Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah..
Baru sahaja menerima buku biru tulisan Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi, hadiah daripada seseorang yang sangat dekat di hati. Syukran ukhti.
Dalam beberapa tajuk awal, buku tersebut menyingkap kembali permulaan bagaimana kapal milik Turki, Mavi Marvara yang diserang oleh tentera Israel di perairan antarabangsa serta kisah hati isteri dan anak-anak sukarelawan yang terlibat. Diceritakan juga suasana di dalam kapal tersebut yang memuatkan 557 penumpang yang mana seorang bayi berumur kurang satu tahun merupakan penumpang termuda dan berasal dari Turki dan penumpang tertua berumur 80 tahun.
Suasana di dalam kapal Mavi Marvara dikatakan ibarat sebuah madrasah. Penuh dengan alunan ayat-ayat alQuran, kelas hadith oleh Dr. Usama al-Kandari, kelas Bahasa Arab oleh Beyza Akturk dari Turki bersama muslimat mereka. Masa yang ada tidak disia-siakan langsung. Kapten kapal berulang kali mengingatkan: Andai rasa diri masih ada dosa, bertaubatlah. Solat Isyak berjemaah dilaksanakan bersungguh-sungguh kerana mungkin Subuh esok mungkin bukan milik mereka. Subhanallah.
Pengalaman berharga yang sangat dicemburui ialah dapat bersama-sama dengan Syeikh Ra'id Solah, iaitu Ketua al-Harakah al-Islamiyah di Palestin dan mendengar taujihnya. Antara soalan yang ditanya dan dijawab sendiri oleh beliau ialah :
Kenapa sehingga hari ini tidak dibina lagi rumah ibadat Haikal?
Bersambung di sini. (blog Cinta Di Langit Gaza, kolaborasi bersama sahabiah yang sebahagian besarnya aku tak kenal, InshaAllah.. kami ada misi yang sama.)
2 comments:
nak pinjam boleh tak
bisa aja dong..kapan mau diambil? hehe..~
Post a Comment