Jumaat
Briefing pasal Ecah.
beliau ni kawan sekolah rendah dari darjah 5. duduk sebelah aku dalam kelas. dan disebabkan tahap kebisingan melampau, beliau dipindahkan ke depan dan aku 'dipaksa' duduk sebelah budak paling senyap dalam kelas..hehe~sebenarnya kitorang bising sebab ketawa je kat belakang tu sebab belakang kitorang ada 2 raja lawak dari Jawa.. adeh~lepas UPSR dia pindah TM, aku pergi BG. masing-masing dah berpisah tapi masih berhubung-telefon, bagi surat..lawak la..macam takkan jumpa lagi je masa tu. lepas PMR, aku pindah TM dan jumpa dia kat sana.
sama-sama struggle sampai masuk KMJ pun sama-sama, course yang sama tapi berpisah bila aku masuk sekolah cikgu ni dan tup-tup dia bakal pergi universiti cikgu..ngaa~cikgu jugak akhirnya..
ayah beliau merangkap cikgu aku juga pernah cakap dengan abah, minta tukar dengan aku. (tawaran maktab)..huhu~speechless.. Cikgu, Ecah pun dah ikut jejak langkah cikgu juga..Cikgu Math..=)
okay.
lepas jemput Aina kat SA Serom 8, baru bergerak ke Parit Rabu.
(p/s : Ni pertama kali bawa motor, pakai helmet, dgn sweater Abah lalu jalan besar..seram!!)
Lokasi: Umah Ecah
Walaweh. ada budak laki la pulak. Kawan-kawan sekolah rendah la ni..dulu rapat la jugak. kecik-kecik dulu..duduk kampung lagi. sangat best. suasana persekitaran dan pembelajaran yang berbeza kalau dibandingkan dengan zaman sekolah rendah aku kat Puchong dulu.
FLASHBACK: Tahun 1999-2002
Boleh dikatakan hidup aku dipenuhi dengan kelas. Dari darjah 1 sampai 3, pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan. naik darjah empat ditukar sesi. dan memang kerja belajar je. balik rumah petang dalam pukul 6.30, lepas solat terus terbongkang sampai pagi. dan mula balik rutinnya.
tapi kat sinilah aku belajar hafal sifir. kalau tak silap masa darjah 3 dah kena hafal sifir 1 sampai 12. siap ada borang, kena jumpa sesiapa sahaja yang bergelar cikgu untuk diperdengarkan hafalan. (ececeh~gaya hafizah la pulak..)
dan dalam satu tempoh, kalau tak dapat penuhkan, memang la rotan akan hinggap di tapak tangan. pedih wo..huhu~
SEKARANG
okay. sekarang dah besar. macam segan nak cakap macam dulu-dulu.
tapi, aku tabik la dengan diorang ni. walaupun dah lama tak jumpa, tapi tak sombong atau buat-buat tak kenal.
ayat paling power: Ko ni tak berubah la sejak sekolah rendah..
Aik? Ni ayat puji ke ayat keji ni? (husnuszhon, please!!)
Aku tanya balik: Apa yang sama?
Katanya: Semua sama. Tinggi sikit la..
hehe~haruslah tinggi kan?
orang kedua yang berbicara hal yang sama: HAJAR!!
hehe~wallahua'lam..aku tak tahu apa yang sama..tapi, terima kasih atas komen anda yang jujur itu..=)
Sabtu
bergerak dari rumah aku pukul 10 pagi ke rumah Cha-in, angkut dia dengan adik dia, Erin ke rumah Chad pulak. Zohor berjemaah kat sana..Cha-in imamah. Kecik je dia ni, tapi special u know..Student KUIS, Tesl. teacher juga, inshaAllah..
Erin..=) |
Rumah Hana Tajwa..ngeh3...=)
'Madu' aku masa sekolah menengah dulu. satu dorm, geng kena denda selalu sebab tidur dalam bilik masa prep. haha!! pertama kali buat salah, dan pertama kali kena denda. memang insaf la lepas kena denda study belakang bangunan asrama tu, menghadap bangunan asrama baru yang dalam proses nak siap. paling lawak sekali masa malam terakhir. aku, najwa, sally, pipah, dan ada beberapa junior lain yang sama-sama kena denda lari lintang pukang lepas kena kacau dengan burung hantu. haish!!
pengajaran: orang kata buat jahat jangan sekali kan? hmm..betullah tu. sekali pun tak boleh. apalagi berkali-kali..
Ada yasinan+marhaban sekali..(hmm..rasanya ni budaya kat Johor je kot) Kat sini, datang lagi 2 kereta: Cah Nan (uitm kuala pilah)+Imah (MRSM Muar, my junior)+Cah Mizi(dah cerita kat atas) dan Huda(UMT)+Yana(UPM Bintulu).
Huda dan Yana pun kawan aku sekolah rendah. tapi, diorang pun sama dengan Aina, masuk MRSM masa Tingkatan 4. sempat bersama dalam 2 bulan macam tu.
Bergerak lagi ke Kesang Laut. Rumah Hajar. Ni lagu sorang sahabat aku yang special..seangkatan gak syahid time prep(dan kelas sejarah..adeh~) Sekarang kat KUIS, Usuluddin dan Multimedia..huk3..mantop2!!
Rumah terakhir, Ayu Wahi. Ada arnab yang hensem..hua!! cair tengok mata dia..
Cik Putih..Tak pasti dia ni jantan ke betina.. |
dan ada satu lagi ayat power: Eh, bukan ko kat oversea ke?
-.-"
huk3...ayu!! hg telah mengembalikan memori itu!!(ok. full stop)
ngee..tak la. over the river je..
*******
apa-apa pun, kali ni la masa aku nak jumpa korang. lepas ni, masing-masing cuti lain-lain. yang IPTA kena ikut sistem antarabangsa(kesian korang..huk3), yg IPTS pun lain-lain gak. Aku, Ana, Dila Alias dan Tika je ikut sekolah..hehe~
rezeki masing-masing..yang penting bak kata Aina: Ukhuwah itu..
tak semestinya kena jumpa selalu..kan?
dan di kala ini, kembali kepada fatrah assignment. sebagai student. tapi,
p/s 3: pecha kucha II bakal menyusul. yang ni..tak payah baca pun takpe.hehe..=)
p/s 4: Ehem..duit raya aku tu jgn salah guna!!
p/s 4: Kelana Jaya...KUIS...
2 comments:
post ni memang utk aku ka??!! asik 'ANA' je dr td!! btw!! terharu bebeyh!!! hahah!
ngeh3...
ni kan request ko hr tuh..tp tajuk lain la..takut ko nanges pulak kang..hehe~
Post a Comment