Friday, 24 August 2012

Hero

Siapa dah baca?
Hero by Hilal Asyraf.
Aku baru khatam sekali.
Hehe..

Semalam,
buka video Tentera Pembebasan Bumi Syam.
Tunjuk dekat adik.

Dia cakap:

Entahlah wei.
Aku lagi risau dengan adik kita daripada diorang tuh,
aku pentingkan diri kan?

Gulp.
Jujur.
Terus teringat Hero.
Ayat pak cik yang jaga dia tu.
Jap. Nak cari.

*****

"Biarlah mereka dapat apa yang mereka mahu. Ini bukan perjuangan saya. Saya sudah bahagia. " Afam bangun.

"Bahagia yang Tuan Amir rasakan sekarang ini hanya sementara. Bahagia yang sebenar tumbuh daripada perjuangan yang pastinya bersulam pengorbanan." Mr. Umayer bersuara, mematikan langkahan Afam.

Afam menoleh. "Sementara?"

"Sekiranya Syaitan Bertopeng berkuasa, jenayah berleluasa, apakah Tuan Amir Faheem fikir Husna akan aman apabila keluar dari rumah? Apakah Tuan Amir Faheem fikir Syaitan Bertopeng tidak akan mengetuk pintu kita dan mengganggu kehidupan kita? Apakah Tuan Amir Faheem fikir, kejahatan yang disebarkan Syaitan Bertopeng nanti akan menghasilkan suasana yang elok untuk generasi akan datang? Keluarga Tuan Amir Faheem yang akan datang?

#Hero, page 333

*****

Kita duduk sibuk jaga dia,
tapi kita lupa,
kita takkan selamanya dengan dia.
Dia tetap akan keluar,
bergaul dengan masyarakat.

So, dua-dua kena jalanlah ek?
Of course bebeh!
Yang kat luar kena buat,
yang dalam rumah pun perlu diuruskan.

Check balik love letter.
66:6

Kita sayang dia. Mesti nak sama-sama dalam syurga kan?
:)

No comments: