Wednesday, 16 March 2011

bilakah lagi?

WARNING !!
aku sedang mengalami kekacauan jiwa menyebabkan aku 'terpaksa' mengeluarkan post-post terdahulu..hehe~


BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

JANGAN TAKUT
JANGAN TAKUT BERJUANGLAH UNTUK KEAMANAN

by: La Khauf

salam alayk, sahabatku sekalian. alhamdulillah aku sihat walafiat walaupun dah lama aku tak makan betul-betul kat kafe KMJ tu (sebab bila makan nasi kadang-kadang tak ada buah atau sayur menyebabkan selera aku agak 'nazak',tak mati tau! ) lantaran kekangan masa yang terlalu mencemburui aku. dr-in-future pun cakap duduk kmj ni menyebabkan kita jadi 'constipation' masa qada' hajat. disebabkan itu, aku, ecah dan dila makan sehari sekali demi menjimatkan masa dan 'fulus'. tapi, kitorang 'prefer' puasa la sebab alang-alang tak makan, baik puasa. betul tak? berat ecah turun dalam 2 kilo. dahlah turun naik tingkat 3, tu baru sebulan, agaknya kalau setahun macam mana ek? (tak sampai setahun sebenarnya, dalam 10 bulan je hidup kat KMJ ni)

'well', tulah perjuangan menuntut ilmu. assignment, quiz, tutorial, kuliah.. cuma 'exam' je belum ditempuh. insyaAllah dalam 5 minggu lagi Ujian Pertengahan Semester 1 akan bermula. untuk pelajar sains fizikal, semester pertama ialah semester yang lebih penting kalau dibandingkan dengan semester kedua sebab silibus sem 2 lebih banyak. ibarat kata cikgu amali fizik aku, 'kita ambil fizik ni pun sebab tak nak menghafal, kan? so, awak tak payah hafal semua derived formula ni. tahu konsep, hafal yang asas je'. ya, itulah yang aku suka tentang fizik. pakai logik akal yang terbatas ni untuk memikirkan perkara-perkara yang berlaku di alam semesta ni, dari sekecil-kecil zarah, sampai sebesar-besar alam.

tapi, aku memang respect la dengan sorang mamat ni, aku tak kenal, tapi sahabat aku yang cerita. result akhi ni memang gempak gila la masa spm dulu. tapi dia kata dia nak sambung stam dan meninggalkan fizik yang dia kagumi selama ini. dan sahabat yang bercerita ni pun mengikut jejak langkah akhi ni, stick to stam to further in bidang agama ni. dan baru-baru ni aku ziarah blog akhi ni, fuhh.. memang mantop la.

kalau kita nak tengok ilmuwan Islam dulu, contohnya Ibn Sina. dia menerima dan menghadam disiplin ilmu agama yang begitu tinggi tapi beliau berjaya dan kita mengenali dia sebagai pakar perubatan, bukan sebagai alim dalam bab-bab agama.

IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

sumber: sini

aku berpendapat akhi tu satu hari nanti insyaAllah akan menjadi ulama' profesional macam Ibnu Sina ni. wah, aku rasa sangat 'jealous' ye. so, rugi tak kalau belajar agama? tidak, sama sekali tidak. tapi berapa ramai yang sanggup bayar untuk tuisyen math, tapi kalau belajar agama, cari yang 'free' sokmo. kalau yang berbayar, diorang cakap:ni ustaz dunia, ajar agama mengharapkan upah dari manusia. pulak dah!! 

sepatutnya bab-bab agama nilah yang kena bayar lebih dari yang sepatutnya. kadang-kadang diorang ni tak minta pun tapi kita yang menuntut ilmu ni kena la beradab dengan guru kan? dan untuk ibu bapa yang berfikiran sebegitu, alangkah ruginya mereka kerana menyiakan peluang berbuat amal jariah yang hakikatnya akan berterusan walaupun selepas anak-anak mereka tidak lagi menuntut ilmu dari guru tersebut malah selepas mereka jadi mayat(terpengaruh dengan blog keretamayat,hehe~). sebab untuk daurah yang seterusnya, bolehlah jadi modal untuk beli kertas atau 'hand-out' yang semestinya mengandungi ilmu yang berguna, insyaAllah.

hari tu aku ada tengok video ceramah ustaz azhar bertajuk wali Allah dalam kalangan manusia. sebenarnya wali kita siapa? ni soalan pertama aku tanya masa buat usrah kat saf belakang masjid kat KMJ tu lepas solat maghrib. ada jawab ayah kita la. muahaha~ni mesti ingat wali nikah ni. sebenarnya wali kita ialah ALLAH s.w.t. Dialah wali kita yang sebenarnya.

ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ  
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (257)

karamah dikatakan kebanyakannya dimiliki oleh ahli tasauf seperti boleh pergi dan balik buat haji dalam masa sehari. tapi menurut ustaz azhar, sebenarnya golongan yang ramai mempunyai karamah ialah ulama' hadith. imam bukhari, imam muslim, diorang boleh kumpul sampai beratus ribu hadith sahih yang jadi petunjuk kita agar tak sesat pada hari ini. karamah la tu. betul tak? tapi karamah pun ada lawannya, iaitu istidraj. kadang-kadang kita nampak seseorang tu mempunyai karamah tapi sebenarnya itu istidraj bagi dia. tapi walauapapun jangan menyanjung manusia terlalu tinggi kerana tiada manusia yang maksum selain Nabi Muhammad s.a.w. tapi jangan pula berburuk sangka dengan manusia. husnus zhon is better,ok?!

ilalliqa',salam alayk~

No comments: