lupa. Kita semua sifatnya pelupa. Jadi, mari kita sama-sama ‘refresh’ kepala otak kita. Yelah, lagi-lagi yang jenis kaki study, memang mampat la otak tu dengan segala fakta. Hanya menanti untuk diluahkan semasa peperiksaan.(hmm..semoga kita jauh dari golongan yang hanya tahu dan pandai setakat di atas kertas, biarlah ilmu yang dicari itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah..)
Kita selalu mencipta 1001 alasan untuk menafikan kebenaran yang sudah jelas terbentang luas depan mata. Tak nampak? Sungguhlah mata ni selalu menipu, kan? Nope, sebenarnya mata hati kita yang ada masalah.
Semalam, sebelum pergi kelas, kita mesti ada tengok cermin kan? Belek-belek tudung, sikat rambut biar nampak handsome, touch up sikit dengan bedak, sama tak dengan apa yang kita tengok pada pagi tadi. Atau minggu lepas. Ada beza tak?
Kalau ada jerawat tu kes terpencil la. Maksud aku, dari segi rautnya, bentuk fizikalnya.
Sama, bukan?
Tapi, fikir balik. Adakah ‘isi’ dalamnya sama?
Pernah tak satu hari tu kita rasa terlalu jauh daripada jalan hidup yang Allah dah tetapkan? rasa macam banyaknya dosa aku dah buat. sampaikan kita tak boleh nak study langsung. langsung satu habuk pun tak masuk otak.
Pernah tak rasa dosa yang kita buat tu dah tak boleh nak tinggal dah?
Dah terlalu ‘cinta’ dengan dosa tu?
Ibaratnya gula yang dah larut dalam air yang jernih sejernih air terjun Gunung Ledang. (ececeh,,promote tempat sendiri nampak...)
Susah nak pisahkan?
Yep...indeed, it is really difficult.
Tapi, adakah ianya mustahil?
Gula yang dah larut dalam air, kita masih boleh asingkan dengan kaedah ‘evaporation’ atau sejatan, kan? Kalau nak cepat, guna kaedah ‘boiling’ atau pendidihan. Yang pasti, dengan kehadiran haba, insyaAllah gula tu dapat dipisahkan daripada air.
Air tu juga akan berkurangan, sebab dalam proses tu tadi, faktor persekitaran juga diambil kira. dalam maksud lain, kekurangan pada kuantiti air itu adalah perkara yang akan berlaku sekiranya haba yang dikenakan terlalu tinggi.(opps..maaf kalau ini salah dalam teori sains, terutamanya kimia, almaklum, aku tak berapa reti subjek ni..huhu~)
Begitu juga dengan dosa, wahai sahabatku..
Taubat, dengan sebenar-benar taubat. Fahami dan amalkan 4 syarat taubat yang kita belajar tu.
Dan, perlu ada mujahadah yang tinggi untuk berubah yang lebih baik, macam gula tadi, perlu ada tahap pemanasan yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang terbaik meskipun kadang-kadang hati kita akan terluka.
Kenapa hati akan terluka?
Sebab perubahan kita pasti akan mengundang 1001 persepsi dan perasaan kurang senang orang di sekeliling kita terutama dari orang yang kita sayang. Pedih, bukan?
Tapi, gula tu sifatnya manis kan?
Jadi, InsyaAllah, sahabatku.. dengan rahmat Allah, Dia akan hadiahkan kita dengan SYURGA YANG MANIS sebagai ganjaran pengorbanan yang kita buat di dunia ini.
Ingatlah bahawa DUNIA adalah PENJARA bagi orang MUKMIN, tetapi SYURGA bagi orang-orang KAFIR DAN SEANGKATAN DENGANNYA.
Ilalliqa’~
p/s:terima kasih kepada SUMAYYAH kerana menceriakan malam aku. masyaAllah, hanya dengan makan-makan mampu mebuahkan ukhuwah yang begiru manis untuk dikenang. Ya ALLAH, kau tautkanlah hati-hati kami, Kau kuatkanlah ikatannya, Ameen..
p/s:insyaAllah esok ialah hari terakhir berada di maktab sebelum cuti seminggu. harapnya kita semua sama-sama maintainkan ibadah kita, jangan terlalu leka dan lalai dengan cabaran-cabaran berada di rumah khususnya tv, keep update dengan isu-isu dunia islam. dan always keep in touch ye..=)
p/s:insyaAllah esok ialah hari terakhir berada di maktab sebelum cuti seminggu. harapnya kita semua sama-sama maintainkan ibadah kita, jangan terlalu leka dan lalai dengan cabaran-cabaran berada di rumah khususnya tv, keep update dengan isu-isu dunia islam. dan always keep in touch ye..=)
No comments:
Post a Comment