Menerima sesuatu yang sangat baru bagi kita.
Tertekan, bukan?
Rasa macam nak lari je dari orang tu (si pemaksa). Lagi-lagi bila kalau dia tu baru je kita kenal.
Menyampah. Geram. Rasa nak smackdown je orang tu. Tapi, mengenangkan hormat pada ilmu yang dia ada, jadi, kita ikut je dulu.
Dah habis kena goreng, terus terang dengan dia.
"Aku marah dengan hang ni, hang tau tak?"
"Sorry, kalau aku bagitahu kau, mesti kau takkan join kan?"
"Mestilah tak. huhu~"
p/s: ok, dialog ni mungkin tak difahami oleh sesetengah orang. harap maaf.
Disebabkan terlalu marah, rasa nak memberontak tu ada.
*****
Bayangkan situasi seorang daie.
Bayangkan situasi seorang daie.
Berhadapan dengan mad'u yang memang tak kenal Islam langsung.
Memang jahil la senang kata.
Dan bila daie tersebut terus memasukkan segala benda yang dia tahu tentang Islam, maka terpinga-pingalah mad'u tersebut.
Jangan terkejut jika mad'u tersebut memberontak dan bertindak meninggalkan anda. Lebih-lebih lagi bila anda terlalu mendesak.
Mendesak untuk mendengarkan apa yang cuba disampaikan sedangkan mad'u memang betul-betul tak tahu apa-apa, tiba-tiba disumbat dengan segala fakta yang sangat tak difahami hujung pangkalnya.
Solusi?
Jangan terlalu memaksa. Bila nampak mad'u tak selesa, ubah topik yang lebih ringan, santai. Pasal kasut ke kawan-kawan ke. Tengok minat dia. Kalau masa tu dia tengah baca novel BI, kita tanya dia, novel ni siapa yang tulis? Buat-buat minat. Walaupun kita ni bukan kaki novel (lagi-lagi novel BI), tapi kita kena tahu la sekurang-kurangnya 1% pasal semua benda kat dunia ni.
Dan lagi satu, dakwah perlu berlaku di mana sahaja kita berada. [Dan, ada banyak cara, kita hanya perlu berfikiran kreatif dan kritis DAN laksanakan~]
Masa nak beli makanan tepi jalan pun kita boleh berdakwah. Contoh:
"Adik umur berapa ni?"
"12, kak"
"Oh, UPSR ek?"
blablablablabla....cerita pasal sekolah, cikgu, mak, ayah...lepas tu, masuk tajuk..
"Adik, dah solat asar belum?"
Tersenyum sambil menggeleng.
"Jangan lupa solat ye.."
Done.
Kita mengingatkan dia tentang waktu solat. At least, ada orang ingatkan dia. Next time, kalau kita jumpa dia lagi, kita bagi buku pula ke komik ke..kan?
Teringat talk kat IP Teknik. Ustaz tu kata : Kita ni terlalu kasar dengan muslim. Saudara kita sendiri. Tapi, bila dengan non Muslim, baiknya kita sampai kita dipijak-pijak. Tengok je masa Denmark lukis kartun menggambarkan Rasulullah SAW, berapa ramai yang bangkit menentang? Berapa ramai yang menjadi 'sahabat' Abu Jahal? Yang di kala lahirnya Rasulullah SAW, dialah antara manusia yang sangat gembira meraikannya tapi, apabila Rasulullah SAW berdakwah terang-terangan, dialah yang paling kuat menentang perjuangan menegakkan Lailahaillallah malah namanya diabadikan di dalam alQuran, surah keempat terakhir sebagai manusia yang for sure dalam neraka, berapa ramai?
Eh, salah soalan.
Kita ke orang yang dimaksudkan?
Andai benar, mari kita bertaubat. Setting niat balik dan mulakan langkah yang lebih bijak.
[back to ustaz's story]
Eh, salah soalan.
Kita ke orang yang dimaksudkan?
Andai benar, mari kita bertaubat. Setting niat balik dan mulakan langkah yang lebih bijak.
[back to ustaz's story]
Beliau bagi situasi. Macam kat atas ni tapi dengan seorang bohjan. Apa akan jadi bila kita rapat dengan dia? InshaAllah sampai satu tahap, dia akan berubah menjadi muslim yang baik.
Bila dia dapat kefahaman, inshaAllah dia akan masuk dalam masyarakat bohjan untuk tarik kawan-kawan dia pula. Kat sini, ex bohjan tu akan dapat kelebihan sebab dia je yang tahu situasi yang dilalui oleh seorang bohjan. Same goes to GRO and the gang.
Unik, kan?
Nak cuba?
p/s: InshaAllah, after Zohor will make our way to MAEPS or MARDI UPM. Pray for us~
p/s 2: minta maaf atas segala salah silap..=(
Nak cuba?
p/s: InshaAllah, after Zohor will make our way to MAEPS or MARDI UPM. Pray for us~
p/s 2: minta maaf atas segala salah silap..=(
1 comment:
double thumbs up
Post a Comment