Alhamdulillah~
Akhirnya jumpa juga buku Said Hawwa. Punya la jauh aku cari, rupa-rupanya ada je kat masjid india tu. Tingkat 2 Wisma Yakin. Dan aku baru tahu kat situ ada surau. (hehe~pahni tak la berebut-rebut nak ambil wudu', kan Nur Cahaya?)
Berulang-alik dari masjid jamek ke Pasar Seni atau Central Market sebab temankan Nur Cahaya ambil cenderahati untuk program asrama, penat juga. Ditambah dengan hujan renyai-renyai dan bunyi hon yang sangat unik. hehe~macam bunyi muzik yang pak cik naik motor jual aiskrim paddle pop pun ada. macam-macam..
Ada qiam kat surau. Datang lambat, tapi siap buatkan sarapan untuk penceramah, Ustaz Nasarudin yang sangat sempoi. Sentap juga ayat dia, tapi inshaAllah meresap dalam hati. Tajuk talk : Virus Hati. Ada beberapa perkara yang sempat aku ingat dan catat. (huhu~sikit je)
1. Buat maksiat, tapi tutup aurat. DIgelar pemaksiat yang 'warak'..adeh~
2. Buat baik, inshaAllah benda jahat takkan terbuat.
3. hati kita Allah yang pegang.
4. antara usaha kita nak jadi baik, nak buang virus hati : amalkan sunnah selepas amalan fardhu.
5. solat sunat waktu pagi : solat sunat fajar/sebelum subuh, sunat syuruk, sunat dhuha.
6. solat sunat rawatib : sebelum subuh, sebelum dan selepas zohor, selepas maghrib, sebelum dan selepas isyak.
rasanya semua benda ni kita selalu je dengar. tapi, kita lupa. sebab tu manusia ni dalam kerugian. tak untung-untung. bila kita kata manusia=muslim+non muslim. Kalau kita tengok dalam konteks dunia hari ini, aspek ekonomi siapa yang conquer? IMHO..
Chinese.
Malah muslim China adalah muslim paling hebat dalam bab-bab berniaga ni. Sebab budaya cina ialah budaya tak suka membuang masa. Sentiasa diperingat dan ditegur. Andai benar perkara yang ditegur itu ada pada mereka, mereka akan ubah. Jika tidak, buat tak tau je la.
Ummi. Memang satu kelebihan Allah bagi kat ummi sebab mengajar di sekolah cina. Jadi, masyarakat sekolah memang budaya Cina. Bila duduk-duduk sambil bercerita selepas makan, ummi akan buka cerita pasal cikgu-cikgu Cina, anak-anak murid. Beza antara budak Melayu dengan budak Cina.
Dan selalu cabar aku dalam banyak perkara khususnya berkaitan study. alhamdulillah..
syukran ummi..=)
*****
PENAMPILAN BUKAN YANG UTAMA TAPI YANG PERTAMA.
Pernah seseorang berkata, secara umum, tapi aku terasa..huhu~
"Kita nak dakwah tak semestinya kena pakai tudung labuh. Kadang-kadang kita pakai tudung biasa-biasa, orang lagi senang nak terima"
huhu~
*****
Ummi: Abah tak ada kat rumah.
Aku: Pergi mana?
Ummi : Melaka. Cari LC.
Aku: Waaaaaaa!!!!!!
*****
Jumaat. 9 Zulkaedah. 7 Oktober.
8 comments:
ni buku apakah?
best x?
eh..
akk skrg kt mne?
bkn kt rmh eh?
hoho..
suka2..
dpt jd komen fst ^^
-galaxy
kak.. trasa mcm nk tukar blog~~ :)
Baca dulu..
=)
awat nak tukar? template dh baru, orait la tuh~
syg la,follower dh beribu-riban..hehe~
penampilan bukan yang utama tapi yang pertama.. aku pun pernah dengar. maksudnya?
hehe..
dh xjd tukar..
dh sttle dh~ kui3 :P
-galaxy
@dearhurairah:
=)
@galaxy:
cantik3...stylo habis!!!
"kalau pakai (macam ni macam tuh) susah lah nak dekati mad'u"
bukankah manhaj dakwah tuh luas?
hmm..
tulah.
mgkn dia lebih selesa macam tu. tapi, takut-takut kita terpengaruh bila pakaian kita jadi macam tu. (means tak la selabuh dulu)
=)
Post a Comment