Fasa kedua - sudahpun bermula 3 hari yang lepas.
Semalam, sharing lagi.
Sambil buat taufu fa coklat,
tanya soalan cepugangsa.
"Dah berapa juzu' kita khatamkan?"
"Dhuha buat tak? Berapa kali?"
"Qiam macamana?"
"Berapa kali tidur lepas Subuh?"
Tunduk.
Sengih-sengih kerang menanti untuk direbus.
Allah..
Bukan mahu membuka aib diri.
Bukan.
Sebab,
Di hadapan sahabiah,
kita akan malu dengan diri sendiri.
"Banyak ni je yang aku buat?"
Kena pula ada sahabat yang full buat semua tu.
Lagi la segan nak angkat muka.
"Ya Allah, hebatnya dia."
Fikirkan.
Macamana boleh wujud orang-orang yang istiqamah buat amalan-amalan tu?
Bukan ke satu nikmat bila tidur lepas Subuh?
Bukan ke cukup kalau sehari satu helai alQuran je kita khatamkan?
Bukan ke cukup solat fardhu lima waktu sehari semalam,
perlu ke nak tambah dengan Dhuha dan Qiam segala?
Sekali lagi.
Macamana boleh wujud orang-orang yang istiqamah buat amalan-amalan tu?
Tarbiyah.
Keras dengan diri sendiri.
Memaksa diri untuk---
Membawa diri mengenal Allah.
Membawa diri mengenal makna kehidupan.
Melatih diri kawal nafsu.
MashaAllah, tabarakallah!!
Enta hebat!!
Yang kena puji cakap apa?
"Haza fadhlum minAllah"
atau
"Haza fadhlum min Rabbi".
Yang segan tadi nak buat apa pula?
Cabarlah diri sendiri.
Bukan ke tarbiyah tu, hari-hari, sepanjang masa?
Bukan ke ujian karat jahiliyah tu, hari-hari, sepanjang masa?
Jom Join Tarbiyah.
:)
p.s: abah demam.
p.s2: someone baru keluar hospital
No comments:
Post a Comment